JERUSALEM

JERUSALEM
SOLIDARITI BERSAMA PALESTIN

Sunday, March 15, 2015

Yakin Ahmad Awang dicalon tanding Presiden

 IPOH - Pas Kota Bharu yakin bekas Pesuruhjaya Pas Perak, Ahmad Awang berkemungkinan besar akan dicalonkan untuk mencabar presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bagi jawatan tertinggi itu pada pemilihan parti Jun depan.

 Yang Dipertuanya, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah berkata, keyakinan itu disuarakan berikutan latar belakang Ahmad yang berpengalaman luas dalam Pas dan memenuhi kriteria sebagai seorang tokoh agamawan.

 “Ustaz Ahmad Awang antara calon yang saya fikir layak dicalonkan untuk jawatan presiden memandangkan banyak kawasan mahukan ulama atau agamawan memimpin parti.

 “Penolakan Naib Presiden Pas, Tuan Ibrahim Tuan Man bertanding bagi jawatan Presiden juga membuka ruang kepada beliau yang pernah menyandang jawatan Pesuruhjaya Pas Perak dan Naib Presiden Pas untuk dicalonkan oleh mana-mana kawasan,” katanya.

 Beliau berkata demikian selepas Program Mengimbau Ketokohan Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Jade Hall, kelmarin.

 Katanya, dakwaan jawatan Presiden Pas belum pernah dipertandingkan adalah tidak benar memandangkan pernah berlaku pertembungan antara Dr Burhanuddin Mohd Noor dan Dr Zulkifli Muhammad pada 1956.

 “Malah sebelum pertembungan pada 1956 itu, jawatan Presiden Pas pernah menemukan antara Ahmad Fuad Hassan dan Abdullah Fahim,” katanya.

 Beliau berkata, pihaknya berharap ahli dan pimpinan Pas menerima dengan hati terbuka jika terdapat kawasan memilih untuk mencalonkan Ahmad untuk bertanding jawatan presiden parti.

 “Asasnya untuk meraikan demokrasi dan jikaamalan ini terus diraikan, saya fikir Pas melahirkan pemimpin lebih berkualiti dan diyakini rakyat,” katanya. - sumber
Comments
0 Comments

No comments :

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...