GOPENG

GOPENG
JOM HAPUSKAN KLEPTOKRASI

Wednesday, April 22, 2015

Ini macam bukan menghasut ke wahai KPN?

 

  Selepas Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Zahid Hamidi berkata bantahan terhadap simbol salib gereja di Taman Medan itu sebagai menghasut, kini anak mantan PM Mahathir, Datin Paduka Marina Mahathir pula turut mempersetujuinya.

 Demo yang memaksa sebuah gereja Taman Medan untuk membuang simbol salibnya adalah terang-terang keagamaan, aktivis sosial Datin Paduka Marina Mahathir menyangkal kenyataan Ketua Polis Negara yang sebaliknya.

 Beliau mungulas kenyataan KPN yang berkata, kejadian itu tidak menyentuh isu agama sebaliknya ia hanya merupakan isu masyarakat tempatan. Kami tidak melihat apa-apa isu yang berbentuk menghasut. Ini bukan isu menyentuh agama atau agama Kristian. Ini cuma bantahan masyarakat di sana tentang kedudukan gereja itu. 

“Salib itu diturunkan adalah di atas permintaan masyarakat dan disetujui oleh paderi itu sendiri. 

 “Tidak ada kekerasan digunakan semasa menurunkan salib itu,” kata Khalid selepas melancarkan program PRIMA kepada warga PDRM di Bukit Aman hari ini.Baca lagi di sini

Benarkah apa yang KPN katakan itu? Kalian tengoklah sendiri video berikut yang saya sertakan transkrip pada awalannya di bawah:




0:00-0:08 ~ Kami tidak mahu ada pihak yang mengguna membangunkan salib di kawasan yang 95 % adalah Islam! 

0:09-0:17 ~ Kami tidak mahu ada apabila penduduk-penduduk Islam di Taman Medan , buka tingkap, buka pintu nampak salib! 

0:19-0:23 ~ Kita mendesak supaya pihak berkuasa turunkan salib ini!...

0:31 - 0:34 ~ Kami tak mahu anak-anak ni nanti , rosak aqidahnya! 

  Wahai KPN, ini apa ceritanya? 
Comments
2 Comments

2 comments :

opisboi said...

huruf 't' bakal diharamkan kerana ramai keturunan darakula dan vampire di malaysia takut membaca buku.

Anonymous said...

Konon nak jaga aqidak anak-anak tapi mak sendiri tak ikut arahan yang aqidah suruh tutp kepala tapi telanjang ini yang dikatakan kail selimut singkat bila kesejukan tarik keatas kaki kesejukan tutup kaki kepala pula kesujukan jadi terpaksalah terima saja apa yang mampu .

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...