GOPENG

GOPENG
JOM BERSAMA PAKAAN HARAPAN

Thursday, March 12, 2015

Rafizi cabar Muhyiddin dan alHabshee letak jawatan

 Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli menggesa Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan ketua bahagian Umno Cheras, Datuk Syed Ali Alhabshee supaya meletak jawatan.

Beliau berkata ini kerana Muhyiddin menjadi tidak relevan lagi berikutan pengumuman kerajaan untuk menyelamatkan 1MDB.

 Bagi Syed Ali pula, Rafizi berkata, ketua bahagian Umno Cheras seperti dalam kegelapan mengenai apa yang berlaku dalam Umno.

 "Beliau nampaknya tidak tahu apa-apa tentang apa yang sedang berlaku dalam parti. Jadi dia tidak patut bercakap seolah-olah dia mewakili Umno," kata Rafizi.

 Minggu lalu, Muhyiddin berkata kerajaan tidak sepatutnya menyelamatkan syarikat yang dibebani hutang itu, tetapi Menteri Kewangan II Datuk Husni Hanadzlah memberitahu Dewan Rakyat hari ini bahawa RM950 juta telah diperuntukkan sebagai "kredit tunggu sedia" untuk 1MDB.

 Semalam, Syed Ali mengecam Rafizi kerana mendakwa beliau dimaklumkan oleh seorang ketua bahagian Umno bahawa hampir RM1 bilion akan disuntik ke dalam syarikat itu.

 Menurut Ahli Parlimen PKR itu, perkara itu telah dinyatakan kepada Ketua-ketua Umno bahagian semasa pertemuan tertutup dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak pada hari Ahad.

 Mengulas mengenai perkara ini, Rafizi berkata Syed Ali dan Umno tidak sepatutnya membuat cabaran, terutamanya apabila dia (Syed Ali) tidak menepati janjinya untuk mengisytiharkan hartanya.sumber
Comments
1 Comments

1 comment :

opisboi said...

anjing belaan dia akan menyalak sampai hilang suara mempertahankan tuannya walaupon yg datang itu posmen atau bai roti..yg penting bagi anjing ialah sapa bagi aku makan! wooff...wooff...wooff

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...