JERUSALEM

JERUSALEM
SOLIDARITI BERSAMA PALESTIN

Wednesday, April 22, 2015

Hadi hormat akar umbi boikot PKR di Permatang Pauh


  Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menghormati keputusan akar umbi PAS yang dilaporkan akan memboikot kempen PKR dalam pilihan raya kecil Permatang Pauh atas alasan parti itu menolak hudud.

 Bagaimana pun katanya, beliau yakin pendirian itu tidak menjejaskan kedudukan PAS dalam Pakatan Rakyat (PR).

 "Kita masih dalam PR. Kita menghormati akar umbi Permatang Pauh.

 "Saya menghormati penyokong PAS di Permatang Pauh," kata Hadi pada satu program Bicara Minda & Sesi Dialog di Shah Alam hari ini yang bertajuk 'Hudud dari Kaca Mata Hadi'.

 Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan wartawan tentang sikapnya terhadap PAS Permatang Pauh yang mahu memboikot kempen PKR di sana.

 Sebelum ini, PAS Permatang Pauh juga memberi amaran boikot itu akan memberi kesan kerana sebahagian besar pengundi di Permatang Pauh adalah ahli PAS. – 22 April, 2015.~ SUMBER
Comments
3 Comments

3 comments :

pasma said...

Umno guna khidmat Yahudi tapi kita cuma berkawan dgn umno bukan dgn Yahudi

Dap pkr kurang ajar tak hormat islam tapi kita masih dlm pakatan ...(dalam diam kita sabotaj jer umno dan paktan)

pak lan said...

Pas ni sedang mencipta rekot pengingkiran ahli dan penyokong beramai ramai,

pak lan said...

Pas akan jadi macam kera sumbang dulu dipandang mulia hari ini dipandang hina

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...