GOPENG

GOPENG
JOM BERSAMA PAKAAN HARAPAN

Saturday, April 11, 2015

Hudud entah kemana...tapi sesama sendiri dah kuca-lana!

DS Nizar ceria beraksi dengan baju Norazli 4 all
 IPOH - Dewan Ulama Pas Perak sudah hilang kepercayaan terhadap Timbalan Pesuruhjaya Pas Negeri, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dan Yang Dipertua (YDP) Pas Tambun, Dr Khairuddin Abdul Malik khususnya berkaitan isu hudud.

 Ketua Penerangannya, Norazli Musa berkata, ketetapan itu dibuat melalui mesyuarat yang diadakan Dewan Ulama Pas Negeri, Ahad lalu. Baca beritanya di sini

 
Kandungan surat Dewan Ulama kepada Pesuruhjaya PAS Negeri yang viral di media siber yang tertera  antaranya adalah :


Kandungan surat yg viral di laman sosial
 3. DEWAN ULAMA' PAS NEGERI PERAK setelah meneliti kandungan Kenyataan Media Bersama Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat Perak pada 21 MAC 2015, bertempat di Pejabat Pakatan Rakyat Perak, Ipoh. Kenyataan Media ini telah disokong dan diperakui oleh dua pimpinan parti iaitu DATO' SERI MOHD NIZAR BIN JAMALUDDIN & DR HJ KHAIRUDDIN BIN DATO' ABDUL MALIK. Kedua-dua mereka berada di posisi yang utama dalam Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat Perak, selaku pengerusi dan setiausaha. Setelah meneliti dengan saksama, ternyata kandungan Kenyataan Media tersebut mengecewakan kami kerana membelakangi ruh perlembagaan dan prinsip perjuangan Parti Islam Se-Malaysia (PAS) seperti yang dinyatakan di atas. Kandungan yang amat mengecewakan kami secara khususnya ialah perkara 2 yang telah dinyatakan dalam kenyataan media tersebut, iaitu:
 Surat dikeluarkan oleh Dewan Ulama Pas Negeri yang tersebar tersebut adalah berhubung tindakan terhadap Mohammad Nizar dan Khairuddin diambil berikutan pendirian mereka didapati bercanggah daripada keputusan Pas khasnya berkaitan hudud.

 Pendekatan diambil Dewan Ulama Pas Negeri itu juga dibuat setelah meneliti kandungan kenyataan media kedua-duanya bersama pimpinan PR berkaitan hudud, 21 Mac lalu.

  Tentu agak janggal setelah surat Dewan Ulama Perak mendedahkan ketetapan dan tindakan terhadap Mohammad Nizar dan Dr Khairuddin, Ust Ibrahim Zakaria Pemangku Ketua Dewan Ulama Pas Perak berkata :
Jadi kita keluarkan satu surat nak minta penjelasan. Kalau sahabat-sahabat baca surat tu, yg dikeluarkan oleh Dewan Ulama' kita tidak tuduh sahabat-sahabat kita ni tolak Hudud, sebab kita hendak penjelasan.Pendirian ...(tak jelas) ... dan alhamdulilah dah bertemu, kita dapat penjelasan.
 0:01 - 0:05 ~Tidak ada mana-mana pimpinan PAS yang menolak Hudud.
 0:06 – 0:18 ~ Apa yang diviralkan oleh Sinar tu, dia buat tajuk beri panas sebab apa, pasal nak beri surat khabar laku….Jadi hakikatnya kalau kita tengok....tadi pun kita ada pertemuan dengan YDP dan kita dah dapa penjelasan daripada YDP Tambun, daripada Ir Nizar...
0:33 - 0:45 ~  Jadi memang apa yang dijelaskan, hakikatnya tidak ada pimpinan PAS yang menolak perlaksanaan Hudud di negara kita.
1:30 - 1:52 ~ Jadi kita keluarkan satu surat nak minta penjelasan. Kalau sahabat-sahabat baca surat tu, yg dikeluarkan oleh Dewan Ulama' kita tidak tuduh sahabat-sahabat kita ni tolak Hudud, sebab kita hendak penjelasan.Pendirian ...(tak jelas) ... dan alhamdulilah dah bertemu, kita dapat penjelasan.  
  Tambah pelik bila Ust Ibrahim mengatakan belum jumpa lagi siapa yg mengkhianati Dewan Ulama' walaupun orang tu sudah lama keluar dari persembunyianya dari dalam bonet kereta....

  Walaubagaimana pun, Ust Ibrahim minta orang itu supaya bertaubat kerana kurang amanah hingga menyebabkan fitnah....harap-haraplah terkabul. Aku akan tanya Nizar pasal hal ini bila jumpa nanti.....
0:46 - 1:00 ~  Berbalik kpd soalan yang ditanya sahabat kita, setakad sekarang kita belum jumpa lagi siapa yg mengkhianati Dewan Ulama'.Tak jumpa lagi.
2:20 - 2:41 ~ Ada ketidakamanahnya dikalangan…Allahu wa’lam…kita boleh kata … AJK Dewan Ulama’ lah…yang memviralkan benda tu. Mudah-mudahan Allahu ta’ala bukakan pintu hati sahabat kita yang kurang amanah tu untuk bertaubat kepada Allah Subhanahu wata’ala. Sebab benda tu menyebabkan berlakunya fitnah! 
2:43 – 2:52 ~ Sedangkan fitnah itu tidur… Kita semua tahu fitnah tu tidur. Jadi bila dia viralkan benda tu, menyebabkan fitnah tadi itu terjaga…
3:11 - 3:34 ~ Kita sekarang ni cuba nak cantumkan balik. Kita nak cuba ikatkan balik hati-hati kita.Dan kita berdoa kepada Allah Subhanahu wata’ala agar Allah Subhanahu wata’ala gerakkan hati sahabat kita yang buat khilaf tu untuk bertaubat kepada Allahu wata’ala, mudah-mudahan Allah terima taubat dia. Mudah-mudahan Allah ta’ala terima taubat …….Allahu a'lam.

Comments
2 Comments

2 comments :

mountdweller said...

Saya rasa ramai pengundi yang tidak totok PAS akan melupakan PAS pada PRU14 nanti. DAP akan menangguk untung walau ramai yang meramalkan Putrajaya semakin jauh dari genggaman PR

Malaysiabaru said...

Penjelasan

Hukum sesat yg dikeluarkan pas sebenarnya bukan hudud

Tapi EKJS yg langsung tiada kaitan qisas hudhud atau hadhari

Itu sebab MCA 'sokong' ..

Knp yab nizar pula yg kena

Sesat sebab bukan mufti atau majlis fatwa atau pusat islam yg edit... Tapi tmb kelate otak kuca lama!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...