GOPENG

GOPENG
JOM HAPUSKAN KLEPTOKRASI

Monday, March 16, 2015

PAS Batu berpisah daripada kepimpinan pusat, kecewa dengan Hadi

  Ahli jawatankuasa PAS kawasan Batu mengumumkan untuk bermufarakah (berpisah) dengan kepimpinan pusat selepas presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang dilihat gagal menyelesaikan isu berbangkit di dalam parti.   

  Yang Dipertua Kawasan Batu Ishak Surin berkata, keputusan bermufarakah itu diambil selepas disepakati 17 daripada 25 ahli jawatankuasa kawasan itu untuk meninggalkan jawatan mereka dalam parti.

   "Kami di antara pemegang jawatan dalam PAS kawasan Batu maka dengan ini mengisytiharkan mengambil tindakan bermufarakah daripada kepimpinan PAS yang ada sekarang dan juga bermufarakah daripada memimpin PAS kawasan Batu sehinggalah kepimpinan PAS positif kepada realiti politik sebenar, stabil dan ikatan ukhwah kembali segar sesama ahli dan rakan Pakatan Rakyat (PR).

  "Kami mengadakan sidang media hari ini bertujuan menyatakan rasa kecewa, sedih dan kesal terhadap kepimpinan PAS Pusat khususnya Hadi yang gagal bertindak menangani isu dalaman sehingga tercetusnya krisis berlarutan dalam parti," katanya.

 Ishak berkata demikian dalam satu sidang media yang dihadiri ahli jawatankuasa PAS Batu di Markas Tarbiah di Kuala Lumpur hari ini.MENYUSUL LAGI - sumber
Comments
0 Comments

No comments :

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...