GOPENG

GOPENG
JOM HAPUSKAN KLEPTOKRASI

Sunday, March 29, 2015

Rakyat semakin hilang rasa hormat kepada polis

Anggota Parlimen Shah Alam Khalid Samad dibebaskan hari ini setelah ditangkap awal pagi tadi tadi susulan penglibatannya dalam perhimpunan Kita Lawan semalam.

 Peguamnya Michelle Yesudas berkata, anggota Parlimen PAS itu dibebaskan kerana terdapat kesalahan dalam kertas siasatan.

 “Peliknya kertas siasatan tidak lengkap, jadi mereka harus bebaskannya kerana terhadap kesalahan prosedur,” katanya di sini

 Adalah amat memalukan kerana sikap polis yang tidak menampakkan sikap yang profesional. Bukan sahaja kertas siasatan yang tidak lengkap, malah masa penangkapan yang dilakukan pada jam 3.30 pagi itu menampakan sikap polis yang gelojoh.


Lihatlah dipagi-pagi buta polis datang dan mengganggu kejiran Khalid Samad.

 Apakah kedatangan polis lengkap dengan M16 itu  mahu menangkap penjenayah yang merbahaya?

  Seolah-olah ahli parlimen tersebut telah melakukan satu jenayah yang sangat serius sehingga polis tidak sempat-sempat menyediakan kertas siasatan yang sempurna.

   Apa salahnya polis menalipon Khalid, jemput beliau datang ke balai untuk disoal siasat?

 Tidakkah itu lebih besesuaian dengan slogan polis tahun ini, ‘Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada’, konsep ‘community policing’?

  Kita percaya dengan kehadiran 5 kereta polis di subuh buta tersebut tentunya telah mengganggu kejiranan kejiranan setempat. Tentunnya tidur mereka terganggu dan terpinga-pinga dengan kehadiran polis lengkap dengan M16 di pagi buta! 



 Malam Jumaat lalu, Polis bertindak macam 'Gestapo' menculik Hishamuddin Rais ketika berjalan kaki menuju Dataran Merdeka menghadiri bantahan cukai barangan dan perkhidmatan (GST), yang juga agenda #KitaLawan. Mulutnya dicekup lalu disumbat kedalam kereta dan dibawa pergi. 

 Diikuti pula dengan penahanan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu pada 12.20 tengah malam oleh sepasukan 20 polis bertopeng dan bersenjata ketika beliau hadir di Restoran Seven Star di Sungai Dua, Pulau Pinang. 

 Tindakan polis yang hanya ikut arahan tuan-tuan politik mereka hanya menghilangkan rasa hormat rakyat terhadap mereka.
Comments
10 Comments

10 comments :

Anonymous said...

Anjing Suruhan Umngok

Anonymous said...

Cari makan beb! Nak bagi anak bini makan punya pasai, terpaksa la gadai maruah ikut telunjuk tuan.

Tak ikut kang kena transfer ke pedalaman. Nasib kau la polis.

Anonymous said...

Hari ini suara rakyat telah dibisukan jangan tegur sesiapa nanti dijemput tengah malam,AJK masjid tidak boleh ditegur kelemahan urustadbir mereka,pehak berkuasa jabatan yang rakyat berurusan tidak boleh ditegur kelemahan urusan mereka,ketua-ketua jabatan susah hendak ditemui oleh rakyat yang bermasaalah untuk menyelesaikan masaalah mereka,pehak penguatkuasa undang-undang mudah mengunakan akta untuk mengekang kesalahan yang tidak lojik dengan peruntukan undang-undang apa yang sedan belaku sekarang kerajaan hanya tahu bagaimana hendak menekan rakyat demi untuk servive perbelanjaan negara yang meningkat begitu drastik sekali,cukai cukai cukai itulah saja yang ada dalam benak hati pemimpin negara rakyat papa kedan biarkan nak hidup cari sendiri bersuara akan ditangkap,inilah hakikat hari ini ahli politik asyik bercakaran untuk berkuasa bila sudah ada kuasa rakyat jadi mangsa.fikir fikir dan fikir.

Anonymous said...

aku rasa susah nak salahkan polis krn mrk mendapat arahan drpd ketua. mcm kes sirul.

mat roger said...

tu yang pelik .. buat kerja tanpa ada pertimbangan yang adil... alasan.. ikut arahan... menjalankan tugas... tapi takkan tak boleh fikir sendiri tindakan itu adil atau tidak... cuba fikir sikit antara yg nak ditangkap dgn pihak di balik tabir yg menyuruh tangkap itu, mana yg benar... mana yang betul... kalau dicongak2 semua org boleh fikir dan bezakan mana penyangak mana mangsa penyangak... atas dunia ni boleh lah bagi alasan stereotaip... atas arahan... menjalnkan tugas... tunggu Akhirat nanti... setiap kezaliman , setiap kejahatan akan dibalas... Allah bagi akal utk berfikir... perintah Allah, Al-Quran dan Hadith pun ko engkar...tapi bila arahan manusia beria2 nak patuh tanpa ada rasa ihsan dan pertimbangan... tunggu lah nanti d hari Pembalasan semua akan terbongkar tanpa ada alasan lagi...

Anonymous said...

"Apa salahnya polis menalipon Khalid, jemput beliau datang ke balai untuk disoal siasat?"

Nak suruh polis buat SOP baru ke? telefon dulu pencuri sebelum pegi tangkap. KAH KAH KAH...

Anonymous said...

Bodo nye umngok. Pegi demo tu jenayah ke? Jam 3pg kasi can itu khalid tido dulu. Esok 9pg bole call ke apa? Ha ha

Anonymous said...

Bodohnya perbandingan yg di buat. Perasan hebat le tu.

Anonymous said...

Adakah polis yg buat kerja salah ni diakhirat nnti boleh lepas begitu saja dimahkamah Allah....atau polis diakhirat nnti boleh dirasuah sbb kita ni sama2 kerja polis....fikir dan jawaplah sendiri klu kamu org yg beriman

Anonymous said...

Anon 1:27, kena pandai bezakan antara pencuri dan saksi. YB Khalid belum dituduh. Berbeza dengan pencuri. Dulu sekolah tinggi tak?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...