KELANTAN

KELANTAN
TABUNG BANJIR KELANTAN

SUMBANGAN DANA

SUMBANGAN DANA
HARD TALK

Wednesday, March 25, 2015

Siapa lebih biadab, DAP atau Hj Hadi?

PAS hari ini memulangkan paku buah keras kepada DAP, rakan gabungannya dalam Pakatan Rakyat, susulan kritikan keras terhadap usaha parti itu melaksanakan undang-undang jenayah Islam di Kelantan.

 Mereka juga menggesa DAP menarik balik “tuduhan melampau” pada presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang (bawah, berserban), yang membawa rang undang-undang persendirian di Parlimen bagi membuka laluan kepada hudud.

 “Kenyataan biadab dan menghina bertubi-tubi yang dilakukan DAP terhadap Presiden dan PAS telah melampaui adab dan budaya yang tidak dapat diterima rakyat Malaysia, apatah lagi dalam satu gabungan pakatan.

 “Tiada erti mesyuarat Pakatan Rakyat diadakan jika DAP meneruskan sikap sombong biadab dengan enggan menarik balik tuduhan liar melampau mereka terhadap Presiden,” katanya.

 DAP sebelum ini melancarkan pelbagai kritikan keras kepada PAS kerana cuba melaksanakan Enakmen Jenayah Syariah II Kelantan yang digubal pada 1993, tiga tahun selepas mereka merampas Kelantan daripada BN.

 Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng menyifatkan Abdul Hadi sebagai seorang yang tidak menepati janji.

 Ketegangan berlarutan sehingga DAP semalam mengumumkan memutuskan hubungan dengan Hadi kerana tidak lagi dapat dapat bekerjasama dengan presiden PAS itu yang didakwanya “tidak jujur”.Baca lagi  di sini 

 Siapa sebenarnya yang lebih biadab dan sering menghkhianati perjanjian tahalluf siyasi Pakatan Rakyat?

 Apakah TITM ni lupa mengenai tindak tanduk presiden PAS yang sebelum ini sering bertindak unilateral dalam membuat keputusan parti.

 Umpamanya, Presiden telah ingkar dan tidak patuh arahan dan perintah parti sendiri iaitu keputusan mesyuarat pada 17 Ogos 2014 yang dilanggar oleh presiden apabila menghantar tiga nama lain. Baca di sini  di sini.


 Bukankah Hj Hadi sendiri yang telah menandatangani watikah calon pada saat terakhir hingga menyebabkan PAS-PKR bertembung tiga penjuru  dalam PRU-13 yang lalu di tujuh kawasan:

1) Dun Kota Damansara (Selangor)
2) Dun Sungai Aceh (Pulau Pinang)
3) Dun Panti (Johor)
4) Dun Kota Putra (Trengganu)
5) Dun Bukit Besi (Trengganu)
6) Dun Seberang Takir (Trengganu)
7) Parlimen Labuan.

 Mengikut tatacara lazimnya, calon-calon PAS akan menerima watikah yang ditandatangani oleh Mustafa Ali selaku Setiausaha Agung parti bagi semua calon PAS yang bertanding bagi kerusi-kerusi yang telah dipersetujui dalam perbincangan bersama Pakatan Rakyat.

 Oleh itu tindakan PAS meletakan calon bertanding di tujuh kerusi yang sepatutnya ditandingi PKR itu nyata dilakukan dengan restu Hj Hadi selaku presiden parti. Akhirnya Barisan Nasional memenangi kesemua kerusi tersebut. 

 Kalau ini semua bukan kerja khianat dan biadab, tolong ucapkan tahniah kepada Haji Hadi kerana telah membantu BN menang di tujuh kawasan tersebut.
Comments
5 Comments

5 comments :

Malaysiabaru said...

Tak payah cerita panjang perangai jadi..

A..B.A.H
Asalkan Bukan Abdul Hadi

Muzaffar said...

Engkau lagi biadap babi.... DAP hina hukum Allah terang2an pun kau masih nak angkat.... Sial btl kau ni....

Anonymous said...

Hadi Awang memang presiden yg betul2 hebat & layak dianggap sbg tokoh:

tokoh mmbuat FITNAH
tokoh u-turn & PONTENG
tokoh mmaki & HALAU ahli
tokoh khianat langgar JANJI
tokoh yg bawa hudud keParlimen yg seolah2 nampak bnar2BODOH serta diBODOHkan umno sebodoh2nya

Inilah tokoh sanjungan TITM dan juak2 nya yg seolah2 suci tidak BIADAP pd pandangan mrk

Aku pon heran mcm mana Mat Sabu Husam Salehuddin Mahfoz Suhaizan Dr Mariah dll boleh diam & lena duduk diblakang TOKOH yg "suci" tak BIADAP mcm tu

Baru aku tahu, rope nya Islam depa tu canggitu..tokoh depa rope tu tak BIADAP lg yea!?

Abih yg BIADAP tu camne la agaknya?

Ridd said...

Aiioi....! PR.....Korang ni semua bermasalah dari lepas pilihanraya sampai lah ni. Tak habis2 dgn masalah......masalah......masalah....!

Masalah yg dulu pun tak habis lagi selesai sampai lah DSAI tu dah masuk penjara masih lagi masalah tak selesai. Duit RAKYAT kerajaan keluarkan untuk 1MDB sampailah dah duit hanyutan dan menanggung rugi berbillion billion masalah PR tak gak selesai.
Ni duit RAKYAT kerajaan dah keluar beli JET baru pun PR MASIH TAK HABIS BERTEKAK SESAMA SENDIRI......!
Kawan sebagai pengundi pun dah bosan dgn dgn cara politik PR ni. BN dalam diam2 dah pulun berbilion bilion duit rakyat.....!
yang pasti RAKYAT tetap kena GST,SOCSO,CUKAI ..... itu memang dah confirmed.
PR istihar perbuatan BN pun benda dah berlaku....duit Rakyat dah sememang hanyut. Yg dapat projek tu pun mungkin dah beli berpuluh puluh rumah mungkin dah siap duduk bergumbira.
PR dok memekak dgn masalah DALAMAN yg bangang dan menunjukkan KEBODOHAN sikap pemimpin masing2.
kalau dah tak boleh tinggal sebumbung bubar saja lah...... dan TUMPUKAN pada amanah yg diberikan oleh pengundi masing2. PRU akan datang biarkan pengundi pikirkan sapa yg dia nak undi. Kalau dah rupa ini perangai PR terpaksa lah RAKYAT MEMBIAR KAN SAJA DIROGOL OLEH KERAJAAN BN.
Bagi undi diharap dapat mengurangkan beban Rakyat rupanya bermasalah sampai kesudah tak selesai. Akhir nya Rakyat tetap jadi masa perkosaan oleh kerajaan BN.

PADA SEMUA PEMIMPIN2 PR...!
SEMUA SUDAH TERJADI.......RAKYAT SUDAH MENJADI MANGSA PERKOSAAN YG RAKUS DARI KERAJAAN BN.

Undi PR pun BERmasalah tak undi PR menjadi jadi masalah. HAKIKAT NYA RAKYAT TADAH PUNGGONG BAGI KERAJAAN BN LIWAT SEPUAS PUASNYA.


TAHNIAH BUAT SEMUA PEMIMPIN2 PR.

HIDUP PR
HIDUP GST
HIDUP PR
HIDUP 1MDB
HIDUP PR
HIDUP JET BARU SAMPEI......!
HIP HIP HOREY
HIP HIP PR
HIP HIP HOREY
HIP HIP PR
HIP HIP HIP
PENGUNDI JADI KARTUN PR Dan BN HOOREY...!

Anonymous said...

sepatutnya hj hadi lks, lge dan wan jijah semua letak jawatan baru aman pr...hari2 bagi bola tanggung pada musuh, admin pon banggang bertingkat2

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...