GOPENG

GOPENG
JOM HAPUSKAN KLEPTOKRASI

Tuesday, March 17, 2015

Tindakan Luar Biasa Vs Tindakan Biadab

  Tindakan 17 ahli jawatankuasa (AJK) PAS Kawasan (Bahagian) Batu yang meletak jawatan secara tiba-tiba semalam disifatkan sebagai 'tindakan luar biasa', kata YB Khalid Samad.


Semua 17 ahli PAS Kawasan Batu diketuai Yang Dipertuanya Ishak Surin, meletak jawatan atas alasan tidak lagi sehaluan dengan kepimpinan pusat parti. Baca lagi di sini.

 Komen  al-Husseyn :
  Saya percaya tindakan 17 ahli jawatankuasa PAS Kawasan Batu bertujuan untuk menarik perhatian kita semua betapa seriusnya konflik dalaman yang sedang melanda PAS hari ini tanpa sebarang usaha yang bersungguh-sungguh dari pihak presiden untuk mengatasinya.

 Malah sebaliknya, presiden ikut sama melabel anak buah dengan 'broker' dan 'barua'. Presiden tidak ambil peduli langsung tentang kereta Dr hatta yang dibakar. Tidak kisahkan Dr Dzulkefli Ahmad kena belasah. 

Presiden juga buat-buat lupa kejadian Timbalannya, Mohamad Sabu di hina oleh sekumpulan budak yang keluar kencing berjemaah dan do'a laknat ketika di Muktamar yang lalu....

Presiden juga tidak nampak adanya demo didepan pejabat Agong PAS walaupun dia berjalan dicelah-celah mereka.....

  Dalam ayat 18: al-Baqarah:
صُمٌّ بُكْمٌ عُمْيٌ فَهُمْ لَا يَرْجِعُونَ ﴿١٨﴾
Mereka tuli, bisu dan buta, maka tidaklah mereka akan kembali (ke jalan yang benar).
Syeikh Abdul Rahman al-Sa’di menafsirkan “mereka tuli” daripada mendengar kebaikan. “Bisu” daripada bercakap kebaikan. “Buta” daripada melihat kebenaran. “Tidaklah mereka akan kembali.” 
Ini kerana mereka meninggalkan kebenaran selepas mengetahuinya. Berlainan dengan mereka yang tinggalkan kebenaran dengan sebab jahil dan sesat. Ini kerana mereka tidak memahami. Mereka lebih mudah kembali kepada kebenaran daripada golongan munafik. 
   Apakah presiden jenis sebegini  yang  sedang kita ada hari ini? Harap jauh panggang dari api.

  Sekali imbas, kita lihat tindakan Kawasan Batu ini adalah sia-sia sahaja malah boleh menguntungkan pihak lawan mereka yang sememangnya menantikan peluang begini untuk merampas Kawasan Batu.

 Namun saya merasakan tindakan sahabat-sahabat di Kawasan Batu ini adalah lebih bermaruah daripada tindakan puak-puak yang memperlihatkan kebiadapan mereka dengan membakar kereta, menyerang Dr Dzul, Kumpulan Kencing Berjemaah, Doa laknat dan berdemo dihadapan Pejabat Agong PAS ....

 Lantaran terdapat suara-suara sumbang dari segelintir pemimpin PAS yang tetap berkeras dengan dakwaan bahawa presiden yang ada ini tiada apa-apa kelemahan dan masih berkemampuan untuk menerajui PAS, maka mereka terpaksa bertindak nekad demikian kerana terlalu kecewa terhadap presiden yang jelas lemah dan gagal menangani konflik dalaman yang melanda PAS.
Comments
1 Comments

1 comment :

lan44646 said...

Tahniah ,berpendirian,
Biar sampai kpd pemimpin Pas ,
Perjuangan mereka tak berpandukan Quran dan Hadith ,
Takde Ulamak dlm Pas,
Sokong tak bertempat padah jadinya,
Bertambah beban Rakyat Malaysia ,
Tak Nampak jln lurus selepas hilangnya
Satu2nya betul2 Ulamak penyinar Harapan
Rakyat berbilang bangsa= TGNA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...