GOPENG

GOPENG
JOM BERSAMA PAKAAN HARAPAN

Saturday, March 07, 2015

Video Hj Hadi : Hukum Hudud Bukan Tujuan Utama PAS

 Keadaan rakyat Kelantan yang baru sahaja bergelut dengan tragedi banjir besar yang luar biasa dan baru cuba memulakan usaha untuk kelangsungan kehidupan mereka, kenapa perlu terburu-buru mahu melaksanakan hudud di Kelantan? 

Apa agenda sebenar pemerintah PAS Kelantan yang sekarang ini? Bukankah lebih baik menumpukan usaha membantu mereka dalam segi baik pulih kehidupan mereka dari segi tempat tinggal dan sara hidup diri mereka?

 Cer dengar apa yang pernah Hj Hadi katakan dulu....Apakah Hj Hadi sekarang sudah berubah? Kalian pertimbangkanlah sendiri apa yang Hj Hadi katakan berikut :

 Ketika Hj Hadi ditanya, kalau PAS dapat balik (perintah Terengganu) adakah kerajaan PAS akan melaksanakan apa yang telah dilulus pada masa pemerintahannya dahulu, Hj Hadi berkata:

 " Kita akan sambung .... antaranya cukai pintu kediaman akan dikecualikan. Kita akan sambung lagi pembahagian tanah dengan proses yang lebih mudah lagi. Akan selesaikan masalah pengangguran. Dan kita percaya yg kerajaan Pusat akan insaf. Dia akan bagi balik Royalti. Pakatan Rakyat berjanji kalau kita menang, Royalti 20%! Dalam manifesto tiada; hanya air percuma ada.

 Mengenai persoalan bahawa hukum Hudud telah disahkan semasa pemerintahan PAS, Hj Hadi berkata : 

“Kita dahulukan yang mana dahulu.Dahulukan masalah atasi kemiskinan.Hukum Hudud tidak boleh dilaksanakan. Hukum mencuri tak boleh dijatuh kalau gaji minima tidak dilaksanakan."

 Mengulas kenyataan bahawa hudud tidak difikirkan perlu diutamakan, Hj Hadi menjelaskan :

  “Syarat dia mesti , nak jatuh hukum mencuri contohnya, mesti gaji minima kena ada. Kalau dia mencuri kerana tak cukup gaji, tak boleh laksanakan ! Tak cukup syarat laksanakan hukum ini! Itu kena faham. Masalah pengangguran diselesaikan, baru dilaksanakan. Itu dia! Ya!”

video
Comments
1 Comments

1 comment :

Malaysiabaru said...

Jangan.lupa.muktamar.pas
A.B.A.H
Asalkan Bukan Abdul Hadi

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...