JERUSALEM

JERUSALEM
SOLIDARITI BERSAMA PALESTIN

Saturday, March 21, 2015

Pimpinan PAS Perlu Perubahan - Nizar

ALOR SETAR, 20 Mac (Bernama) -- Anggota Jawatankuasa PAS Pusat Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata perubahan perlu dilakukan terhadap kepimpinan parti memandangkan krisis utama dihadapi PAS sekarang ini ialah berkaitan pemikiran pemimpinnya.

 "Jika mereka ini ada unsur-unsur mempamer kelemahan, maka perlu diubah, ini hak perwakilan dan ada dalam perlembagaan parti. Ubah pimpinan, sebab pemikiran tu bersama pimpinan," katanya di Kuala Kedah.

 Beliau berkata demikian ketika mengulas tindakan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob yang mahu Datuk Seri Abdul Hadi Awang dikekalkan sebagai presiden PAS dengan alasan beliau mampu menjalankan tanggungjawab dengan baik dalam menghadapi pelbagai situasi.

 Ahmad dilapor berkata, walaupun Perlembagaan PAS memberi ruang untuk sesiapa sahaja memilih calon yang layak bagi menggalas tugas itu, namun sehingga kini keperluan Hadi menjadi presiden PAS dilihat masih tinggi.

 Ditanya apa perlunya bagi PAS untuk terus bersama dengan Pakatan Rakyat, Nizar berkata ianya penting bagi memastikan kedudukan PAS di hati orang bukan Melayu.

 "Bila PAS berkeseorangan sepanjang 12 tahun, kita tak dapat tempat di hati pengundi bukan Melayu, tapi bila kita sama Pakatan Rakyat, kita banyak menang di kawasan yang bukan majoriti Melayu."

 Justeru katanya, pendirian Mursyidul Am PAS Datuk Dr Haron Din yang menegaskan parti itu meletakkan perjuangan menegakkan hukuman hudud sebagai ketetapan yang jauh lebih penting daripada kerjasama pakatan pembangkang itu adalah pendapat peribadi Haron.

 Nizar berkata pada masa ini terdapat dua pemikiran dalam PAS iaitu pemikiran ulama dan pemikiran progresif profesional. – Bernama,
Comments
6 Comments

6 comments :

Anonymous said...

Pemimpin2 PAS ni ingat ia sebuah Pertubuhan Agama kot.tak ingat ke PAS ni Parti POLITIK.ingat bai.bukan Persatuan MASJID.APA punye Terr Pemimpin PAS ni .

Anonymous said...

Nik Aziz
Nik Aziz patuh & bnar2 faham erti JANJI yg tlh dipersetujui

Nik Aziz sgt2 PATUH & akur bgmn nabi SAW benar2 TEGUH mmegang JANJI trhdp Musyrikin KAFIR-harbi..hatta teguh dgn JANJInya kpd Yahudi

Nik Aziz sgt2 ARIF betapa INDAHnya nabi SAW sntiasa TEGUH dgn JANJI

Nik Aziz bnar2 PATUH kpd JANJI ddlm PR/pakatan rkyat

Nik Aziz juga bnar2 PATUH kpd JANJI yg tlh diikrar ddlm muktamar PAS utk setia bnar2 komited ddlm PR/pakatan rkyt...BUKAN hambar & onar


Yg dah TERANG dan jls..

FITNAH
FITNAH2 kominis pilkuda barua mnjd2
FITNAH2 jebon anjing babi pon mnjd2
FITNAH2 samseng bakar pukul mnjd2

KINI..

Dolak dalik berBELIT2 ddlm JANJI
Mungkir khianat kpd JANJI
Langgar/nodai JANJI

Mrk inikah ulamak PEWARIS nabi?

ATAU

SETAN2 kopiah jubah SORBAN yg dah tak leh nak bersembunyi lg??

Cer..cer tanya Haron Din & Hadi

Anonymous said...

ISLAM itu

Krn Islam itu maha INDAH
Hudud Islam itu juga maha2 INDAH
So, TIADA sape yg bnar2 waras menolak hudud Islam yg maha2 INDAH itu

TETAPI brsyarat..

"Inna a'malu bin'NIYAT"
Krn smua AMALAN/kaedah itu dgn NIAT

--Apb TERANG amalan FITNAH, tentulah ianya dtg drp NIAT yg jahat yg trsgt2 BEJAT

--Apb sgt JELAS onar mlanggar serta mnodai JANJI itu krn NIAT yg busuk serta diLAKNAT

CAHAYA-Islam
CAHAYA-sbnr2KBNARAN

CAHAYA itu TERANG mnyuloh drp ranting cabang2 AMALAN sehinggalah keakar UMBI aka kdasar HATI paling dlm NIAT yg ada diHATI sseorg

JADI..

Apakah muslihat HUDUD kpd org2 yg jls TERANG skali suka mmbuat FITNAH?

Apakah hajat HUDUD ddlm HATI org2 yg tlh disuloh CAHAYA TERANG yg syiok berputar2 brbuat ONAR serta mlanggar & mnodai JANJI mrk sndiri

KEPADA..

Mat Sabu
Husam
Dr Hatta
Dr Dzul
Nizar
Mujahid
Khalid Samad
Salehhudin
Mahfodz Omar
Mazlan Aliman
Dr Syed Azman dll

PERCAYAlah..

Percayalah bhw kamu semua yg diatas ITU sgt2 LAYAK dan lebih LAYAK mmbawa peranan sbg PEWARIS2 nabi itu berbanding dgn mrk/MSU yg selama ini tlh "memenjara" MINDA kamu smua yg seolah2 mrk itu kamu anggap jauh LEBIH baik drp kamu?

Aku dpt "meRASAkan" bhw kamu semua TIDAK suka hatta sgt2-BENCI kpd sgl bentuk FITNAH, ins'ALLAH

Dan aku juga sgt YAKIN kamu semua BUKAN kaki yg akan mlanggar serta mnodai JANJI, ins'ALLAH

Keluarlah kamu smua wahai saudara2 serta shbt2 ku drp PENJARA-minda2 mu itu yg sekian lama tlh mmbelengu kamu semua itu selama ini..wsalam

lan44646 said...

Dah agak terlambat.musnahnya bangsa,kaum,parti juga agama adalah disebabkan ahli ya sendiri,
Kepentingan duniawi yg diutamakan,
Siap kan batu nisan je,agama lain hilang
Keyakinan parti anda boleh bawa kebaikan
malah kemusnahan semata2,
Atas tindak tanduk pepimpin tertinggi/
Yg tak guna akal selepas undur dan pergi nyaTGNA,
Iri hati & dengki kuasai hati.
Bila dah dikemuncak lupa diri/
Ingat lah akhir zaman Allah balas ,
Kesalahan pemimpin payah diperbetul malah menjadi lagi teruk.

Anonymous said...

Kita tunggu aje le tengok nanti ..sapa yg patut dikekalkan atau yg tak patut...Didalam haraki perjuangan islam..tak perlu le memburukkan org lain demi nak naik...ini bukan caranya..kalau bagus sangat tunjukkan kebagusan diri tu ..bukan memburukkan org...rasanya kalau bapa sendiri tak sanggup buat demikian...baru berapa lama sangat berjuang dlm pas dah nak tunjuk hebat...bukan caranye..

Anonymous said...

Anon 10:13pm, pandangan mengenai siapa lebih lama berjuang dlm PAS itu adalah perkara subjektif. Adakah orang yg lebih lama itu boleh dgn sewenang-wenangnya melabelkan ahli parti sendiri dgn gelaran barua, broker, jebon serta membuat fitnah pula pada orang lain? Dlm pada itu, kerap tidak hadir mesyuarat dan mewakilkan kpd orang lain yg tidak boleh beri kata putus dlm mesyuarat. Pemimpin jenis apa kalau macam ini?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...