JERUSALEM

JERUSALEM
SOLIDARITI BERSAMA PALESTIN

Monday, March 16, 2015

Menukar kepimpinan parti daripada ulama kepada profesional adalah melanggar Perlembagaan parti dan ketetapan muktamar PAS 1982 ??


  Mursyidul Am Pas yg baru kata Presiden mesti ulamak & perkara itu diputuskan oleh Muktamar. Sebab tu keluar artikel bertajuk "Dr Haron Din tidak izin langgar keputusan muktamar" dlm HarakahDaily.

  Kemudian artikel tersebut tlh diarahkan ditarikbalik dr siaran dlm HarakahDaily krn perkara yg disebut oleh Mursyidul Am tu tak pernah diputuskan dlm muktamar.

  Mursyidul Am tlh cuba kelirukan ahli dgn kenyataan dia! Ini tak sepatutnya berlaku.

  Dlm muktamar Pemuda Pas di Dewan Sivik MPPJ 2 thn lepas ada usul dr Pemuda kawasan supaya jawatan Presiden & Timbalan Presiden mesti ulamak tp usul tersebut ditolak oleh Pengerusi Tetap Ust Misbahul Munir setelah sahabat aku Sdr Haris Alimudin membuat bantahan krn usul tersebut bercanggah dgn Perlembagaan.

  Tiba2 Mursyidul Am kata Presiden mesti ulamak tlh diputuskan dlm Muktamar & dia (Dr Haron Din) takkan benarkan perlanggaran itu berlaku...

Mursyidul Am dah serabut otak gamaknya. Kesian kat dia.~ ذوالحزم شاريف السبعة

 Mujurlah ada yang sempat merakamkannya , maka saya kopipes dari blog tersebut. Terima kasih kepada admin blog tersebut.

 Dan saya cekau dua komen pembaca dari situ untuk disiarkan di sini. Selepas tu korang boleh baca kenyataan Mursyidul 'Am PAS baru dilantik ini dan korang nilailah sendiri ....

bat815 Mac 2015 6:24 PTG 
 Dato Haron Din buta perlembagaan PAS. Macamana seorang mursyidul Am boleh buta perlembagaan parti sendiri hendak memandu parti? 

  Perlembagaan parti dengan jelas menetapkan keahlian MSU adalah ulamak. Syarat2 juga disebut dengan jelas supaya xde yang cuba takwil. Bila dijelaskan secara khusus maknanya ia adalah sesuatu yang amat penting dipatuhi. 

  Dalam bab jawatan presiden tak disebutkan bahawa jawatan ini khusus seperti ahli MSU. Kalau memang jawatan presiden ini mesti disandang oleh ulamak, sudah tentu perlembagaan menyebutnya dengan jelas dan terang.

  Maknanya jawatan presiden boleh disandang oleh ulamak atau bukan ulamak jika dia terpilih dalam pemilihan dwu tahunan. Jadi apa motif Dato Haron Din cuba memutarkan perlembagaan PAS? Ini kes berat ni.... 

Tanpa Nama15 Mac 2015 6:26 PTG 
  Betul ka dalam perlembagaan PAS dan muktamar 1982 ada sebut seperti itu... Jika ya, mengapa Presiden PAS sebelumnya, Almarhum Uztaz Yusof Rawa dan Ustaz Fadzhil Noor tidak pernah menegah golongan profesional menduduki jawatan dalam PAS. Bagaimana pula dengan Almarhum TG Nik Aziz, mengapa almarhum tidak pernah untuk tidak bersetuju golongan profesional menduduki jawatan dalam PAS...  


Saya tak akan izin Perlembagaan & keputusan Muktamar PAS dilanggar

 BANGI, 14 Mac: Seluruh ahli PAS diingatkan supaya mereka tidak boleh menukar kepimpinan parti itu sewenang-wenangnya daripada kepimpinan ulama kepada kepimpinan golongan profesional kerana perkara itu melanggar Perlembagaan parti itu serta ketetapan muktamar PAS yang dibuat sejak 1982.

 Peringatan itu diberikan oleh Mursyidul Am PAS baharu, Datuk Dr Haron Din. “Saya tidak izin untuk melanggar perlembagaan dan saya tidak izin dilanggar keputusan yang kita buat secara ramai yang kita panggil sebagai muktamar,” tegas Dr Haron Din. 

Menurut beliau, apabila seseorang membuat keputusan menyertai sesuatu parti, maka individu berkenaan perlu menyumbang untuk memperkuatkan parti. 

“Sebaliknya kalau ada pihak yang sengaja tidak mahu menguatkan parti, melemahkan parti dengan melanggar perlembagaan yang jelas dan nyata, maka itulah punca berlaku pergeseran,” kata beliau yang baru dilantik menggantikan Allahyarham Datuk Nik Aziz Nik Mat yang meninggal dunia 12 Februari lalu. 

Menurut Dr Haron, memang bukan rahsia lagi ada dua kumpulan dalam PAS iaitu ulama dan profesional, malah perkara itu sudah sering disebut-sebut secara terbuka.

 Bagaimanapun, sebelum ini dua golongan terbabit dikatakan gandingan yang cukup mantap dengan setiap satu menampung kekurangan antara satu sama lain, jelas beliau dalam temu bual yang dipetik daripada laporan portal berita rasmi PAS, Harakah Daily, Sabtu.

 “Tapi sekiranya ada, tetapi saya harap tidak adalah golongan yang sengaja nak mengenepikan ulama, kalau ada golongan profesional ambil alih kepimpinan, itulah yang akan menimbulkan masalah, yang saya sebut awal tadi seperti telah melanggar ketetapan yang dibuat oleh Muktamar sendiri pada tahun 1982, di Dewan Bahasa dan Pustaka." 

 Ketika itu berlaku krisis kepimpinan juga yang berakhir dengan keputusan PAS hendaklah beramal dengan kepimpinan ulama. Sejak daripada itulah maka PAS telah diserahkan (jawatan) Presidennya kepada ulama,” jelas Dr Haron. 

 Menceritakan kembali peristiwa itu, Dr Haron berkata, ketika itu berlaku krisis kepimpinan kerana Datuk Asri Muda terpilih menjadi Presiden. Namun ada pihak yang tidak senang dengan Asri lalu beliau dijatuhkan dan digantikan dengan Yusof Rawa, seorang ulama. 

  Asri kemudian digantikan oleh Datuk Fadzil Noor yang juga seorang ulama dan akhirnya Datuk Seri Abdul Hadi Awang, juga ulama, dipilih sebagai Presiden setelah Fadzil meninggal dunia, jelas Dr Haron.

 “Itu tafsiran yang nyata dibuat tentang kepimpinan ulama, maka ulamalah yang menjadi Presiden. “Itu ketetapan Muktamar. 

 Muktamar ini badan tertinggi dan bila muktamar buat keputusan, maka kekallah keputusan itu sehinggalah muktamar sendiri mengubah. 

 “Saya faham muktamar tidak ubah, maka wajib beramal dengan keputusan muktamar itu. 9PAS mesti dipimpin oleh ulama,” tegas Dr Haron. 

 Beliau turut mengingatkan bahawa dasar kepimpinan ulama itu bukan pandangan peribadi beliau mahupun Majlis Syura Ulama kerana majlis berkenaan tidak wujud kerana belum ditubuhkan ketika itu. 

 Sebaliknya keputusan itu dibuat dalam Muktamar PAS kerana mahu menyatakan bahawa parti itu perlu dipimpin oleh seorang ulama yang memahami dasar Al-Quran dan Sunnah. 

 “Maka selagi tidak ubah keputusan muktamar, Syura sendiri tak boleh ubah. PAS Pusatpun tidak boleh ubah.“

 Kalau mereka ada keinginan nak menukar kepimpinan yang tidak semestinya ulama, perkara itu mestilah dibawa balik usul ke dalam muktamar, pinda dulu keputusan.

 “Kalau dah pinda keputusan, barulah boleh kepimpinan bukan ulama bertanding memegang jawatan Presiden. Jika tidak, kita melanggar keputusan,” tegas beliau lagi.

 Dr Haron turut memberi amaran bahawa parti juga bersalah jika membiarkan mana-mana ahlinya, termasuk yang bergelar pemimpin melanggar perlembagaan.

 “Kalau ada betul, pelanggaran perlembagaan dan orang itu memang sengaja melanggar, membiarkannnya menjadi satu kesalahan kepada parti,” tegas beliau sambil menambah parti perlu memperbetulkan keadaan dengan mengajak pihak terbabit balik ke pangkal jalan, dengan meninggalkan perkara yang boleh mendatangkan keburukan kepada PAS.

 “Dan ini saya rasa cabaran masa depan kita, bukan (Majlis) Syura sahaja, semua ahli dalam PAS ini, perlu bersama sama menggembleng tenaga untuk hal-hal yang begini nyata.

 “Dulunya bila berlaku masalah dalam parti bersabit dengan pemilihan kepimpinan parti, biasanya bila habis pemilihan, selesailah. Yang menang, menang, yang tak menang tunggu lagilah (pemilihan berikutnya),” kata beliau.SUMBER

Nota tambahan : Terdapat dua versi berhubung laporan kenyataan Haron Din ini. Saya telah semak dan membandingkannya dan saya dapati maksudnya adalah sama. Cuma pengolahannya sedikit berbeza.
Comments
3 Comments

3 comments :

Manshor Yahya said...

MSU kena bebas tak boleh sokong cuma pandu. Tak payah kempen. Bila krisis baru campur dengan nas dan aturan. Tok sah buat kerja orang. Apabila ada krisis atau didapati dharurat baru masuk.

Anonymous said...

Peluang menukar nakhoda.jgn siakan peluang ini.klu tidak 2 thn lg memendam rasa.

Anonymous said...

mungkin ada kebenaran dakwaan seorg blogger yg mengatakan jin ni adalah sleeper agent umno.

pelik kan bgmn org yg dikatakan pernah bermimpi Nabi saw menipu spt ini.

kalau benar perlembagaan pas melarang bukan ulama dr jadi presiden, sila sebutkan.

spt biasa segala dakwaan geng ini tidak pernah membawa bukti.

ada betuikah jin ini dpt projek dr plus +- rm100juta? benarkah dia dpt rumah percuma sedekah dr amono? benarkah merc vito tu org sedekah kat dia?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...