GOPENG

GOPENG
JOM HAPUSKAN KLEPTOKRASI

Friday, March 06, 2015

Pengisytiharan Harta : Harap Rafizi akan lebih cerdik sikit daripada badut-badut yang sedia ada

 Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli telah bersetuju untuk mengistiharkan hartanya sebagai menyahut cabaran Syed Ali Alhahshee dengan menuntut agar Syed Ali mendapatkan semua menteri Barisan Nasional melakukan perkara yang sama.

  Saya rasa Rafizi tidak perlu membuang masa dengan dengan menaruh harapan yang tinggi dan percayakan yang Syed Ali tu akan dapat menunaikan tuntutan tersebut. 

 Apa kuasa yang ada pada Syed Ali untuk memaksa Najib dan lain-lain menteri Umno mengisytiharkan harta mereka?

  Rafizi jangan terikut-ikut kelaku Nasrudin Hassan Tantawi yang pernah suatu ketika dulu mengejutkan seluruh perwakilan malah satu Malaysia apabila tidak semena-mena mengisytiharkan harta miliknya ketika menyampaikan ucapan penangguhan pada Muktamar Dewan Pemuda Pas Pusat  di sini.

 Ramai satu Malaysia ketika itu turut suka dengan pengisytiharan tersebut, bukan kerana sikap ketelusan Nasrudin, tetapi kerana dia kelihatan sangat kelakar!

 Harap Rafizi akan lebih cerdik sikit dan jangan jadi badut dipentas politik tanah air. Kita sudah punyai terlalu ramai badut. Cukuplah apa yang sudah ada!

Adalah lebih baik juga sekiranya Rafizi mempertimbangkan saranan bekas menteri undang-undang Zaid Ibrahim supaya  beliau selaku Ahli Parlimen biasa tidak perlu mengisytiharkan asetnya melainkan Pak Menteri atau Exco negeri yang boleh menganugerahkan kontrak.

 Dalam satu siri tweet semalam, Zaid berkata: "Rafizi tidak perlu membuat pengisytiharan aset. Ahli Parlimen tidak dijangka membuat pengakuan itu. Mereka tidak boleh menganugerah kontrak tetapi Menteri boleh."

 Rafizi, Ahli Parlimen Pandan, telah mengambil cabaran yang dilemparkan kepadanya oleh Ketua Bahagian Umno Cheras, Syed Ali Alhabshee ekoran tuntutan Rafizi meminta PM Najib mengisytiharkan hartanya. Sila baca   di sini
Comments
1 Comments

1 comment :

Anonymous said...

Nuar istihar tak harta dia hussin?dia kerja penasihat ekonomi tu jawatan yg berkepentingan...nuar istihar tak sebelum dan selepas dia jadi advisor tu wahai hussin hahaga...orang istihar harta kau kata badut...jadi wakil wakil rakyat umno yg jd jutawan segera aras kepentingan politik tu tak perlu istihar harta jugak la wahai hussin tolol?sebab diorang bukan menteri atau exco jd tak perlu declare la hussin?bgitu ke wahai tolol?kalau bodoh jgn kata orang badut sebab kau tu makin lama makin tolol hahaha...bila orang komen panas kena atas kepala tolol kau tu mula la tak siar hahaha...bagus la rafizi nk declare tp si tua bengong ni kata jgn jd badut...bodoh betul la hussin ni...hahaha...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...