GOPENG

GOPENG
JOM HAPUSKAN KLEPTOKRASI

Monday, April 06, 2015

Amaran jika hudud terlaksana....

Bekas Ketua Polis Tan Sri Abdul Rahim Noor hari ini memberi amaran bahawa Sabah dan Sarawak mungkin akan membuat keputusan untuk meninggalkan Persekutuan Malaysia jika Putrajaya membenarkan Kelantan meneruskan rancangan untuk melaksanakan hudud.

 Bercakap kepada Utusan Malaysia milik Umno , Rahim berkata isu itu hampir menyerupai pergerakan kemerdekaan Scotland di mana referendum telah diadakan baru-baru ini.

 Beliau berkata hudud tidak pernah menjadi sebahagian daripada perjanjian itu semasa rundingan untuk membentuk persekutuan Malaysia, walaupun PAS menjanjikan undang-undang itu tidak akan digunakan terhadap bukan Islam. - April 6, 2015.  

Komen al-Husseyn :  

 Hudud hanya mahu dilaksanakan di Kelantan dan bukan di seluruh Malaysia, namun Sabah dan Sarawak yang tidak ada kena mengena dengan perlaksanaan Hudud ini tetap menjadikannya sebagai alasan untuk memberi tekanan kepada Najib.

  PAS juga perlu memikirkannya demi survival perjuangan PAS di dua negeri tersebut supaya jangan menjadi sia-sia sahaja.
Comments
1 Comments

1 comment :

Manshor Yahya said...

Saya tidak percaya langsung macam tu pegangan orang Islam yang jadi pemimpin. Ini adalah politik mengenepikan hak Allah. Tetapi bukan bermakna saya setuju apa yang Haji Abdul Hadi buat. Depa main politik berlebihan. Ikhlaskan kepada Allah Rosul dan manusia yang sedang diputar. The sugestion is a heavy weight to be reckoned for the present political play. Let dont play The God.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...