GOPENG

GOPENG
JOM HAPUSKAN KLEPTOKRASI

Thursday, April 16, 2015

Konsentrasi minda dan imbangan kesaksamaan

 Biasa kita lihat ada orang yang berjalan sambil menjunjung sesuatu atau bebanan diatas kepala mereka....

 Tapi yang ini amat menakjubkan sekali. Bukan peragawati iklan Susu Cap Junjung atau anggota dari jemaah dakwah menjunjung periuk belanga....

 Korang lihatlah sendiri bagaimana kuasa konsentrasi minda dengan hanya imbangan sehelai bulu unggas dapat menundukan kuasa graviti. Sangat menakjubkan kemampuan seorang wanita bernama Miyoko Shida Rigolo.

 Saya kagum dengan kebolehan luar biasa ini. Andainya dia tersilap meletakan imbangannya ditempat yang salah, pastinya segalanya akan bertaburan dilantai. Lihatlah apa terjadi apabila beliau mengambil semula imbangan sekecil bulu unggas tersebut .....Hanya sekecil itu tapi memberikan impak yang sangat besar ....
  
 Bahawa setiap permasalahan perlu diberikan perhatian atau konsentrasi minda dan diadili dengan saksama....

 Meletakan sesuatu itu pada tempatnya itu adalah 'adil

  Hakim Mahkamah sememangnya tugasnya adalah untuk berlaku adil bersesuain dengan ketentuan dan perundang-undangan yang termaktub.

 Ketua Polis Negara kerana sebagai ketua kepada pasukan keselamatan yang bertanggungjawab menjaga keselamatan dan keamanan negara, pastinya beliau orang yang adil dalam menjalankan tugasnya…

 Perdana Menteri Malaysia Najib Tun Razak dengan amanahnya yang cukup besar sebagai pemimpin nombor satu Negara juga perlu berlaku adil….

 Apatah lagi seorang pemimpin gerakan Islam seperti PAS maka sangat-sangat dituntut agama supaya berlaku adil tanpa memihak kepada mana-mana selain atas jalan kebenaran dan keadilan yang saksama sebagaimana pesan Rasulullah sallallahu`alaihi wasallam melalui sabdnya: 


 "إِذَاوَسِّدَ الأَمْرُ إِلَى غَيْرِ أَهْلِهِ فَانْتِظَرِ السَّاعَةَ" 

Maksudnya: "Apabila diserahkan sesuatu urusan kepada orang yang bukan ahlinya maka tunggulah saat kebinasaannya". [Diriwayatkan oleh al-Imam al-Bukhari. (Idza wassidal-amru ila ghairi ahlihi, fantidzari–saa’ah)

 ‘Keahlian’ adalah berdasarkan peranan yang perlu dimainkan. Yang fakeh bagi peranan menentukan hukum, yang pakar ketenteraan bagi jawatan ketua ketenteraan, yang pakar strategi, perancangan, bacaan politik dan perlaksanaan bagi kepimpinan badan perlaksana parti politik. 

 Sekiranya dilantik yang bukan ahlinya maka sudah pasti PAS tidak akan dapat mencapai kejayaan sepertimana yang sepatutnya; di dunia mahupun di akhirat.


Comments
1 Comments

1 comment :

Anonymous said...

Satu persembahan (presentation) yg mengkagumkan. Ia juga membuktikan keseimbangan akan terus berpanjangan, bila mana unsur yg paling kecil juga ada peranan yg besar dlm mengekalkan keseimbangan.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...