GOPENG

GOPENG
JOM HAPUSKAN KLEPTOKRASI

Friday, March 20, 2015

PAS lebih utamakan hukum Allah daripada urusan kerjasama politik dengan Pakatan Rakyat

  Mursyidul Am PAS Datuk Dr Haron Din menegaskan parti itu lebih mengutamakan hukum Allah - hudud - daripada hukum manusia termasuk urusan kerjasama politik dengan Pakatan Rakyat.

 Beliau juga menegaskan bahawa PAS tidak akan berganjak dengan perjuangannya melaksanakan hukum hudud sekalipun mendapat tentangan keras daripada sekutunya, lapor Utusan Malaysia hari ini.

 "Seluruh ahli PAS terutamanya para pemimpin menyedari bahawa pada satu ketika akan berlaku pertembungan di antara PAS yang hendak menegakkan prinsipnya dengan rakan-rakan kongsinya yang mungkin beralah lalu menyokong atau berkeras menentang.

 "Kalau PAS teragak-agak atau lebih mementingkan sekutunya yang menentang atau terlampau sayang dengan pakatan sehingga sanggup mengorbankan prinsipnya, maka PAS tidak akan membentangkan rang pindaan hukum hudud yang sedang berlaku di Kelantan.

 "PAS telah menyatakan kesungguhannya, PAS tidak bercakap sahaja, PAS melaksanakannya. PAS lebih mengutamakan hukum Allah lebih daripada hukum manusia," Dr Haron seperti dilapor oleh akhbar itu. Baca lagi di sini

Komen al-Husseyn:
Haron Din nampaknya begitu yakin dengan sokongan Umno hingga sanggup merungkai urusan kerjasama politik dengan Pakatan Rakyat.

Beliau tidak yakin bahawa kerjasama dengan PR, hukum Allah itu tidak akan dapat dilaksanakan. Dengan lain perkataan, kerjasama dengan Umno, hukum Allah akan dapat ditegakkan....Takbir!!!

Apakah sudah terbukti adanya negeri yang dibawah Umno telah melaksanakan hukum Allah?

Ingat lagi Adun Kemelah, Datuk Ayub Rahmat yang pernah mecadangkan Johor melaksanakan hudud , mendahului negeri lain pada 20 Jun 2012 lalu pada mesyuarat pertama penggal persidangan kelima Dewan Negeri Johor ke-12. Apa sudah jadi kepada cadangannya itu? Harun Din kena muhasabah, tabayyun dengan Ayub Rahmat terlebih dahulu. 

Apakah dengan sokongan Umno sahaja tanpa penglibatan PKR dan DAP PAS akan berjaya mendapat majoriti mudah apabila ianya dibentangkan di parlimen pada Mei ini nanti? 

PAS memerlukan sokongan 112 undi daripada 222 ahli Parlimen. PAS mempunyai 21 dan Barisan Nasional, 87 menjadikan jumlah 108 kerusi; kurang 4 kerusi untuk mencapai majoriti mudah. Itu pun belum pasti lagi yang dua ahli PAS yang digantung itu akan memberi sokongan kepada PAS.

Apa-apa pun eloklah PAS ambil peduli pandangan rakan tahalluf siayasi mereka, PKR seperti berikut :

Nasihat PKR kepada PAS

 PAS dinasihatkan supaya berhati-hati dengan taktik Umno dan perlu mendapatkan jaminan bertulis daripada Barisan Nasional (BN) yang mereka akan mengundi dan menyokong rang undang-undang persendirian hudud sebelum membawanya ke Parlimen, kata Rafizi Ramli.

 Setiausaha agung PKR itu berkata, ini penting untuk memastikan tiada muslihat dan tipu daya daripada Umno yang pernah memangsakan PAS dengan menendang parti itu keluar BN pada 1977.

 Katanya, kepimpinan PAS dan rakyat perlu berhati-hati dan waspada dengan muslihat Umno dan BN yang menggunakan ketaatan orang Islam terhadap hukum Allah sebagai muslihat politik.

 "Saya menasihati pimpinan PAS supaya mendapat jaminan bertulis mengenai sokongan daripada Umno dan parti komponen BN lain seperti PBB (Parti Pesaka Bumiputra Bersatu) terhadap cadangan rang undang-undang persendirian mengenai kuasa Mahkamah Syariah terlebih dulu sebelum memutuskan untuk membawanya," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

 Ahli Parlimen Pandan itu juga menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan timbalannya,Tan Sri Muhyiddin Yassin menyatakan sokongan secara terbuka dan bertulis terhadap hudud di Kelantan dan berjanji akan mengundi rang undang-undang persendirian itu jika dibawa ke Parlimen. - Baca lagi di sini
Comments
5 Comments

5 comments :

Anonymous said...

Sebenarnya DAP, MCA, MIC,Gerakan,PKR tak perlu takut hudud Kelantan, sebenarnya kalau semua ahli umno menyokong draf tersebut masih belum mendapat majoriti untuk lulus, umno tahu ahli Parlimen yg lain pasti menolak, sebab itu umno kononnya menyokong draf hudud tersebut, undang2 hudud ini hanya untuk orang Islam saja, DAP dan yang lain2 tak perlu kuatir, kita nak tengok kalau draf ini disokong oleh DAP dan lain2 ahli Parlimen dan diluluskan oleh Perlimen sebulat suara, umno akan terkejut beruk, percaturan politik mereka makan tuan, kalau DAP dan PKR bijak, biar umno sokong dulu dan tengok berape undi dalam Parlimen, lepas tu DAP dan PKR undi sokong dan luluskan dengan simple majoriti, kita tengok apa akan jadi?? biar Kelantan jalankan dan kita tengok keberkesanan undang2 tersebut, kita gaduh2 pada benda yang tidak memudaratkan antara satu dengan yang lain, tidak ada gunanya, life still go on, hanya umno yang tidak tentu arah, tak percaya??? cuba buat

Anonymous said...

ISLAM itu

ISLAM itu PASRAH rela suka gumbira CINTA kpd skudus2 nilai yg bnar2 LURUS lg KUDUS yg tidak dinodai..

BUKANkah?

Bukankah berpegang TEGUH kpd JANJI adalah seafdal2 hukum-ALLAH?

Klu sudah2 awal2 lg melanggar JANJI itu sudah TERANG2 brerti berlawanan dgn hukum-ALLAH

Bolehkah melanggar JANJI mnjd alasan konon2 nak tegak hukum-ALLAH?

SYSTEM hidup yg murni terikat dgn JANJI

Nabi SAW sentiasa teguh kpd JANJI

Krn AMANAH keatas JANJI afdal diutama

Bgmn org lain akan RESPEK kpd Islam sbg "uswatun-HASANAH" jk nabi SAW sndiri yg awal2 mlanggar JANJI

Nabi teguh pegang JANJI dgn musuh

Nabi teguh pegang JANJI dgn Musrikin

Nabi teguh pegang JANJI dgn Yahudi

HANYA..

Musrikin & Yahudi shj yg akan AWAL2 skali melanggar & menodai JANJI

KINI..

Giliran ularrrMAK2 haraki pula yg dah mngambil tempat musrikin KAFIR harbi & Yahudi yg trang2 AWAL2 skali tlh melanggar serta menodai JANJI

Sggup mlanggar menodai JANJI krn mndpt sokongan SUCI drp perompak songlap PENYANGAK setan2 yg dkenali w.pon setan2 yg dkenali itu TIDAK pernah samaskali mnunaikan JANJI2 royalti minyak yg tlh dperstujui!

Inilah akibatnya apb sibapak FITNAH dianggap ulamak yg berilmu tggi, lalu sgt2 mudahlah UMPAN2 bangkai harta ESOS balak projek dll ditabur agar terus berdusta memFITNAH demi FITNAH hatta kpd isu HUDUD skalipon supaya rkyat tertipu SAMAR serta terus mnjd bnar2 KELIRU

Adakah Islam yg dibawa nabi SAW itu trsgt2 jijik & HUDOH yg AWAL2 lg telah pon khianat dgn mnodai serta mlanggar JANJI ddlm PR/pakatan sprt yg dibawa oleh kaki AUTA U-turn dan PONTENG sibapak FITNAH itu??

Anonymous said...

Yakin dgn Allah.. bkn yakin dgn sokongan umno.. umno x ada fungsi dlm hudud ni.. selain jika mereka islam beriman insyaallah mereka sokong..

Zakuan Muhammad said...

Haru. Din berbicara atas tanggung jawab dia sbgai pemimpin islam.. Nak tak nak dia akn di tny di depan tuhan apa usaha dia nak tegak kan islam masa hayat dia?tuhan tak tanya berjaya ke tak? Tuhan tanya usaha kita..umno support ke tak support ke itu urusan pemimpin umno sendiri one by one dgn tuhan.. Yang pakcik hussien ni apa dah pakcik buat utk martabatkan islam?

Anonymous said...

Klu umno dgn jls dan TERANG tlh mnodai serta melanggar JANJI2 mrk trhdp PAS ddlm PRJANJIAN besar soal ROYALTI minyak..

Kini giliran PAS yg DUNGU itu pula diBAHALOLkan umno agar mnodai serta mlanggar JANJI trhadap PR/pakatan!

Jlslah kini siapa SETAN yg dkenali dan siapa pula SETAN sorban kopiah paling2TOLOL yg kini lebih TOLOL drp lembu yg cuba bersembunyi yg trang2 diTOLOLkan umno supaya engkar mlanggar & mnodai JANJI

TIDAK kah reti malu dgn mngaku sbg PEWARIS nabi ttpi dgn TERANG2 suka mmFITNAH serta mlanggar JANJI!

Alangkah jahat LAKNATnya org2 yg TERANG2 tlh mlanggar JANJI serta dgn bodoh-SOMBONG pula mndakwa ingin mnegakkan hukum-HUDUD ALLAH!??

JADI..

Jadi apakah JADAHnya nanti apb kdua2 puak SETAN2 yg suka meLANGGAR kpd JANJI2 mrk sndiri itu diberi kuasa utk mnjlnkan HUDUD..

Alangkah tolol BAHALOLnya kpd ssiapa shj yg percaya serta MENYOKONG ruu HUDUD yg tlh diHIJACK oleh kdua2 puak SETAN2 gelap-songlapROMPAK itu yg dgn TERANG skali sgt suka mlanggar serta mnodai JANJI2 mrk sndiri

Mrk sama2 tlh mngHIJACK kalimat ALLAH

Mrk HIJACK juga makna WALAQ & ulamak

Kini mrk HIJACK erti HUDUD seolah2 mrk lah yg paling-SUCI skali w.pon dgn TERANG skali mrk tlh slalu mmbuat FITNAH juga mnodai serta mlanggar sgl JANJI!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...