GOPENG

GOPENG
JOM HAPUSKAN KLEPTOKRASI

Tuesday, March 24, 2015

PAS siasat penganjur demo depan pejabat parti

Ketua Pemuda PAS Kuantan, Noorzazilafadli Ibrahim dipanggil menghadap jawatankuasa siasatan PAS petang ini ekoran dakwaan demonstrasi yang dianjurkan beliau di depan Pejabat Agung PAS di Kuala Lumpur, 8 Februari lalu.

 Turut dipanggil ialah Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Dr Mohd Hatta Ramli, yang dituduh menjadi dalang konspirasi menjatuhkan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

 Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan sama ada Dr Hatta menyertai sidang hari ini kerana ahli Parlimen Kuala Krai itu dipercayai masih berada di lokap selepas ditangkap polis petang semalam.

 Hatta menyertai demonstrasi bantah cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang diadakan di Wisma Kastam Kelana Jaya semalam, dan ditangkap bersama 79 orang lain pada petangnya.

 Pada 12 Mac, Noorzazilafadli dipanggil jawatankuasa itu tetapi tidak menghadirkan diri.

 Ekoran itu, PAS Pusat dalam mesyuarat di Kota Baru minggu lalu memutuskan memberi satu lagi peluang kepadanya menghadap jawatankuasa siasatan hari ini.

 Noorzazilafadli dan Hatta merupakan dua individu terawal dipanggil jawatankuasa itu yang dipengerusikan oleh Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali.

 Turut serta dalam jawatankuasa itu ialah Naib Presiden Salahudin Ayub, Ketua Penerangan Datuk Mahfuz Omar, ahli jawatankuasa Idris Ahmad dan Pemangku Timbalan Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Dr Mahfodz Mohamed.

 Ketika dipanggil pada kali pertama, Noorzazilafadli memberi alasan tidak hadir kerana mendakwa jawatankuasa siasatan itu juga terlibat dalam konspirasi menjatuhkan Hadi.9 Bagaimanapun, Hadi sendiri dalam mesyuarat di Kota Baru mahukan jawatankuasa yang dilantik itu kekal.

 Dalam demonstrasi pada Februari itu, di mana Noorzazilafadli merupakan penganjurnya, menerima kritikan pelbagai pihak dalam PAS, termasuk Hadi sendiri dalam satu majlis tertutup di Kuantan.

Turut serta dalam demonstrasi itu, Ketua Dewan Ulama PAS Pahang, Mokhtar Senik dan penceramah agama, Nazmi Karim. - Baca lagi di sini 
Comments
1 Comments

1 comment :

Anonymous said...

sandiwara mcm yg umno selalu buat. buat rci ic sabah. last2 yg kena tuduh pegawai kerajaan.

tak siasat pula yg kencing berjemaah, boo mat sabu, doa laknat, ponteng parlimen?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...