JERUSALEM

JERUSALEM
SOLIDARITI BERSAMA PALESTIN

Tuesday, April 14, 2015

Kemelut dalam PAS bukan perkara kecil, Ahmad Awang bantah Hadi

Bekas naib presiden PAS Ahmad Awang menyifatkan masalah yang sedang melanda parti itu sangat teruk, tidak kecil seperti dakwaan presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

 Jika dibiarkan berterusan, parti boleh hancur, kata Ahmad yang merupakan salah seorang calon yang layak bertanding kerusi presiden pada pemilihan parti yang akan datang Jun ini.

 "Presiden kata ia perkara kecil. Apa yang ada sekarang ini bagi saya sangat teruk, dan jika terus dibiarkan, ia boleh menghancurkan parti," kata ahli Majlis Syura Ulama itu.

 Beliau berkata, badan tertinggi parti Islam itu juga mahu pimpinan parti tidak membiarkan apa yang berlaku begitu sahaja, tetapi perlu menghentikannya segera.

 "Jika ini caranya dan dibiarkan oleh parti, ini bukan saja tidak demokratik tetapi bercanggah dengan prinsip perjuangan PAS," kata Ahmad yang kini turut menjadi mangsa “permainan politik” yang berlaku dalam parti itu sekarang.

 Beliau yang juga bekas presiden Persatuan Ulama Malaysia itu mendakwa, pihak tertentu sudah mula mengenakan tekanan kepadanya, termasuk menghentikan kuliah beliau di masjid.

 Ia dibuat ekoran tulisan beliau yang didakwa mengkritik cara kumpulan ulama dalam parti itu berkempen dan juga ekoran pencalonan yang beliau terima untuk bertanding jawatan presiden PAS. 

 "Setiausaha sebuah masjid menghantar SMS meminta saya menghentikan kuliah, selepas dinasihatkan Jawatankuasa Harian PAS kawasan, meminta saya direhatkan dari mengajar di masjidnya," kata Ahmad kepada The Malaysian Insider.

 Ahmad yang sedang mempertimbangkan untuk bertanding jawatan itu berkata, jika beliau memutuskan untuk bertanding, PAS perlu pastikan amalan demokrasi diamalkan dengan baik.

 Beliau juga mengkritik sikap Mursyidul Am PAS Datuk Dr Haron Din yang baru dilantik, yang membuat kenyataan terbuka agar Hadi dikekalkan sebagai presiden.

 "Ia tidak wajar dilakukan. Ia satu penyalahgunaan kuasa. Kerana kedudukan dia itu ada pengaruhnya," kata Ahmad yang turut kesal dengan kenyataan beberapa pesuruhjaya negeri yang seolah-olah memaksa PAS kawasannya menyokong calon tertentu.

 "Bertanding bukan bermakna kita berseteru. Tetapi sekarang, seolah-olah kita mahu berseteru dengan rakan yang kita tandingi," katanya.

 Beliau juga kesal dengan serangan ke atas Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu yang dibuat melalui baju-T yang dijual di Himpunan Derita Rakyat (Hindar) anjuran Dewan Ulama PAS di Padang Merbok, Kuala Lumpur, Sabtu lepas.

 Dalam himpunan itu, seorang penjual menjual baju yang tertulis "Yes to Hudud, No to Mat Sabu" di sebuah gerai di himpunan itu.

 "Mungkin pihak penganjur boleh kata mereka tidak tahu. Tetapi sekarang mereka sudah tahu, tindakan perlu diambil oleh mereka.”

 Ahmad melepasi syarat minima 2 pencalonan pada Sabtu apabila mendapat pencalonan untuk bertanding kerusi presiden parti Islam itu dari Bukit Gelugor, Pulau Pinang dan Jelebu, Negeri Sembilan selepas mendapat pencalonan dari Parit Sulong sebelum ini.

 Selain beliau, Datuk Husam Musa juga layak bertanding selepas mendapat pencalonan 8 kawasan di seluruh negara. Pada Sabtu, beliau menerima satu lagi pencalonan iaitu dari Tanjung Piai, Johor.

 Menjelang muktamar PAS ke-61 Jun ini, Hadi mendapat cabaran getir sejak hari pertama apabila kawasan yang pertama mengadakan mesyuarat, iaitu Kota Baru, Kelantan, tidak menamakan beliau sebaliknya mencalonkan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man sebagai presiden.

 Namun, Tuan Ibrahim menolaknya, menyebabkan pencalonan beliau kekal satu dan tidak berubah sehingga kini. Setakat ini, 22 kawasan mencalonkan Hadi mengekalkan jawatan presiden.

 Parti itu dilanda krisis dalaman akibat perbezaan pendapat antara ketiga-tiga parti dalam Pakatan Rakyat (PR) – PAS, DAP dan PKR.

 Antaranya ialah langkah PKR menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai menteri besar Selangor dan pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Kajang yang berkaitan.

 Kemelut itu berpanjangan apabila Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dipilih sebagai calon untuk jawatan menteri besar, tetapi tidak dipersetujui PAS, terutamanya Hadi, walaupun PKR dan DAP setuju hanya satu nama harus dikemukakan kepada Sultan Selangor.

 Keadaan menjadi bertambah buruk dengan keputusan PAS Kelantan meminda Enakmen Jenayah Syariah II negeri itu, dalam usaha membuka jalan bagi pelaksanaan hudud di Kelantan, disusuli tindakan Hadi membelakangkan PR dengan memohon membentangkan rang undang-undang persendirian di Dewan Rakyat, bagi meminda Akta Mahkamah Syariah 1965.

 Tahun lepas, akibat keadaan yang tidak stabil dalam PAS itu, beberapa ahli parti Islam itu memutuskan menubuhkan Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) bertujuan mengukuhkan hubungan dalam pakatan pembangkang. – 14 April, 2015. - Baca lagi di sini
Comments
1 Comments

1 comment :

Anonymous said...

Dedicated to tuan guru-guru yang teramat-amat kucayang!!
Tuan guru kita sudah ramai pejuang-pejuang politics yang telah kembali kerahmattullah yang semasa hayatnya tertanam keinginan kejayaan bertahaluf siyasi bersama-sama satu ikatan uhwah Pakatan rakyat,Dan kita mempunyai tujuan Dan matlamat besar,Sebagian dari mereka adalah Ulama-ulama yang terutama pencetus ikatan rakyat melalui satu kaedah bertahaluf siyassi.
Tuan
Matlamat yang baik kearah tujuan bertahaluf adalah jihad,kecenderungan untuk megubah satu sistem pemerintah yang kurang baik kepada yang lebih baik diatas principal democracy.Lazim kita tahu kerajaan yang ada,Pemerintah yang ada sekarang megamalkan sistem pemerintahan yang menekan rakyat,menindas rakyat,corak pememerintahan yang buruk ini adalah Akar umbi segala kejahatan.Kita sendiri tahu amalan riba sedang berlaku,maksiat dikalangan vvip berlaku,Perjudian disana-sini,lesen judi dan arak untuk syarikat croni,jenayah sehari-hari,jenayah aklaq sedang memuncak dikalangang pembesar-pembesar dan belia-remaja,penguasa betindak sesuka-hati,mahkamah seumpama kedai pacak-gadai/kedai-kopi,kenaikan cukai berlebihan,pembaziran Dan ketirisanpun akan berlaku.Tuan tangan-tangan yang memegang kuasa adalah tangan-tangan buruk Dan busuk,apa-apa yang berlaku hari INI, semalam,esok atau lusa adalah satu penindasan yang mereka rencanakan miskipun mereka pura-pura bertolakansur terhadap perkara tersebut.Tidak ada berlaku sebarang penhijrahan selagi kuasa pemeritahan berada dibawah tangan mereka.Semua jabatan dibawah naungan kerajaan menjadi badan-badan propaganda mengikut telunjuk mereka.jika peralihan kuasa tidak terjadi di pru14 maka selagi ITUlah rakyat akan ditindas semau mereka.jika pru 14 menjadi milik kita maka dengan itu semua boleh diolah dgan berlapang dada.Pantai Timur ke barat bolehlah menegakan syari'ah islamiah megikut keutamaan-keutamaan syariah.Oleh yang demikian kubermohon perhalusi dan teliti setiap keputusan untuk berkerjasama dengan pemerintah tentang perundangan syari'ah#hudud...
Tuan..
Bertindaklak umpama khalifah agar tidak berlaku perpecahan yang bisa sesama jamaah,rapatkan saf-saf agar tiada fitnah membungkam dijiwa.Acap-kali Dan sering barang-kali, apabila berlaku suatu krisis yang kritis terjadi jentera-jentera akar umbi kerajaan bergerak dalam senyap megatur ruang propaganda sedari Akbar umbi.Jika berlaku perpecahan pakatan rakyat adalah suatu yang merugikan,penat lelah selama ini suatu yang sia-sia,ada yang terkorban ada yang merinkuk dipenjara ada yang difitnah Dan ada yang diugut sebaigainya.Ketiga-tiga parti kompenen mempunyai pelapis kepimpinan yang baik bagi membimbing jenerasi akan datang...insaallah..daulah-daulah ilmiah Dan islamiah akan mekar satu hari nanti...ya satu hari nanti saatnya akan tiba.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...