GOPENG

GOPENG
JOM BERSAMA PAKAAN HARAPAN

Saturday, April 11, 2015

Hj Hadi angguk apa saja yang Umno kata....

 Ketika anak buah sendiri mencadangkan supaya Hudud ditangguhkan dulu kerana ada keperluan lain yang lebih perlu diutamakan dahulu, macam-macam tuduhan dilemparkan. 

 Dituduh sebagai Islam Liberal, menentang Hudud, tidak percaya dengan hukum Allah... Macam-macamlah tuduhan yang dihamburkan.....

  Tapi sebaliknya, bila Umno kata tangguh dahulu, bukan main lagi gembira tak terkata .....

  Haji Hadi nampaknya terpaksa angguk apa saja yang Umno kata. Hari tu suruh bentang....maka sibuklah macam dah tak sempat-sempat ....tapi bila suruh stop , dengan serta merta Hj Hadi tekan brek angin!phussss.......

 Haji Hadi berkata, PAS bersetuju untuk tidak terlalu memaksa usul itu dibentangkan lebih awal sebaliknya bersedia mengikut giliran yang telah ditetapkan kerana percaya agenda negara khususnya melibatkan isu keselamatan dan keganasan perlu diutamakan pada masa ini.

  "Maka, sebab itu, kami tak perlu tergesa-gesa dalam hal ini," kata Hadi  dalam sidang media di Rusila di Marang hari ini.Baca lagi di sini 

 Hj Hadi kata 'isu keselamatan dan keganasan perlu diutamakan pada masa ini' tapi bukankah dia yang kata dulu Hudud akan menjadikan negara lebih selamat? Tak percaya ker?
Comments
5 Comments

5 comments :

sizzly7761 said...

Lidah bercabang....presiden tanpa wisdom yang bakal menghancurkan PAS dan PR!

Anonymous said...

apa pandangan penyokong pas. wala' walalah juga tp bersikap lunak dgn umno penyokong pas setujukah juga? atau pun once wala' kepala otak switch off

Anonymous said...

tok guru, bila nak join umno?

Anonymous said...

Manusia angkuh, kerap kali buat keputusan u-turn dan selalu pula berdolak dalik, bila dipermainkan nanti ianya sudah terlambat untuk diperbetulkan semula. Umpama musuh parti dari dalam saja layaknya.

Wan Rosli said...

Tn admin.. saya rasakan tuan punya bacaan politik masih peringkat belajar.. so elok sy x komen langsung..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...