GOPENG

GOPENG
JOM HAPUSKAN KLEPTOKRASI

Thursday, March 26, 2015

PAS kena tipu lagi dengan Umno .....

Apa pendirian Najib sekarang?
Dia sudah bertaubat?
 Apa-apa pun tidak ada yang mustahil jika sudah kehendak Allah. Gajah pun boleh masuk melalui lubang jarum kalau itu adalah kehendak Allah Subhanahu wata'ala. Allah jadikan api sejuk dan tidak membakar ketika Nabi Allah Ibrahim dilemparkan kedalamnya...

 Tapi, kita perlu berusaha dengan mendahulukan sunnatullah. Jangan kita cuba masuk kedalam api dan berserah kepada Allah, atau memaksa gajah masuk ke lubang jarum....

 Maka demikian jugalah kalau kita mahu melaksanakan Hudud di Malaysia. Banyak rintangannya. Maka sebab itu janganlah marahkan Nazri Aziz bila dia kata 'bodoh' kepada mereka yang bercakap pasal hudud di Malaysia. Dia bukan mempertikaikan hukum hudud itu tetapi mempertikaikan soal perlaksanaannya.

   Menurut Nazri, Adalah  mustahil untuk melaksanakan Hudud di Malaysia kerana hukuman bagi kesalahan di bawah kod kesiksaan Islam akan bertembung dengan yang sudah termaktub di bawah undang-undang jenayah sivil dan jika hudud dilaksanakan mungkin akan menyebabkan "bahaya berganda." 

 Kod Kesiksaan Islam  bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan dan oleh itu tidak pernah dilaksanakan di Malaysia.

 Bahawa hukuman bagi jenayah dan kecurian di bawah hudud tidak boleh diluluskan tanpa terlebih dahulu meminda Perlembagaan dimana mahkamah sivil sudah mempunyai hukuman yang jelas bagi kesalahan itu.

Pakar perlembagaan Dr Abdul Aziz Bari pula berkata, walaupun Parlimen meluluskannya kelak, rangka kerja struktur dan jentera menguatkuasaannya tidak ada, seperti polis, hospital dan penjara, bagi menangani jenayah dan hukuman di bawah kanun itu. 

 Seorang lagi peguam, Norman Fernandez, berkata banyak undang-undang, termasuk Perlembagaan Persekutuan, perlu dipinda untuk sama ada membenarkan agensi persekutuan menguatkuasakan dan melaksanakan hukuman, atau mewujudkan badan baharu melaksanakan kanun itu.

 Manakala, bekas pengerusi Majlis Peguam, Datuk Khutubul Zaman Bukhari, berpendapat pendakwaan di bawah kanun itu akan gagal apabila pesalah mencabar keperlembagaan undang-undang itu sendiri.

 "Terdapat banyak perkara yang tiada dalam rancangan PAS dan nampak seperti parti itu melakukannya secara sembarangan. Terdapat banyak masalah dalam pelaksanaannya," kata Aziz . Baca lagi di sini

 Walaupun semua 12 ahli parlimen Umno negeri Kelantan mengundi untuk pindaan tersebut,  sehingga kini setelah seminggu berlalu, kepimpinan nasional parti pemerintah itu masih belum mengisytiharkan samaada akan memberi sokongan kepada hudud PAS di peringkat persekutuan. 

 Saya bersetuju bila ada yang kata :
PAS kena tipu dengan Umno, sekali lagi. Sudah ada tanda-tanda Datuk Seri Najib Razak dan Umno tidak akan sokong rang undang-undang Datuk Seri Abdul Hadi Awang Mei ini. Mereka akan kata, kita tidak tolak hudud tapi kita tidak mampu lagi. Dan ada kebenaran dalam apa yang mereka katakan.

Solusinya mudah: dapat kuasa melalui proses demokrasi, bentuk negara Islam, bangunkan keadilan Islam dan laksanalah hudud setelah itu. Untuk menjayakan agenda itu, PAS mesti menyertai permufakatan mengenyahkan BN dari Putrajaya. ~ Baca di sini
Kalau PAS buktikan kecerdikannya; PAS kena bersama Pakatan Rakyat untuk menumbangkan Umno/BN dan dapatkan kuasa.Banyak bukti-bukti kejayaan PAS ketika bersama PR. Tapi bila orang kata bodoh, marah pula!
Comments
2 Comments

2 comments :

Anonymous said...

Klu bn tumbang dan pr memerintah apakah anda pasti hudud dpt dijalankan?Skrg ni pn pkr dn dap menentang kuat.Jd apa pilihan kita?Bn ke Pr ke sama je.Hudud ttp ditentang.Nk harap Pas bersendirian mmg x kan berjaya.Akhirnya smpi kiamat keadaan mcm ni lah.

Joe Leman said...

Dakwah belhikmah wal mauizhoh, Tuhan dah bg peluang kita berkawàn dgn non muslim tetapi kita berusaha menjauhkan diri drp meteka. Sepatutnya kesempatàn yg ada kita gunakan untuk mendekatkan mereka kpd Islam dan hukumnya. Krn apa kita berputus asa terlalu awàl, padahal hanya sepenggal bersama mereka.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...