GOPENG

GOPENG
JOM BERSAMA PAKAAN HARAPAN

Wednesday, March 25, 2015

Sebelum nak maki hamun orang Cina, Korang ada teloq nak maki.....

Lebih 30 gabungan utama persatuan masyarakat Cina meningkatkan bantahan terhadap hudud ketika orang ramai menanti-nantikan pengumuman rasmi Datuk Seri Najib Abdul Razak.

 Kumpulan tersebut, antaranya disertai Gabungan Pertubuhan Cina Malaysia (Hua Zong), Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Malaysia (ACCCIM) dan Persatuan Gabungan Guru Sekolah China (Jiao Zong), bersama MCA menolak hudud atas alasan ia "menghakis demokrasi dan menimbulkan kezaliman."

 Perkara itu termasuk dalam pengisytiharan lima perkara yang diumumkan selepas pertemuan mereka dengan parti utama BN itu di Kuala Lumpur petang ini.

 Perisytiharan itu termasuklah:

 - mereka akan terus mempertahankan demokrasi mengikut lunas-lunas undang-undang sivil dan perlembagaan persekutuan sebagai asas berdirinya Malaysia;

 - mereka bersetuju bahawa semua undang-undang mesti melayan setiap warga dengan adil dan saksama dan menjaga kepentingan semua etnik;

 - menyokong dasar wasatiyyah perdana menteri, dan juga, mendukung bantahan MCA terhadap hudud yang bercanggah dengan perlembagaan.

 Dalam sidang media itu, presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata perdana menteri memerlukan lebih masa untuk menyatakan pendirian BN.

 "Saya percaya BN telah bermesyuarat dan mereka akan mengeluarkan kenyataan bersama nanti. Kami hanya menunggu kenyataan muktamad daripada perdana menteri," katanya. Baca lagi  di sini

Komen al-Husseyn:

Selepas ni maka akan bangkitlah para pejuang Melayu Islam dan pewala' lawak memaki hamun orang Cina...Bulan Mei pun dah dekat, apalagi ugutlah mereka dengan tragedi 13 Mei! 

 Kenapa mesti nak marahkan Cina? Cina menentang Hudud? Apakah orang Melayu Umno menyokong Hudud? 

 Sehingga kini, Najib yang pernah berjanji akan menyatakan pendirianya mengenai hudud pada Jumaat lepas, tapi hingga kini masih bungkam tidak dapat menyatakan pendirian yang tegas mengenainya.

 Ini adalah kerana ramai Ahli UMNO yang sentiasa berpendapat bahawa hudud tidak sesuai untuk sebuah negara berbilang agama dan berbilang kaum seperti Malaysia.Tiga Perdana Menteri pertama, Tunku Abdul Rahman, Tun Razak dan Tun Hussein telah menyatakan dengan jelas bahawa perlembagaan Malaysia tidak akan membenarkan pelaksanaan undang-undang hudud.

Malah Najib sendiri pernah menyatakan penentangannya :
Kerajaan tidak akan menguat kuasakan undang-undang hudud di Malaysia, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.
 Perdana Menteri berkata, walaupun ia telah diterima di dalam Islam, pelaksanaannya perlu berasaskan kepada realiti. 
 "Undang-undang Hudud tidak boleh dilaksanakan kerana kita perlu mengambil kira persekitaran dan realiti.
 "Tujuan pentadbiran menurut Islam adalah berdasarkan prinsip maqasid syariah, yang, antara lain, melibatkan melindungi agama, nyawa, akhlak dan harta," katanya selepas pelancaran Tanjung Tualang 1Malaysia karnival katanya  di sini
Bekas Timbalan Perdana Menteri dan mantan Timbalan Presiden UMNO Tun Musa Hitam menyifatkan tindakan UMNO itu boleh "musnahkan diri sendiri." 

Penentangan Nur Jazlan Mohamad, Pengerusi PAC dan MP UMNO Pulai terhadap rang undang-undang ahli persendirian Hadi adalah gambaran 'hujung bongkah airbatu'; bahawa ramai lagi Ahli Parlimen UMNO yang lain akan turut menentangnya. 

Lantaran itu sehingga kini Najib tidak berani menyatakan pendirian  sebenar BN berhubung dengan Hudud.

 Konspirasi politik tipu daya Umno/BN yang menggunakan umpan UG (Kerajaan Perpaduan UMNO dan PAS) dan pelaksanaan hudud di Kelantan untuk menjejaskan kestabilan, jurang dan menghancurkan PR, nampaknya memakan diri perancang itu sendiri.

 Jadi, para pejuang Melayu Islam dan pewala' lawak semua tu, lupakanlah nak memaki hamun orang Cina kerana Umno sendiri bukan menyokong Hudud. Dan perjuangan mereka selama ini sememangnya tidak pernah ada agenda Hudud.

  Tapi kita semu yakin puak-puak ini tidak akan berani nak maki hamun soltan-soltan walaupun mereka menolak cadangan meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau Akta 355, undang-undang persekutuan yang perlu dipinda kerajaan PAS Kelantan bagi membolehkan pelaksanaan hudud menurut sumber  di sini. Ada teloq?

Hanya mereka yang mahukan UG sahaja yang sanggup ditipu hidup-hidup oleh UMNO/BN!
Comments
2 Comments

2 comments :

sizzly7761 said...

Senang citer..Geng UG lagi faqih ni dah kena kencing dengan UMNO! JKTH Persekutuan dan Negeri yang diujudkan selama ini hanya gimik politik kerana sedari awal dah tahu bahawa kerja2 ini adalah kerja sia2 kerana Ketua Agama menolak dan Perlembagaan sendiri secara automatik membatalkan mana2 undang-undang yang bercanggah dengan perlembagaan!
Walaupun dah kena kencing dengan UMNO, tapi oleh kerana malu nak mengaku dan kontrol 'macho', maka di teruskan juga walaupun terpaksa membelakangkan muafakat dengan rakan PR.. Susahnya bila terasa diri alim dan dekat dengan Tuhan sehingga 'wisdom' dan nasihat bijak pandai dalam hal ini diketepikan. Kesanya undang2 hudud yang indah ini menjadi bahan cemuhan dan di perlekehkan. Hudud boleh diterapkan secara berhemah bila 'kita' memiliki kuasa... dan bila kita sebagai orang Islam dapat mempraktikan & menunjukkan betapa islam itu satu cara hidup yang sempurna.. satu darinya ialah kita sebagai orang yang faqih mesti jujur, amanah, pegang pada janji dan tidak menfitnah orang tanpa bukti spt pil kuda, kominis dan barua.. ....banyak lagi. Dek kerana mengkhianati pesanan marhum TGNA supaya jangan percayakan UMNO, maka sekarang geng UG yang percayakan janji palsu dah kena kencing dengan UMNO..Tangguh hudud bukan bermakna menolak hudud....

Anonymous said...

Hadi membawa PAS untuk terjun dgn labunya.....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...