JERUSALEM

JERUSALEM
SOLIDARITI BERSAMA PALESTIN

Wednesday, March 25, 2015

PAS Kelantan tetap membentangkannya walaupun sudah tahu penolakan Majlis Raja-raja

 
al-Sultan Kelantan bersama MB Mat Yaakub
Dilaporkan bahawa Mesyuarat Majlis Raja-raja Melayu telah menolak cadangan meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau Akta 355, undang-undang persekutuan yang perlu dipinda kerajaan PAS Kelantan bagi membolehkan pelaksanaan hudud, menurut sumber.

 Cadangan pindaan itu ditolak pada mesyuarat mereka 11 Mac lalu, yang dikatakan dihadiri semua Raja-raja Melayu atau wakil mereka.- Baca lagi di sini

 Mesyuarat Raja-raja Melayu lazimnya diiringserta Menteri Besar negeri masing-masing. Maka sudah pastinya, MB Kelantan juga telah turut bersama al Sultan Kelantan dalam mesyuarat tersebut dan sudah pasti maklum mengenai keputusan mesyuarat Majlis Raja-raja pada hari tersebut.

 Tetapi apa yang peliknya, kenapa setelah mengetahui penolakan Raja-raja Melayu itu, PAS Kelantan masih tetap membentangkannya pada 18 Mac dan sebulat suara meluluskannya pada 19 Mac ? Mustahil Menteri Besar  Mat Yaakub tidak ketahuan mengenai penolakan oleh Ketua Agama negerinya sendiri!

 Tidakkah ini merupakan tindakan yang memberi gambaran seolah-olah PAS Kelantan mencabar kedaulatan Raja-raja Melayu?

 Bukankah Hj Hadi sewaktu krisis MB Selangor dulu dia pernah menyebut yang PAS akan akur dengan apa saja keputusan Sultan Selangor.Tetapi kenapa kali ini Haji Hadi tidak mahu akur dengan keputusan Majlis Raja-raja Melayu.... Haji Hadi hanya akur pada seorang Sultan Selangor sahaja tetapi tidak kepada Majlis Raja-raja??



Presiden PAS Haji Hadi dengan tergesa-gesa telah menghantar notis ke Parlimen memohon kebenaran membentangkannya pada 18 Mac (Ingat : DUN Kelantan meluluskannya pada 19 Mac). Setiausaha Agong dan PAS Pusat sendiri tidak tahu menahu mengenainya. 

 Tetapi malang bagi Hj Hadi, Rang undang-undang persendirian mengenai hudud ini belum ketahuan sama ada akan dibentangkan atau tidak berikutan banyak lagi rang undang-undang kerajaan perlu dibentangkan dalam sidang Parlimen (Dewan Rakyat) kali ini yang akan berakhir 9 April depan.


 Sidang Dewan Rakyat mesyuarat kedua penggal ke-13 untuk tahun ini pula dijangka akan berlangsung bermula 18 Mei hingga 18 Jun hadapan. Tunggu dan tengok siapa yang kena nanti.....
Comments
4 Comments

4 comments :

Anonymous said...

kesiannya blog ni,xde org komen..mgkin xde org lawat pun blog penganut lim guan eng ni..meh ak komen ckit..Pas beriman ngan Allah n hukumnya bkan ngan raja2 melayu yg bpuluh-pulh juta tu..brkenaan ngan kes TSK tu xde kaitan ngan Islam stakat sejambak makhluk yg rakus ngan kuasa n kepentingn family

Anonymous said...

Blog ini banyak membantu. Walaupun saya bukan Ahli Pas tetapi terpaksa mengundi PAS pada pilihanraya lepas walaupun Umno mempunyai Calon yang hebat dan lebih baik. (Bandingkan calon PAS dgn Dato Johari Abdul Ghani)

Merasakan geram sebab PAS tidak ada strategi dan priority. Untuk melaksanakan Hudud ini mestilah PAS berkuasa dulu. Setelah berkuasa gunakanlah segala media dan jentera untuk promote/educate masyarakat. Berapa kerat orang yang faham hudud yang diusulkan. Kalau Tun M, Musa Hitam tak faham....kau rasa Lim Kit Siang faham? dan sokong?

Ini tidak buat kerja seperti melepaskan batuk ditangga....janji try.....berjaya tak...no problem...janji dah tunjuk yang PAS dah cuba. Allah maha mengetahui keiklasan kita.

Anonymous said...

Ukur baju dengan badan sendiri......nak kata kurang cerdik..marah pulak...kalau nak bentang kaji dulu kekuatan.....iaitu bape jumlah mp yg ade....jadinkalau kata putrajaya x penting....guane nak laksanakan hudud kalau x cukup sokongn di dewan rakyat....masalah nya bukan hufud...sbgi islam..kita sokong...tapi kalau x berhemah........cincai boncai la jadinya.....kan cantik kalau dpt putrajaya.....kuasa dah ade flm tngn..tv...media mainkan peranan..fahamnkan rakyat..gubal silibus persekolahan..ade subjek undang2 islam.....buat pendedahan dan kefahaman.....kpd rakyat.....ni bentang ...dah lulus ...ade silap katanya......ini tak..hudud lebih penting dari putrajaya....ermmmmm.........x cerdik...

Anonymous said...

Hadi telah memberi peluru kpd musuh, cerdikkah orang serupa ini? Kelihatan jelas PKR dan DAP berada di hadapan menelah apa hasil yg akan terjadi dan mempamerkan kepatuhan mereka kpd raja-raja, iaitu satu drp teras dlm perjuangan PR. Sekiranya PAS mengakui keberadaannya dlm Pakatan, kenapa tidak bermuafakat terlebih dahulu? Kenapa bermuafakat dgn musuh? Apabila dipermainkan oleh UMNO/BN nanti, bagaimana PKR dan DAP hendak mempertahankan PAS? Tidak cukup dgn itu, keluar kenyataan pula bahawa matlamat PAS bukanlah kemenangan pilihanraya tetapi untuk mendapat keredhaan Ilahi, mabuk pil kudakah atau apa? PAS sebenarnya telah mencemarkan jenama PR itu sendiri, dgn mengemis untuk mendapatkan kelulusan hukum hudud kpd puak sekular.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...