JERUSALEM

JERUSALEM
SOLIDARITI BERSAMA PALESTIN

Monday, March 02, 2015

PAS jemput PasMa P.Pinang dialog di cawangannya

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

(Dari kiri) MOHAMAD Kamal Abdullah, Zolkifly Md Lazim, Johari Omar dan
 dua wakil PasMa negeri lain dalam mesyuarat di Kg. Kebun Sireh dekat
Parlimen Batu Kawan, malam tadi.
 BATU KAWAN - Pertubuhan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) Pulau Pinang dijemput berdialog terbuka dengan PAS di Cawangan Kebun Sireh dalam Kawasan Parlimen Batu Kawan pada Sabtu, 7 Mac depan jam 9.00 malam.

 Bekas Pengerusi Tetap PAS Kawasan Batu Kawan, Mohamad Kamal Abdullah berkata, dialog ini merupakan keputusan mesyuarat PAS Cawangan baru-baru ini.

 "Macam-macam berita tentang PasMa ini, jadi kami (PAS) nak tanya secara langsung (berhubung) PasMa ini apa," kata Mohamad Kamal kepada wartawan di kediamannya, malam tadi.

 Mohamad Kamal menghidapi pesakit saraf Cerebral Palsy (CP) sejak tujuh tahun lepas, tetapi masih dilihat sebagai pemimpin berpengaruh di kawasan Parlimen Batu Kawan, hingga kini.

 Dan, Mohamad Kamal berkata demikian ketika menerima kunjungan ziarah Pengerusi PasMa Pulau Pinang merangkap Pengerusi Lajnah Ekonomi PAS Negeri, Tuan Haji Zolkifly Md. Lazim, Tuan Haji Johari Omar (Bendahari PasMa Negeri), dua pemimpin badan bukan kerajaan (NGO) berkenaan.

 Zolkifly dalam reaksi spontan berkata, ADUN PAS bagi Kawasan Hulu Klang Saari Sungib (Abu 'Urwah) telahpun mengesahkan kehadiran.

 "Selain Saari Sungib, PasMa akan cuba mendapat seorang Exco Kerajaan Negeri dan pemimpin DAP negeri.

 "PasMa akan cuba pastikan dialog ini berlangsung secara progresif, dengan tajuknya 'Untung Perkukuh Pakatan Rakyat Pulau Pinang'," jelas Zolkifly.

 Dalam perkembangan berkaitan, Johari memberitahu Saari Sungib turut diatur untuk suatu program berasingan, iaitu majlis jamuan hi-tea di Kawasan Parlimen Kepala Batas pada pagi keesokannya.
Comments
0 Comments

No comments :

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...