GOPENG

GOPENG
JOM HAPUSKAN KLEPTOKRASI

Tuesday, April 14, 2015

Manusia pelastik memang ada dalam PAS?

Hj Hadi tidak buat apa-apa walaupun budaya fitnah memfitnah dan label melabel berleluasa sesama ahli didalam PAS. Malah Hj Hadi sendiri tumpang semangkuk ikut kelaku memfitnah dan melabel 'Barua' dan 'Broker' kepada dua ahli PAS yang jelas telah menyelamatkan kerajaan Pakatan Rakyat Selangor ekoran isu MB Selangor tahun lalu.
   
  Kejadian demo sekumpulan pemuda dari Kuantan Pahang, apabila Hanifa Maidin bertanya mengenainya, Hj Hadi menjawab tidak tahu mengenai kejadian tersebut waima beliau berjalan dicelah-celah pendemo dengan placard mengecam Dr Hatta dan beberapa pimpinan PAS lain supaya meletakan semua jawatan dalam parti.

   Hj Hadi langsung tidak menegur perbuatan tidak sopan bila timbalannya, Hj Mat Sabu diaibkan oleh segerombolan 50 budak yang kencing berjemaah sewaktu dia mula berucap di perasmian Muktamar Pemuda PAS ke-55 di Kota Tinggi Johor yg baru lepas.

Wakil Kuala Kedah, Ust Ridzwan Abu Bakar menuntut agar
tindakan  dikenakan ke atas Azhari Ariffin yang membacakan
doa laknat kepada timbalan presiden pas dan 2 adun selangor
serta pro-pakatan rakyat.(Transkrip doa klik  di sini)
 Hj Hadi juga hanya diam seribu bahasa bila 'doa laknat' dikumandangkan ketika Muktamar PAS ke-60 lepas. Episode tersebut tentunya sangat mengguris perasaan Mat Sabu hingga dia menempelak segala kelakuan tersebut dengan ungkapan sinis, "Saya bukan orang pelastik, sedikit sebanyak tersentuh juga perasaan saya..." 

   Sekarang kita semakin sedar, rupa-rupanya dalam PAS kita ini memang ada 'manusia pelastik'. Manusia pelastik walaupun menyerupai rupa manusia sebenar, hakikatnya ialah benda mati yang tugasnya hanya sekadar “ada” tanpa deria yang berfungsi yakni sensitif terhadap perubahan persekitaran.

   Ada mata, tapi tidak nampak. Ada telinga tapi pekak badak. Ada hidung tapi tak menghidu. Ada lidah tapi kelu. Ada kulit tapi keras kematu ....

   Itulah antara ciri-ciri yang ada kepada manusia pelastik yang langsung tidak sensitif terhadap apa yang sedang berlaku dipersekitarannya.

   Malah orang-orang yang ada disekelilingnya juga adalah manusia-manusia robot pelastik yang tidak tahu menegur Presiden yang lemah tetapi hanya pandai mengampu! 
Comments
4 Comments

4 comments :

Anonymous said...

Ulama jenis apakah ini, membiarkan shj fitnah berleluasa dlm kumpulannya malah dia sendiri telah membuat fitnah pil kuda serta melabelkan barua/broker/jebon/kominis sewenang-wenangnya tanpa asas. Tidak cukup dgn itu bersifat angkuh pula. Dia hanya hendak menjadi presiden PAS shj, bukannya memenangi Putrajaya.

Anonymous said...

pas dah upgrade jadi advance version on umno. wlpun dah lesap berbilyoon2 masih lagi bersorak mjunjung si bijan.

tak kah mrk tau, sokongan kpd org zalim bukan hanya akan mbawa aib didunia tp mdpt azab diakhirat?

Anonymous said...

Tok presedang sudah tertelan amanatnya dengan gula-gula sokongan UMNO keatas RUU Hudud,kita tunggu dan lihat sandiwara UMNO seterusnya dan besar kemungkinan PRK Rompin PAS tidak bertanding sebab membalas budi diatas kemenangan percuma PRK DUN Cempaka (Walau pun ada pertandingan calun-calun bebas) besar kemungkinan PAS akan sabotaj PRK Permatang Pauh berpura-pura sokong PR tapi hakikatnya pengikut wala Hadi akan bantu UMNO , sebabnya mudah TPM telah datang ke Permatang Pauh dan merayu pengundi dengan rayuan kita akan pertimbangkan dan akan memberi penjelasan GST kenapa dikenakan kepada rakyat.Kita tunggu dan lihat seterusnya.

Anonymous said...

Presideng korok kering lagu ni
Tok paka sesen habuk
Kohor munoh jemaah

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...