JERUSALEM

JERUSALEM
SOLIDARITI BERSAMA PALESTIN

Thursday, March 19, 2015

Najib dikerumuni dan dikuasai ramai kaki ampu

 Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak tidak mampu dijatuhkan melainkan ditekan dengan isu kontroversi yang melibatkannya dengan pengurusan wang negara dan isu peribadi, kata wartawan veteran Datuk A Kadir Jasin.

 Bekas Ketua Pengarang Kumpulan News Straits Times (NSTP) itu berkata, isu terbabit adalah 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Pembangunan PFI Sdn Bhd, SRC International Sdn Bhd dan kejayaan bekas anggota UTK, Sirul Azhar Umar meloloskan diri ke Australia yang akan memaksa perdana menteri mengundurkan diri.

 "Maaf cakaplah kalau saya kata, Dr Mahathir, Ku Li dan Daim serta orang ramai yang sependapat dengan mereka akan kecewa kerana Najib tidak akan berubah dan tidak akan mengundurkan diri," katanya merujuk kepada Tun Dr Mahathir, Tengku Razaleigh Hamzah dan Tun Daim Zainuddin.

 "Hanya paksaan atau keterpaksaan berkaitan isu seperti 1MDB, pembangunan PFI Sdn Bhd, SRC International Sdn Bhd dan kejayaan Sirul Azhar Umar memboloskan diri ke Australia akan memaksa Mohd Najib mengundurkan diri," katanya dalam tulisan di blog The Scribe A Kadir Jasin hari ini.

 Kadir berkata sedemikian sebagai responsnya terhadap ucapan Ahli Parlimen Gua Musang di Dewan Rakyat semalam yang menegur pentadbiran Najib supaya memansuhkan cukai barangan dan perkhidmatan (GST). 

 Katanya, gesaan pemimpin veteran Umno itu tidak akan mengubah tindak-tanduk Najib kerana ia umpama mencurah air ke atas daun keladi.

 Katanya, salah satu sebab adalah ahli Parlimen Pekan itu merupakan watak terkawal dan terhutang budi kepada terlalu banyak pihak.

 Malah katanya, Najib dikerumuni dan dikuasai ramai penggilap epal (kaki ampu) dan "jemuan" yang tidak akan membenarkan beliau berubah apatah lagi mengundurkan diri.

 "Bagi meringkaskan pengistilahan, saya singkatkan golongan ini sebagai PEJ – penggilap epal dan 'jemuan'," katanya. - Baca lagi di sini
Comments
0 Comments

No comments :

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...