JERUSALEM

JERUSALEM
SOLIDARITI BERSAMA PALESTIN

Wednesday, March 04, 2015

Ulama PAS tidak boleh ditegur tapi bebas menegur kumpulan lain?

 

 Budaya menangani perbezaan pandangan dalam PAS kini berubah dengan puak tidak sehaluan pendapat saling tegur menegur dengan cara tidak beradab, ini menyebabkan bekas Setiausaha Agung PAS Datuk Kamarudin Jaffar melahirkan kekesalan dan kebimbangan dengan keadaan parti Islam itu sekarang.

 Ahli Parlimen Tumpat itu berkata, kumpulan ulama dalam PAS kini bersikap tidak boleh ditegur walaupun pada masa sama mereka bebas menegur kumpulan lain dengan mengeluarkan pelbagai istilah termasuk perkataan “babi” dan “syaitan”.

 "Ada kawan menegur, kumpulan profesional kena beradab dalam menegur ulama, dan ada yang berkata, ulama juga kena beradab dalam menegur profesional," kata ahli jawatankuasa (AJK) PAS Pusat itu.

 Bagaimanapun, katanya, sesuatu yang menyedihkan ialah, kumpulan ulama kelihatan seperti tidak boleh dikritik tetapi pada masa sama, mereka bebas mengkritik kumpulan yang bukan ulama.

 "Ini amat membimbangkan," kata Kamarudin yang juga Ahli Parlimen Tumpat, Kelantan, selama 4 penggal sejak 1999.

 Beliau berkata keadaan itu berlaku ketika ini menjelang Muktamar PAS ke-61 Jun ini apabila pemilihan untuk jawatan tertinggi kepimpinan akan berlangsung.

 "Saya tidak akan terkejut jika (peringkat) kawasan membuat pencalonan pelbagai nama untuk jawatan tertinggi parti, termasuk presiden, kali ini. Baca lagi   di sini
Comments
0 Comments

No comments :

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...