JERUSALEM

JERUSALEM
SOLIDARITI BERSAMA PALESTIN

Thursday, March 05, 2015

Tahun 1998 Mana Zuhdi? Zuhdi dah masuk PAS belum?

Dongeng Tidak Bertempat - Tempoh hari ada seorang telah menelefon saya dan bertanya beberapa soalan. Oleh kerana soalannya saya fikirkan baik, ‘the right questions’, maka saya nukilkan kembali soalan dan jawapan yang telah saya berikan kepadanya kerana mungkin ada juga yang berfikiran seperti beliau. 

Beliau sendiri bukanlah wartawan tetapi ahli PAS biasa yang pening dan keliru dengan apa yang sedang berlaku sekarang di dalam PAS.

 Soalan 1: “Adakah Benar Perpecahan Dalam PAS Bermula Sejak 1998 Lagi Seperti Yang Didakwa Seorang (Zuhdi)?”

Yang bercakap itu tidak bersama PAS pada ketika itu. Saya tidak pernah nampak pun kelibatnya pada masa itu, maka saya yakin dia hanya mereka-reka cerita.”

 Pada 1998 PAS mengalami satu suasana kebangkitan dan sokongan yang begitu hebat. Melalui pendekatan Almarhum Ustaz Fadhil Noor, yang begitu inklusif, kebanyakan Islamis yang asalnya tidak tertarik dengan PAS telah akhirnya menyertainya atau paling kurang menyuarakan sokongan terhadapnya. 

Hasil dari keterbukaan ini juga terbentuk BA seterusnya PR serta konsep Tahaluf Siyaasi semakin difahami dan diterima semua. Maka tercapai prestasi PAS yang semakin baik tahun demi tahun sehingga berlakunya tsunami politik 2008 dan seterusnya 2013. Semua yang waras melihat ijtihad politik Almarhum Ustaz Fadhil Noor sebagai sesuatu yang bijak dan menepati tuntutan masa dan keadaan.

 Namun, manusia tetap manusia. Ada juga yang membutakan mata dan memekakkan telinga kepada segala kebaikan yang terhasil dan terus ingin PAS bersikap tertutup dan berada di alamnya yang tersendiri kononnya ‘seperti dahulu kala’. Sedangkan sebelum itu pun dan semenjak tertubuhnya PAS itu sendiri, PAS bersifat terbuka. Kalau ada bersifat tertutup sekalipun hanya selepas ditendang keluar BN dan itu pun buat seketika, iaitu sehingga munculnya konsep kepimpinan ulama pada 1982. Baca lagi di sini
Comments
1 Comments

1 comment :

Malaysiabaru said...

A.B.A.H
Asal Bukan Abdul Hadi
A.B.A.H

p.s singkirkan presideng untuk ke jawatan murshidul

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...