GOPENG

GOPENG
JOM BERSAMA PAKAAN HARAPAN

Sunday, March 22, 2015

Musa Hitam desak Umno tegas, jangan lebih PAS dari PAS

  Kelmarin Rafizi Ramli mendesak Dato’ Seri Najib Tun Razak dan timbalan beliau Tan Sri Muhyiddin Yassin menyatakan secara terbuka dan bertulis bahawa mereka menyokong pelaksanaan hudud di Kelantan dan mereka akan mengundi menyokong Rang Undang-undang Persendirian mengenai kuasa mahkamah syariah jika dibawa ke Parlimen.

 Menurut Rafizi setakat ini, hanya Umno Kelantan yang menyuarakan sokongan terhadap EKJSK dan ahli-ahli Parlimen Umno dari Kelantan.

 Waima Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan (BNBBC) iaitu Tan Sri Shahrir Samad minggu ini menyatakan bahawa ahli-ahli Parlimen Umno belum mendapat arahan dari kepimpinan Umno mengenai pendirian mereka sekiranya Rang Undang-undang Persendirian mengenai kuasa mahkamah syariah dibawa ke Parlimen.

 Rafizi turut menyatakan, Ahli Parlimen Pulai Datuk NurJazlan Mohamad mengeluarkan kenyataan menentang pelaksanaan hukum hudud dan menyebut beliau tidak akan menyokong Rang Undang-undang Persendirian mengenai kuasa mahkamah syariah jika dibawa ke Parlimen.

 Ditambah pula dengan kenyataan Presiden Parti Pesaka Bumiputra Bersatu (PBB) , komponen Barisan Nasional yang terbesar , Tan Sri Adenan Satem yang menyatakan secara terbuka bahawa parti itu akan menolak hudud baik di peringkat negeri Sarawak atau persekutuan.Baca lagi di sini 

 Hari pula , bekas timbalan perdana menteri Tun Musa Hitam mendesak Umno segera menyatakan pendirian dalam isu itu sambil memberi amaran ia bakal berdepan akibat yang buruk sehingga memusnahkan parti itu sendiri jika tidak berbuat demikian. 

 Sambil mengingatkan Umno agar tidak dilihat cuba melebihi PAS dalam perkara itu, bekas timbalan perdana menteri itu mendesak Umno mengambil pendirian tegas dalam isu itu yang menurutnya mempunyai kesan jangka panjang kepada negara.

"Saya amat kecewa Umno sendiri seolah-olah terpinga-pinga dan hingga sekarang masih belum menentukan pendirian tegasnya. Saya boleh dikatakan begitu lama khuatir atas polisi dan agenda Umno di sini. 

"Umno mesti mengambil pendirian tegas. Ini isu nasional yang berimplikasi panjang kepada negara di peringkat domestik mahu pun antarabangsa.

 "Umno tidak mampu dianggap seolah-olah cuba melebihi PAS dalam hal ini. Umno janganlah hendaknya mahu menjadi lebih PAS daripada PAS sendiri! 'Umno should not be trying to out-PAS PAS!'," katanya. Kenyataan penuh Musa di sini
Comments
0 Comments

No comments :

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...