GOPENG

GOPENG
JOM BERSAMA PAKAAN HARAPAN

Thursday, March 26, 2015

Umno/BN , dulu dan selamanya putar alam, tapi masih ada yang mudah terpedaya

 Satelah hampir seminggu rakyat Malaysia menunggu  pengumuman resmi pendirian Putrajaya, maka berkatalah Ketua Sekretariat Tetap Hudud Kelantan, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, Putrajaya telah bersetuju dengan pindaan Enakmen Jenayah Syariah II (1993) 2015 yang diluluskan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan minggu lalu.

 Atas persetujuan itu, ahli Parlimen Kota Baru itu berkata, kerajaan negeri Kelantan membawa pindaan berkenaan ke sidang DUN.

 "Jawatankuasa sekretariat ini mengandungi 6 wakil kerajaan negeri dan 6 wakil kerajaan pusat dan jabatan-jabatan yang berkaitan, misalnya Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Jabatan Agama Islam Kelantan.

 "Yang dibincangkan ialah, apa yang perlu kita buat terhadap enakmen 1993 ini, yang sebelum ini kerajaan pusat tak campur tangan langsung.

 "Jadi, selepas ada sekretariat ini, baru ada penambahbaikan. Dan saya boleh sahkan, penambahbaikan inilah yang dibawa untuk meminda enakmen ini pada 18 dan 19 Mac lalu," katanya ketika ditemui pemberita di Parlimen hari ini. Baca lagi ~  di sini

Sementara itu, Ahli Parlimen Ketereh dan merupakan Ahli Majlis Tertinggi Umno, Tan Sri Annuar Musa mengumumkan, tiada keperluan untuk Barisan Nasional (BN) tergesa-gesa menyatakan pendirian mereka berhubung pelaksanaan undang-undang hudud yang dibawa PAS.

  "Rang undang-undang hudud itu merupakan usul persendirian dan tiada tempoh pasti bila ia akan dibawa ke sidang Dewan Rakyat. 

 "Dalam peraturan Parlimen, rang undang-undang persendirian hanya boleh dibahaskan setelah semua urusan kerajaan selesai. 

 "Oleh sebab itu, belum sampai masanya. BN tak perlu tergesa-gesa," katanya, ketika ditemui pemberita di Parlimen, hari ini. Baca lagi di sini

Komen al-Husseyn :
 Mana satu kenyataan resmi? Siapa sebenarnya jurucakap Putrajaya @ PM Najib, Takiyudin atau Anuar Musa?

 Nampaknya Umno sekarang cuba nak berdolak dalik dengan menafikan sokongannya sebelum ini terhadap pindaan enakmen tersebut (sebagaimana penjelasan Takiyudin) setelah menerima tekanan dan asakan dari dalaman sendiri.

13 Komponen BN telah menyatakan bantahan mereka dan begitu juga dari kalangan MP Umno sendiri yang tidak sekata dalam memberikan sokongan.

 BN kini cuba  meletakan kekalutan ini keatas bahu Pakatan Rakyat pula apabila Anuar Musa berkata, isu hudud itu masih belum diselesaikan di peringkat kepimpinan PR.

"Dalam hal ini, BN tidak seharusnya mendahului tuan punya rang undang-undang, iaitu PAS dan Pakatan Rakyat (PR).

"BN kena dengar dahulu semua pendapat sebab ini isu penting yang sentuh agama dan keharmonian," katanya. 

Babak sarkis seterusnya, sang Badut bermain dengan Harimau ganas. Lihat siapa yang kena.....
Comments
0 Comments

No comments :

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...