JERUSALEM

JERUSALEM
SOLIDARITI BERSAMA PALESTIN

Thursday, April 23, 2015

Haji Hadi disentap ulama' muda ....


  Pandangan bahawa haram dan berdosa mengundi calon yang menolak hudud dalam pilihan raya kecil Permatang Pauh seperti yang dinyatakan seorang pemimpin akar umbi PAS, perlu dikaji lebih mendalam, kata Dr Zaharuddin Abd Rahman.

 Pengerusi Pertubuhan Multaqa Asatizah itu berkata sesuatu hukum agama tidak boleh dijatuhkan dengan mudah tanpa penerangan terperinci kerana akan mengelirukan masyarakat, lapor Sinar Harian hari ini.

 "Sememangnya akan jatuh haram menyokong calon yang menolak perlaksanaan hudud secara ingkar dalam keadaan dia menyakini hukum itu dari Allah.

 "Jika seseorang itu menolak asas hudud seperti potong tangan untuk mencuri, itu bahagian asas hukum yang tidak boleh ditolak.

 “Namun jika yang ditolak adalah hukum ranting seperti jumlah yang dicuri atau lain-lain kaedah sabitan bersifat jihad (proses penyelidikan), bagi saya itu belum boleh dianggap tolak hudud serta jadi haram menyokong calon terbabit," katanya seperti dilapor akhbar itu.

Ketua Urusan Ulama kawasan itu Badrul Abdul Rahman dilapor berkata bahawa ‘haram mengundi calon tolak hudud’.

 Hal demikian mengundang kenyataan tegas anggota Majlis Syura PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang menggesa pemimpin semua peringkat tidak mencetuskan kontroversi sebaliknya merujuk Majlis Syura Ulama dan Dewan Ulama PAS berkaitan hubungan dalam Pakatan Rakyat.

 Bagaimanapun, Zaharuddin berkata hukum haram tidak boleh dijatuhkan jika calon menolak hudud kerana tidak yakin dengan rang undang-undang hudud yang dibuat dalam bentuk kontemporari oleh PAS atau masalah kredibiliti parti itu untuk melaksanakan hudud.

 "Maknanya sesiapa yang tidak menolak hudud tidak perlu risau," Dr Zaharuddin dilaporkan sebagai berkata.SUMBER
Comments
2 Comments

2 comments :

Manshor Yahya said...

Wan Azizah menyatakan mesej parti dia yang saya tidak memegang kata2 nya dari segi dia sendiri. Oleh itu penghukum kenalah berilmu dan adil. Politik bukan tipu helah seperti yang dipegang oleh setengah ulama. Bagi saya politik boleh berhelah tetapi bukan tipu helah.

Anonymous said...

Kenyataan yang dibuat untuk menjatuhkan sebarang hukum perlulah penuh hemah bukan berdasarkan kepada bukti2 yang umum dan tidak spesifik. Ini penting bagi mengelakkan salah faham. Contoh lain, untuk membuat tuduhan zina sahaja memerlukn bukti seperti 4 org saksi dari kalangan orang alim betapa Allah mahukan kita bersikap spesifik dalam membuat sesuatu kenyataan apatah lagi untuk tuduhan. Sekadar pandangan.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...