GOPENG

GOPENG
JOM BERSAMA PAKAAN HARAPAN

Wednesday, April 08, 2015

Cakaplah Bukan Hudud....susah sangatkah?

 Bukankah selama ini PAS sendiri yang kecuh memperkatakan isu 'Hudud' sejak Menteri yang menjaga hal ehwal agama Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata Putrajaya bersedia untuk meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Akta 355), yang akan membenarkan Kelantan untuk melaksanakan hudud...

Kerajaan Pas Kelantan akan tetap melaksanakan hukum hudud tahun 2015. Kerajaan Kelantan akan menyiapkan rang undang-undang persendirian untuk dibentangkan di Parlimen tidak lama lagi bagi membuka jalan ke arah pelaksanaan undang-undang jenayah Islam hudud dan qisas di negeri itu selewat-lewatnya pada tahun depan.

Sampai ada yang kata Hudud Nyama PAS.... Baca lagi di sini

Bukankah berita-berita tersebut semuanya memperkatakan mengenai Hudud dengan begitu meluas dimainkan. Berita berikut dari BERNAMA :


Berita penuh di sini
 Bukankah selama ini zikir dan wirid PAS ialah Hudud, Hudud, Hudud... Maka tidak hairanlah jika  Penasihat DAP, Lim Kit Siang keliru, marah sangat dan melenting bila dia tahu Haji Hadi telah mengemukakan notis bagi pembentangan usul Rang Undang-Undang Persendirian di Dewan Rakyat pada 18 Mac lepas.

Tiba-tiba hari ini kita diberitahu ianya BUKAN HUDUD tapi Rang Undang-undang bagi meminda akta mahkamah syariah....

KUALA LUMPUR - Tidak perlu cepat 'melatah' kerana Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang hanya akan membentangkan Rang Undang-undang bagi meminda akta mahkamah syariah, bukan hudud.

 Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Khalid Samad berkata, pembentangan tersebut dilakukan untuk dimuat dalam senarai aturan urusan mesyuarat Dewan Rakyat hari ini.

 "Rang undang-undang yang akan dibentangkan hari ini hanya melibatkan bidang kuasa mahkamah syariah yang dirasakan perlu dipertingkatkan.

 "Sekarang peruntukan maksimum mahkamah syariah hanya meliputi tiga tahun penjara, RM5,000 denda dan enam sebatan. Had tersebut perlu dipertingkatkan," katanya kepada Sinar Online hari ini.

 Sementara itu, Penasihat DAP, Lim Kit Siang melahirkan rasa terkejut apabila Abdul Hadi bertindak untuk membentangkan Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) pindaan 2015 di Parlimen.Baca lagi di sini 
Comments
11 Comments

11 comments :

Anonymous said...

PONTENG

AUTA menipu

BELIT putar/u-turn

KHIANATI-kawan

LANGGAR aturan

JANJI dnodai

MAKI & halau

SOMBONG angkuh

FITNAH merapu2

Semua yg diatas itu bukan bukan bukan & BUKAN drp kbnaran "AKIDAH" Islam!

Jd "akidah" sapekah yg mrk TIRU?

Ddlm ucapan KALIMAH-SYAHADAH mrk tlh berSAKSI & mnjd sbnr7SAKSI bhw nabi Muhammad itu sbg Rasul-abdi-ALLAH!

Adakah "AKIDAH" Rasul-abdi-ALLAH yg brnama Muhammad itu ada mngajar umat & shbt2nya perkara2-keji-JIJIK sprt yg diatas itu?

Jd "AKIDAH" sapekah yg bnar2 tlh mrk tiru & benar2 tlh mrk SAKSIkan ddlm KALIMAH-syahadah mrk itu??

Bukankah CAHAYA itu sgt mudah lg TERANG mnyuloh bhw sbnr2 "akidah" mrk SERTA syahadah yg mrk lafazkan itu juga kini adalah PALSU???

KERANA...dgn mlanggar sepadan2-aturan2-batas2-HAD2-atau-HUDUD sprt prkara2 jijik-KEJI yg diatas itu shj adalah TERANG skali mrk tlh pon brbuat "SONSANG" dgn "AKIDAH"-suci yg tlh pon diatur-dbatas-dHAD2-atau-diHUDUD kan oleh nabi SAW!

JADI

Sepadan2-aturan2-batas2-HAD2-@HUDUD sapekah lg yg mrk ILUSI-sandiwarakan itu klu bukan aturan2-HAD2-@HUDUD "palsu" yg takde bezanya dgn FITNAH pilkuda-PALSU yg mrapu2 itu.

Nota: Fikirkan dgn "MUDAH" apakah makna HUDUD yg sengaja dimomok2kan itu?

LIHAT Sepadan2=aturan2=batas2=HAD2=HUDUD

Ddlm Al-Quran selain prkataan "hudud" ALLAH mnggunakan prkataan "hukum" & "ayat2"NYA sbg isyarat jgn ssekali sepadan2-aturan2-hukum2-batas2-HAD2-atau-HUDUD-'NYA itu diLANGGAR atau diENGKARI..

Pd hakikat yg sbnr2nya sapekah KINI yg tlh dgn TERANG2 mlanggar sepadan2-aturan2-hukum2-batas2-HAD2-atau-HUDUD sprt keji-JIJIKnya "perbuatan2" yg sgt2TERANG diatas itu?

Adakah mrk itu bnar2 FAHAM makna/ERTI kpd HUDUD itu ATAU memang BODOH pekak bisu & buta yg takleh nak dibuat apa2 lagi dah..


Copy and WIN : http://ow.ly/KNICZ

Alhusseyn Alhusseyn said...

Hj Hadi lebih suka menjadikan Hudud sebagai momokan dan menakutkan yg bukan Islam.Tujuannya untuk pecahkan PR

Anonymous said...

Bro Hussyein,

Auta tipu u-turn khianat..

DAN

FITNAH serta songlap RASUAH adalah kembar asli yg sgt WAJIB dihalusi..

Itulah KINI yg tlh trjd!

Anonymous said...

1Malaysia kena jual dek hudud. kalau hudud, mana ler bleh pinda2...

Malaysiabaru said...

Jika hudhud tak lulus juga bulan may ni...

Ayoh hadi Ping segera letak jawatan presideng

Bagi peluang yg lain yg lebih bijak cepat dan hebat

Jaga cucu la tua bangka sembap ularmak nih

Anonymous said...

Nampak sangat Hj Hadi penipu bukan saja pada orang ramai yang sememanya tidak ketahui muslihatnya tapi yang lebih teruk pengikut PAS sendiri telah diperbodohkan oleh presiden sendiri kononya PAS hidup mati akan perjuang untuk hudud termasuklah mursyidul yang baru dilantik secara kontoveso itu.Jadi sekarang siapa yang terima akibatnya semua ahli bawahan PAS telah dipersendakan oleh jiran mereka disekeliling pinggang yang muka tak malu tu ok lah tapi yang berhati lurus dan ikhlas itulah yang menjadi mangsa permainan bodoh ketua mereka sendiri .

Anonymous said...

Hudud tu momokan musuh2 islam sendiri. Golongan liberalis. Asal pembentangan pasal kanun jenayah syariah. Tapi orang serang pasal hudud. Hina orang islam. Hina nabi. Jadi yg jawab, jawab pasal apa orang serang. Pasal hudud.

Anonymous said...

Macai umno marah hadi sebab pr bertambah kuat.

Wan Rosli said...

Semoga TGHH terus memimpin PAS.. beliau telah berjaya memaksa pasma menunjukkan belang sebenar mrk.. bhw pasma pkr dan dap mmg nyata benci hudud wpun hanya sekadar perkataan HUDUD.. apatah lg kalau benar2 hudud hendak dilaksanakan nnti.. jgn jd seperti pasma yg rela ditarik hidung kesana kemari oleh LGE dan LKS..
Marilah kita sama2 berdiri di belaksng TGHH.. bila PR perintah boleh laksana hudud hanya omongan kosong shj..

Anonymous said...

Hadi ini Munafik dan khianat bangsa nya sendiri secara besar besaran

Pandai Hadi ini

Wan Rosli said...

Hidup TGHH...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...