GOPENG

GOPENG
JOM HAPUSKAN KLEPTOKRASI

Sunday, March 15, 2015

UCAPAN PERASMIAN SERENTAK MUKTAMAR PAS ZON SANDAKAN HAJI MOHAMAD SABU 14 MAC 2015


1) Pakatan Rakyat baru kehilangan tokoh2 penting :

a- Karpal Sigh (Singa Jelutong)
- Meninggal dunia 2014
- Pendokong demokrasi berparlimen.
- Beliau didakwa bersalah apabila membela kerajaan PR di Perak. Hilang kelayakan sebagai Ahli Parlimen.
 - Beliau membela kerani yang dipecat kerana memakai purdah di Negeri Perak. Hakim orang islam, pembelanya bukan Islam (Karparl Singh).
 - Soal dia tidak setuju sedikit sebanyak dengan PAS spt hudud, itu biasa kerana dia bukan Islam.
-Jangan ketepikan beliau hanya kerana sedikit keburukannya sehingga menafikan kebaikannya.
- Beliau amat menghormati TGNA. Menganggap TGNA sebagai "Tuhan Punya Orang". Seperti gelaran "Saint" dlm agama kristian yg susah dicapai oleh paderi.

 b- Tuan Guru Nik Aziz
- Meninggal dunia 2015
- Tokoh yang muncul selepas dapat kuasa. Berbeza dengan sesetengah pemimpin politik.               
- Amat sederhana. Tidak hebat berpidato tapi hebat bila dapat kuasa.
- Berjimat cermat. Matikan lampu pejabatnya semasa pergi ambil wudhu. Menasihatkan orang pejabat untuk ambil wudhu dengan air yang paling sedikit.
- TGNA tolak haknya sebagai MB. Tidak duduk di rumah MB. Tolak elaun rumah MB (RM3000). Tolak elaun keraian MB. Tolak elaun2 lain.
- TV Singapore buat liputan 2 hari 2 malam terhadap kematian TGNA.
- Hampir semua TV Malaysia buat liputan. 
- Dipuji setelah meninggal dunia, tapi diketepikan semasa hidup.
- Punya sifat yang "Qaid dan murabbi".

 c- DS Anwar Ibrahim
- Dihukum penjara 5 tahun Feb 2015
- Ada beberapa negara tawarkan suaka politik, tapi dia tolak dan pulang menghadap petuduhan.
- Sekurang2nya 3 tahun dipenjara dan 5 tahun tidak boleh berpolitik.

2) 1959 - PAS memerintah 2 negeri. Terengganu dan Kelantan kerana bertahalluf dengan Parti Negara (Pimpinan Dato' Onn). 

3) 1990 - PAS perintah Kelantan kerana bertalluf dengan Semangat 46 (Pimpinan Ku Li).

4) 1999 - PAS perintah Terengganu & kekalkan Kelantan kerana bertahalluf dengan Keadilan.

5) PAS tidak pernah kuasai mana2 negeri tanpa bertahalluf.

6) Dalam politik, ramai kawan kita kuat, sedikit kawan kita lemah. Ramai ahli kita kuat, sedikit ahli kita lemah.

7) Pertahankan Pakatan Rakyat selagi tidak bercanggah dengan syariah Islam. Sedikit sebanyak perselisihan itu biasa.

8) Bila tengok situasi semasa orang melihat PAS jadi alat DAP & PKR kerana kita belum menang. Bila PR menang baru kita lihat bahawa seolah2 DAP & PKR jadi alat PAS, kerana hampir semua negeri di semenanjung Malaysia, MB nya drp PAS (PAS lebih layak).

9) Umno berada di landasan yang betul apabila sedikit sebanyak berjaya pecahkan PAS dan pecahkan PR. Umno bukan namanya Umno kalau bukan kerjanya pecahkan PR. Mereka tahu bila PR kuat, mereka akan kalah.

10) Peranan PAS lebih banyak boleh dimainkan apabila PR memerintah mana2 negeri atau Malaysia.

11) PR perlu dipertahankan dan dipelihara untuk kemenangan rakyat.

12) Hari ini Tun Mahathir hantam / kritik Najib & Umno. Diikuti oleh Tun Daim Zainudin mengkritik Umno. Juga mengkritik Umno ialah Kadir Jasin (Bekas Pengarang NSTP).

13) Masalah utama negara hari ini ialah Skandal 1MDB. Hilang RM40billion, kemungkinan tidak akan kembali. BR1M yang dibagi rakyat cuma RM6 billion, yang hilang lebih banyak.

14) Hutang Negara lebih RM700 billion. Akan menuju muflis jika tidak dapat diatasi.

15) Mata wang Malaysia jatuh. Sangat jatuh. Harga minyak turun tapi harga barang tidak turun kerana matawang Malaysia jatuh.

16) Andaikata PR memerintah hari ini, perlu satu penggal untuk selesaikan semua masalah ekonomi ini dengan segala ketirisan yang ada. Penggal kedua baru boleh lancar memberi kebajikan rakyat.

 7) BN tahu bahawa rakyat tahu tentang kebejatan Umno/Bn ini. Jadi jalan yang mereka ambil ialah timbulkan sentimen PERKAUMAN.

18) Akta Hasutan diguna. Kononnya untuk jaga keselamatan dan keharmonian negara. Tapi disalah guna.

19) Sirul Azhar yang dihukum gantung boleh lari ke Australia. Perkara yang pelik. Menjadi persoalan bagaimana sempadan negara dijaga.

20) Jangan terbabit dengan isu perkauman. Jika terlibat, kita telah memanjangkan hayat Umno/Bn.

21) Parlimen Batu Sapi berpotensi jadi anak sulung PAS dengan kerja bersungguh2. Majoriti 3000 bagi kerusi parlimen adalah sedikit. Perlu penyatuan semua rakyat majmuk untuk undi calon PAS-PR. Elakkan permainan perkauman. Kalau tiada Umno, siapa mau jaga melayu ini perkauman.

22) Umno Selangor tidak sehebat dulu apabila PR memerintah di sana. Malu mau mengaku Umno di Selangor.

23) Isu perkauman amat mudah dimainkan, kerana ia akan menyentuh hal jiwa. Elakkan terlibat sehingga menjadi saham untuk memanjangkan hayat Umno.

24) Perkukuhkan Pakatan Rakyat.

25) Perbanyakkan / ramaikan ahli. Jangan halau ahli keluar dari parti. Uruskan perbezaan pandangan. Bila masuk PAS, urus dengan usrah, tamrin, kuliah dan program2 membina / tarbiyyah ahli sehingga ahli menjadi pimpinan. Jangan ketepikan siapapun yang mahu menyokong PAS.

26) Pelihara PR Kalau kita ada 100 perkara; 97 perkara itu kita bersetuju dan hanya 3 perkara itu kita tidak bersetuju. Jangan kerana 3 perkara itu kita berpecah. Belajar untuk, "Bersetuju untuk tidak bersetuju" terhadap perkara2 tertentu.

27) Semoga PAS dan PR di Zon Sandakan terus maju. Saya merasmikan Muktamar ini dengan Bismillahirrahmanirrahim dan Siiru ala barakatillah.
Comments
1 Comments

1 comment :

air gunung said...

Cayala mat sabu.pemikiran jelas,simple mudah fhm.x pyh sabda2 firman2 bahasa arab berbagai.yg penting semua fhm asas perjuangan.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...