JERUSALEM

JERUSALEM
SOLIDARITI BERSAMA PALESTIN

Wednesday, April 29, 2015

Dia bukan besar kepala....tetapi kopiahnya yang terlalu besar ....

  Inilah jadinya bila pakai kopiah yang lebih besar dari saiz kepala. Habis mata dan telinga terlitup oleh kerananya - tak dapat melihat  dan mendengar keadaan sekitarnya.

 Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang Mohd Yusni Mat Piah langsung tak ambil kisah arahan daripada Majlis Syura yang dipengerusikan Presiden supaya jentera pilihan raya PAS kawasan Permatang Pauh memberi sokongan kepada calon Pakatan Rakyat di situ.

 Keputusan PAS menyokong dan membantu calon PKR Permatang Pauh telah dibuat dalam Mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat yang merupakan badan eksekutif tertinggi dalam organisasi PAS. Mana-mana arahan yang dikeluarkan oleh mana-mana pihak dalam PAS yang bercanggah dengan keputusan itu adalah dengan sendirinya terbatal.

 Kemelut yang melanda kempen Pakatan Rakyat, sebelum ini dianggap selesai selepas presiden yang juga calon PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengadakan pertemuan dengan PAS Permatang Pauh dua hari lepas.

 Yang Dipertua PAS Permatang Pauh Omar Hassan telah menyifatkan kemelut itu sudah selesai dan tidak lagi timbul isu permohonan maaf yang dituntut sebelum ini.

 "Kita telah mendapat arahan daripada Majlis Syura yang dipengerusikan Presiden supaya jentera pilihan raya PAS kawasan Permatang Pauh memberi sokongan," katanya  di sini


Ketua Pemuda Pusat, Suhaizan Kayat menulis melalui fesbuknya :


  Maksud Politik Budiman adalah politik berbudi, berakal dan bijaksana. Lawan Politik Budiman adalah tidak berakhlak, tidak cerdik dan ekstrim. Politik Budiman adalah politik sederhana atau wasatiah.

Beliau juga menyeru supaya taat kepada keputusan jemaah walau kita rasa tidak suka kerana itulah adabnya dalam berjemaah.... 


Jangan bebas bertindak sendiri dengan mengabaikan keputusan parti seolah-olah keputusan parti dibuat tanpa mengambil kira segala aspek... 

Dimaklumkan, Ketua Pemuda PAS Negeri Pulau Pinang akan mengadakan sidang akhbar pagi ini .....Harap semua kemelut akan dapat diselesaikan ....
Comments
1 Comments

1 comment :

Anonymous said...

Tinggalkan saja sibodoh ni bermain bersendirian

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...