GOPENG

GOPENG
JOM BERSAMA PAKAAN HARAPAN

Monday, April 27, 2015

Boikot PKR: Yusni Mat Piah Berdepan Tindakan Disiplin

BUKIT MERTAJAM: Gara-gara memboikot kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Permatang Pauh, Ketua Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang, Mohd Yusni Mat Piah bakal berhadapan tindakan disiplin di atas tuduhan mengingkari arahan PAS Pusat.

 Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berkata, semua ahli PAS wajib menolak sebarang kenyataan yang bertentangan dengan keputusan PAS Pusat berhubung arahan membantu memenangkan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon PKR.

 “Sekiranya ada tindakan dari mana-mana ahli yang terbukti bertentangan dengan arahan ini, tindakan tatatertib boleh dikenakan ke atas ahli tersebut berdasarkan peruntukan-peruntukan yang jelas termaktub dalam perlembagaan.9 "Siasatan dan tindakan tegas akan diambil oleh Jawatankuasa PAS Pusat terhadap Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang dalam tempoh terdekat,” katanya menerusi kenyataan di sini, Isnin.

 Amaran keras Mohamad atau lebih dikenali dengan panggilan Mat Sabu itu dibuat berikutan tindakan nekad Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang memboikot kempen PRK Permatang Pauh.

 Ketuanya, Mohd Yusni mengarahkan supaya membekukan jentera dan aset mereka daripada terlibat dalam semua gerak kerja PRK Permatang Pauh.

 Arahan boikot itu dibuat selepas permohonan maaf mereka berhubung dakwaan menghina Datuk Seri Abdul Hadi Awang oleh Angkatan Muda Keadilan (AMK) tidak dilayan.

 Mengulas lanjut, Mohamad yang juga Pengarah Induk Jentera Pilihan Raya PAS Pusat berkata, parti itu komited membantu kemenangan Dr Wan Azizah, justeru jenteranya di semua peringkat akan meneruskan gerak kerja kempen sehingga hari pengundi pada 7 Mei ini.

 "Keputusan PAS menyokong dan membantu calon PKR Permatang Pauh telah dibuat dalam Mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat yang merupakan badan eksekutif tertinggi dalam organisasi PAS.

 “Arahan yang dikeluarkan oleh mana-mana pihak dalam PAS yang bercanggah dengan keputusan itu adalah dengan sendirinya terbatal,” katanya. SUMBER

Catatan PRK P044 Pmtg Pauh

 Berikut adalah hasil tinjauan di lapangan sejurus keputusan DPPNPP yg berketuakan Yusni Mat Piah merehatkan jenteranya di Permatang Pauh :

 1. 15 bilik gerakan pemuda pas ditutup dan operasinya dihentikan serta merta.

2. 1000 buah motosikal berkuasa tinggi dipercayai anggota ARC yg dlm perjalanan ke Pmtg Pauh dilihat berpatah balik sejurus menerima kiriman whatsapp dari ketua pemuda.

3. Guru-guru Pasti yg sedang merayu undi bergegas pulang ke rumah masing-masing setelah arahan itu diterima mereka.

4. Di simpang-simpang jalan tidak lagi kelihatan kelibat petugas unit amal mengawal lalu lintas sehingga mengakibatkan aliran trafik terjejas teruk.

Lapuran selanjutnya akan menyusul lagi. ~Abdul Rahman Abdul Talib

Comments
2 Comments

2 comments :

Malaysiabaru said...

Mat piah anak murid ajaran sesat

Tok ayoh hadi Ping maghang

Anonymous said...

690

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...