GOPENG

GOPENG
JOM BERSAMA PAKAAN HARAPAN

Friday, March 06, 2015

Muhaimin Sulam sudah terkeliru ...

 Saya selaku Timbalan Pengerusi PasMa Perak, terasa terpanggil untuk membuat sedikit penjelasan bersabit kekeliruan Saudara Dr Muhaimin Sulam, selaku Setiausaha Badan Perhubungan PAS Perak dalam kenyataannya terhadap kenyataan Presiden PasMa Perak, Sdr Mohd Saad Ismail.

 Muhaimin telah menyatakan bahawa PAS Perak tidak menerima sebarang permohonan secara rasmi daripada PasMa Perak untuk mengadakan pertemuan bagi menyelesaikan kemelut yang berlaku diantara dua pihak.

 Kenyataan Saudara Pengerusi PasMa Perak itu ditujukan kepada PAS Pusat dan MSU dengan mengulangi saranan Pengerusi Pasma Pusat Dato Pahrolrazi agar JKPP dan MSU berlapang dada untuk bertemu dengan Pasma Pusat dalam suasana mahabah.

Harap Muhaimin dapat meneliti semula kapsyen yang tertera dengan jelas dalam salinan gambar muka depan Sinar di bawah ini.

  Berikut ini saya sertakan kenyataan PasMa Perak tersebut :

PAS Pusat, Majlis Syura Ulama perlu berlapang dada duduk semeja selesai kemelut

 Asalamualaikum, Saya Mohd Saad Ismail Pengerusi Pasma Perak mewakili sukarelawan Pasma di seluruh negeri Perak ingin melahirkan rasa dukacita kami diatas kenyataan kurang matang Pesurujaya Pas Perak Tn Hj Razman Zakaria semenjak akhir akhir ini.
Untuk makluman semua,Pasma Perak telah di rasmikan pada 08 Februari,2015 di Dewan Tan Kongsi Taiping Perak.
Turut bersama ialah Ym Tengku Puji Abd Hamid Pengerusi Pasma Pahang,Yb S.Sivakumar (DAP),YB Shaari Sungip (PAS),Dato M.Noor Manuty (PKR)
 Pasma Perak telah berjaya mempunyai wakil di 7 kawasan Parlimen dan 3 lagi dalam senarai menunggu.keahlian nya terbuka kepada semua ahli dan penyokong Pakatan Rakyat dan dari semua kaum.
 Pasma Perak ingin menegaskan yang kami tidak terlibat dengan sebarang usaha memburukkan mana 2 pimpinan pakatan rakyat terutama nya Dato Seri Tn Guru Hj Abdul Hadi Awang Dan Majlis Syuro Ulama saperti yg di gembar gemburkan.
 Pasma Perak adalah sebuah Ngo Pro Pakatan Rakyat yang bertekad memperkukuhkan pakatan rakyat dengan pelbagai aktiviti yang di rancang.
 Sehubungan dengan larangan Pas dan Msu terhadap ahlinya terlibat dengan program Pasma, Pasma Perak mengulangi saranan Pengerusi Pasma Pusat Dato Pahrolrazi agar MSU berlapang dada untuk bertemu dengan Pasma Pusat dalam suasana mahabah. 
Kami yakin segala kesalahfahaman ini akan dapat di rungkai sebaiknya oleh kedua dua pihak.
 Akhir nya kami ingin menyeru agar mesyuarat PR  disetiap Parlimen di hidupkan dan diperkasakan lagi dengan kadar segera agar jentera PR akan bergerak lancar bagi mencapai cita-cita menawan kembali negeri Perak Darul Ridzuan akan berjaya.
 Semoga Pakatan Rakyat akan terus kukuh dan berjaya menawan hati rakyat negeri Perak dengan kerjabuat yang istiqomah dan tersusun .
 
Terima kaseh .
 Sehubungan dengan ini, PasMa Perak ingin memaklumkan, bahawa PasMa Perak tidak ada hajat dalam masa terdekat ini, untuk bersemuka dengan PAS Perak sebagaimana dakwaan Muhaimin. 

  Sukacita pihak Pasma menarik perhatian tuan, bahawa PAS Perak selaku bapa kepada kami yang rata-rata merupakan ahli PAS yang sah, kami sepatutnya dijemput diarahkan untuk mengadap bagi memberi penjelasan kepada pihak PAS.

 Maka menulis surat atau menjadikan isu tersebut sebagai modal berpolitik seperti dakwaan Muhaimin itu adalah meleset sama sekali.Harap maklum.

~ Mohamed Ali bin Hussain,
Timbalan Pengerusi PasMa Perak.
6 Mac 2015.
Comments
0 Comments

No comments :

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...