GOPENG

GOPENG
JOM HAPUSKAN KLEPTOKRASI

Friday, March 13, 2015

Tiba Masanya PAS Perlukan Presiden Baru

Perkembangan politik PAS sebelum dan selepas PRU 13 menunjukkan bahawa parti Islam ini memerlukan Presiden baru. 

 Jika Pas mahu terus releven di arena politik tanahair, Pas mesti dipimpin oleh pemimpin yang berkarisma dan bergeliga setanding dengan almarhum Ustaz Fadhil Noor. 

 Pas tidak boleh menyimpan lama ketua yang gaya pimpinan seperti Abdullah Badawi. Jika tidak, Pas terpaksa menerima akibatnya pada PRU14 kelak.

 Menukar Presiden bukan bermakna menolak ulamak, tetapi merupakan satu usaha meletakkan sesuatu ditempatnya.

 Pas pernah dipimpin beberapa Presiden. Paling menyuburkan Pas adalah ketika berpresidenkan almarhum Dato Fadzil Noor. Selepas itu Pas hanya hidup atas momentum peninggalan almarhum sahaja. Tiada lonjakkan politik baru sepajang tempoh almarhum meninggalkan Pas.

 Pas perlukan momentum baru untuk terus hidup atas alat politik kepartian ini. Sudah tiba masanya Pas dapatkan Presiden baru untuk melonjakkan momentum parti demi menghadapi tribulasi dan mehnah politik masa depan.

 Salehudin Ayub ketika Muktamar Ke-46 tahun 2005 menjelaskan falsafah Kepimpinan Ulama yg diterokai oleh Pemudah PAS 25 tahun dulu menyatakan:
“Pemimpin boleh bertukar tapi kepimpinan tidak boleh bertukar apabila ia menjadi konsep yang di institusikan. Konsep kepimpinan Ulama’ telah di institusikan menjadi Majlis Syura Ulama’ seperti terkanun dalam Perlembagaan PAS Fasal 7 (1), (2), (3), (4) dan (5).
“Petikan ini sudah memadai untuk menjelaskan bahawa kepimpinan ulama’ adalah gagasan kepimpinan yang merujuk kepada institusi ulama’ yang menduduki Majlis Syura Ulama’ sebagai Ahl Al-Hal wal-Aqd yang berkuasa menerajui parti, memimpin dan melayarkannya ke arah mencapai tujuan-tujuan PAS yang dilembagakan dalam Fasal 5 (1) dan (2) Perlembagaan PAS.
 “Almarhum Datok Fadzil Noor dalam ucapan penggulungan beliau dalam Muktamar PAS tahun 2000, pernah meramalkan bahawa suatu ketika PAS akan dipimpin oleh Presiden bukan dari kalangan ‘ustaz’ sebagaimana pengalaman gerakan Islam yang lain, tetapi walaupun senario itu berlaku, PAS masih dibawah kepimpinan ulama’ kerana Majlis Syura Ulama tetap sentiasa memastikan perjalanan jemaah menepati kehendak-kehendak syariah.
 “Sekali lagi saya mempertegaskan pada malam ini bahawa inilah falsafah dan matlamat asal perjuangan Pemuda PAS 25 tahun yang lalu yang menerokai dan memperjuangkan PAS mesti dipimpin dibawah Kepimpinan Ulama’”
 Sesungguhnya sejarah dunia politik kepartian telah membuktikan bahawa parti yang dipimpin oleh banyak Presiden lebih maju kehadapan berbanding parti yang banyak lama dipimpin oleh satu dua kerat Presiden.
Comments
0 Comments

No comments :

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...