JERUSALEM

JERUSALEM
SOLIDARITI BERSAMA PALESTIN

Sunday, March 01, 2015

Tengok nih....Siapa pula perlekeh PM Najib dan keluarga!


 Anak bekas timbalan perdana menteri Datuk Mohd Tamrin Abdul Ghafar, yang juga bekas ahli PAS, penuh yakin Datuk Seri Mohd Najib Razak tidak akan berani menyaman Harakah kerana beliau tidak akan sanggup "mendedahkan" dirinya di mahkamah.

 “Aci kerat kelingking saya kalau perdana menteri berani saman Harakah,” katanya menggunakan perumpamaan membawa maksud beliau sanggup memotong jarinya sekiranya perdana menteri benar-benar menyaman lidah rasmi PAS itu.

 Bercakap kepada The Malaysian Insider, Tamrin berkata, Najib sebelum ini pernah menghantar surat ugutan menyaman portal Malaysiakini dan dua ahli Parlimen Pakatan Rakyat (PR) - Rafizi Ramli (Pandan) dan Tony Pua (Petaling Jaya Utara) - namun ia tidak dilaksanakan sehingga kini.

 “Saya tidak nampak dia, isterinya Datin Seri Rosmah Mansor dan anak tirinya Riza Aziz berani ke mahkamah untuk mendedahkan segala kelemahannya,” katanya merujuk anak Rosmah hasil perkahwinan terdahulunya.- Baca lagi di sini
Comments
0 Comments

No comments :

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...