JERUSALEM

JERUSALEM
SOLIDARITI BERSAMA PALESTIN

Thursday, April 30, 2015

Faktor karpet dalam semakan kehakiman

Datuk Seri Anwar Ibrahim memfailkan semakan kehakiman terhadap keputusan Mahkamah Persekutuan 10 Februari yang menjatuhi hukuman lima tahun penjara padanya atas sabitan kesalahan liwat.

 Ketua umum PKR itu mendakwa terdapat kesilapan mahkamah dalam keputusan itu.

 Anwar menjadikan kenyataan Pejabat Perdana Menteri berhubung sabitan kes itu serta siri jelajah Umno yang mengetengahkan ketua pasukan pendakwaan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, sebagai alasan untuk permohonan itu.

 Anwar percaya tiada sebab untuk sabitan dibuat dan hukuman dijatuhi kerana terdapat percanggahan bukti berkaitan sekeping permaidani – tempat kesalahan dikatakan berlaku – yang dipindahkan.

 Permohonan itu difailkan oleh peguam N Surendran dan Michelle Yesudas hari ini. Turut hadir anak Anwar, Nurul Izzah, yang juga naib presiden PKR.

Mengenai permaidani yang digunakan sebagai keterangan, peguam dan bekas Hakim Mahkamah Persekutuan Gopal Sri Ram berkata kesalahan itu didakwa dikatakan telah berlaku di unit kondominium 11-5-1, tetapi permaidani yang dikemukakan kepada mahkamah telah dirampas dari unit 11-5 -2.

 'Tiada bukti permaidani dipindahkan'

 "Pihak pendakwaan mendakwa permaidani dipindahkan tetapi tidak ada bukti yang menunjukkan demikian. Saya tidak percaya adanya permaidani terbang," kata peguam kanan itu.

 Berdasarkan perkara ini sahaja, Gopal berhujah, kejadian liwat itu tidak berlaku.

Beliau mendakwa percanggahan dalam keterangan Saiful, di mana penuduh yang memberi keterangan bahawa seluar dalam yang dipakai pada hari itu telah dibasuh oleh ibunya, tetapi pendakwaan mengemukakan seluar Saiful dengan kesan mani di atasnya.

 "Sangat luar biasa, seluar dalam yang dikemukakan adalah bukan seluar dalam yang Saiful pakai dan ini menjadikan keterangannya sebagai tidak boleh dipercayai sama sekali," Anwar berhujah dalam permohonannya.

 Beliau juga mempersoalkan kelakuan pegawai penyiasat DSP Jude Blacious Pereira dalam mengeluarkan sampel yang diambil daripada Saiful, yang telah diletakkan di dalam beg plastik, dan melabelkan semula mereka.

 "Namun, Mahkamah Persekutuan memutuskan tidak ada 'terputus' dalam rantaian bukti," katanya.

 Anwar juga mempersoalkan penolakan mahkamah bukti saksi pembelaan Dr Thomas Hoogland bahawa beliau (Anwar) telah mengalami sakit belakang yang kuat dan tidak dapat melakukan  perbuatan itu (seks) , namun menerima pakai keterangan daripada Dr Jeyaindran Sinnadurai Hospital Kuala Lumpur.sumber
Comments
2 Comments

2 comments :

Anonymous said...

Sekiranya Najib benar-benar berwibawa dan telus, sepatutnya tanpa berlengah lagi dia terus mengarahkan untuk semakan penghakiman dibuat serta merta. Ini adalah soal intergriti serta maruah undang-undang dan keadilan negara. Adalah amat memalukan apabila sejarah akan datang membongkar kebobrokan perbicaraan yg dilihat sangat meragukan sama ada kesaksian, bahan bukti, kronologi yg dibicarakan, malah pertuduhan itu sendiri dan lain-lain yg berkaitan.

Anonymous said...

Nak berwibawa macamana...mata hati dah buta..tak nampak akhirat..merasakan diri itu tidak akan mati selama2nya

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...