GOPENG

GOPENG
JOM HAPUSKAN KLEPTOKRASI

Thursday, April 23, 2015

Hj Hadi sudah habis tempoh - tak boleh pakai lagi!

Mencuri dan Zina Muhsan adalah jenayah yang sering berlaku dalam masyarakat
tetapi kenapa dipinggir?
  Kenyataan Hj Hadi: 
Walaupun Umno menyatakan sokongan terhadap pelaksanaan hukum hudud, namun isi hati mereka hanya Allah sahaja yang tahu, kata Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
 Beliau yang juga MP Marang berkata, Islam mengajar umatnya supaya menerima segala ucapan yang dizahirkan walaupun ia daripada orang munafik.
"Dalam Islam kita diajar terima apa yang orang cakap. Nabi kita diajar Allah supaya menerima ucapan yang zahir termasuk ucapan orang munafik.
 "(Isi) hati, Tuhan sahaja yang tahu. Yang kita takut, yang ikhlas jadi tak ikhlas," katanya dalam program Bicara Minda Hudud Dari Kaca Mata Hadi anjuran Sinar Harian di Shah Alam hari ini.
 MP Marang menjawab soalan hadirin mengenai sejauh mana keyakinan beliau terhadap sokongan Umno mengenai isu hudud.
 Sehubungan itu, beliau berkata, PAS mendesak mana-mana ahli Parlimen yang beragama Islam untuk menyokong rang undang-undang persendirian di Parlimen bagi membenarkan pelaksanaan hukuman hudud di Kelantan.Baca lagi di sini
  Komen al-Husseyn:

 Tidakkah kalian semua berasa pelik dengan kenyataan Hj Hadi ini? Saya kemukakan 3 perkara yang menampakan Hj Hadi ini sudah tak boleh pakai lagi!

1) Allah melarang kita menerima berita yang dizahirkan oleh kalangan fasiq apatah lagi munafiq tanpa tabayyun. Bukankah Allah telah mengingatkan  kita melalui ayatnya :

 "Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan. (al-Hujerat :6)

2)  Almarhum Tuan Guru Nik Aziz tegas dengan pendiriannya untuk tidak menjalin kerjasama dengan UMNO kerana mendakwa, telah serik dengan pengalaman lalu. Almarhum mengingatkan kita semua supaya jangan dipatuk dua kali dilubang yang sama sebagaimana sabda Rasulullah S.A.W. “Jangan sampai kamu dipatuk oleh ular di dalam lubang yang sama dua kali,” (Riwayat Abu Daud) Hadith itu menyaran dan menyuruh umat Islam agar tidak ditipu lebih sekali.

  Lantaran itu Tuan Guru Mursyidul 'Am PAS mengarahkan hentikanlah Muqabalah; tapi masih ada yang berdegil mahu meneruskannya juga hingga TGNA naik angin dan terpaksa kata, mereka yang mahu meneruskan Muqabalah dengan Umno ini adalah 'Boneka Umno'. 

  Dengan berterus terang TGNA menempelak TGHH dengan katanya, idea Kerajaan Perpaduan Hj Hadi itu sebagai mengarut. 

 TGHH terpaksa akur terhadap desakan almarhum TGNA ketika itu supaya tidak mengadakan apa-apa perbincangan atau Muqabalah dengan Umno dengan mengeluarkan kenyataan : 

"PAS tidak akan mengadakan sebarang muqabalah, atau dialog, dengan Umno sehingga parti tonggak Barisan Nasional itu patuh kepada Perlembagaan, membebaskan media dari kongkongan dan memulihkan kewibawaan institusi mahkamah. [KLIK].

 Sekarang TGNA sudah tidak ada lagi.Hj Hadi sudah tidak perlu berselindung lagi untuk meneruskan perbincangan kerajaan perpaduannya bersama Umno atas dasar Melayu, Islam dan Negara. 

 Hj Hadi sudah lupa mengenai demokrasi, bidang kehakiman, kebebasan pilihanraya dan media yang pernah dijadikan syarat utama isu perbincangan.
  
3) Macamana dia kata Umno sokong pelaksanaan Hudud di Kelantan? Mana Hududnya yang Hj Hadi katakan itu? Waima rang undang-undang persendirian yang dia akan bentangkan itu hanya pindaan akta 355 Mahkamah Syariah 1965.

  Akta ini lebih dikenali sebagai hukuman 356 kerana ia memperuntukan hukuman penjara maksimum 3 tahun, atau denda maksimum RM5000.00 ataupun 6 kali sebatan ataupun gabungan antara hukuman-hukuman berkenaan(Pindaan 1984). 

  Pindaan yang bakal dicadangkan oleh Kerajaan Kelantan itu nanti ialah menaik taraf hukuman 356 tersebut.

 Ternyata isu Hudud yang digembar-gemburkan oleh Hj Hadi ini telah memakan ramai korban. Hanya dengan menuduh sipolan ini dan sipolan itu menolak hukum Hudud, lantas segala macam label turut sama dilemparkan kepada mereka.

  Lantaran kerana Umno kononnya sokong Hudud, dan PKR ditohmah menolak Hudud, Hj Hadi sendiri tidak dapat memberikan jawapan yang tegas dan tuntas siapa yang patut disokong dalam PRK Permatang Pauh yang sedang kita hadapi.

  Bukankah pendirian Hj Hadi ini nampak sangat janggalnya berbanding dengan kenyataan Tuan Ibrahim Tuan Man yang menyeru supaya PAS bersama Pakatan Rakyat menjelmakan sokongan padu dan kebersamaan  bagi menghadapi kemungkaran yang lebih besar iaitu menghadapi kezaliman Umno-BN.Baca di sini

Jenis-jenis jenayah hudud dan hukumannya :


1) Zina; Persetubuhan haram tanpa nikah yang sah antara lelaki dengan perempuan.
Hukuman :Bagi penzina yang belum berkahwin hukumannya ialah sebat 100 kali. Bagi penzina yang telah berkahwin hendaklah direjam sehingga mati.

2) Qazaf (menuduh zina); Melemparkan tuduhan zina tanpa bukti terhadap orang yang baik. 
Hukuman : sebat 80 kali

3) Minum arak; Meminum minuman yang memabukkan boleh menghilangkan kewarasan akal. 
Hukuman : sebat 40 kali 

4) Mencuri; Mengambil harta orang lain secara senyap atau sembunyi.
Hukuman : potong tangan

5) Merompak; Mengambil harta orang lain dengan menggunakan kekerasan, paksaan, ugutan dan ancaman.
Hukuman : Sekiranya membunuh hendaklah dibunuh sekiranya hanya merompak sahaja hendaklah dipotong tangan dan kakinya secara bersilang iaitu tangan kanan dan kaki kiri dan seterusnya kaki kanan dan tangan kiri bagi kesalahan seterusnya.Sekiranya hanya menganggu ketenteraman awam hendaklah dipenjara

6) Riddah (murtad); Keluar seseorang Islam itu dan agama Islam sama ada dengan perbuatan dan perkataan.
Hukuman: Bunuh ( setelah diberi tempoh bertaubat selama 3 hari @ 3kali) Semua jenayah hudud yang telah sabit kesalahannya wajib dikenakan hukuman hudud tanpa sebarang pengurangan @ pindahan kepada hukuman yang lain spt penjara @ wang.
Comments
3 Comments

3 comments :

Malaysiabaru said...

Sebelum tamat tempoh

Bagi lah botol dan tin berkarat dulu

I.e bagi pakatan hancur baru berundur

Ritchie Blackmore said...

Apabila orang bodoh berkata kata....

Anonymous said...

Jgn ta'sub dan pelik .

Jubah dan serban , Allah dan Rasul hanya kata - kata dipertuntunkan dikhalayak .

Sedangkan hati - hati mereka bergabung bersama Firaun dan Karun demi Dunia yang sementara sifatnya.

Kemelut Jubah dan serban akan terus membelenggu Umah dari memahami - Erti Islam Sejati menentang Islam Baka , Islam Syok Sendiri, Islam Ikutan.Islam Memuja dan Memuji dan Islam patuh kepada makhluk.

Yang berhak diPuji - Muhammad s.a.w.

Yang berhak diPuja - Allah Yang Maha yang melaksana Hudud Nya sejak azali .

Allah Yang Maha tidak memerlukan pertolongan makhluk untuk melaksana Hudud Nya sejak Azali.

Allah Yang Samad tidak berkehendak kepada Makhluk .

Persoalnya ? Mengapa Terlalu Naif dan Menggila mempolitik Hudud dan merampas Hak Pemilik Hudud Yang Hakiki - Allah

Pemilik Alam Hakiki Sejak Awal dan Akhir.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...