GOPENG

GOPENG
JOM HAPUSKAN KLEPTOKRASI

Thursday, April 16, 2015

Memang ada jenayah yang tersembunyi…

Bekas Menteri Penerangan, Zainudin Maidin (Zam) menulis dalam blognya seolah-olah mengakui memang ada pelakuan jenayah yang masih tersembunyi yang hanya akan terdedah apabila Pakatan Rakyat mengambil aleh pentadbiran Putrajaya.


 Beberapa dakwaan utama dari zaman Mahathir kepada Najib timbul, dari kes pembunuhan beramai-ramai Memali dan tindakan keras  Ops Lalang keatas golongan penentang pada 1987, hingga kepada misteri motif pembunuhan Altantuya dan skandal 1MDB semasa era Najib.


 Kalau tidak melakukan jenayah, sudah tentu tidak akan dihadapkan ke mahkamah kan?? 

 Najib kini semakin tertekan apabila Mahathir menuntut supaya isu 1Malaysia Developement Bhd (1MDB) dan kes pembunuhan kejam wanita Monggolia, al-Tantuya disiasat rapi.

  Zam menulis antara lain : 

Tun Dr.Mahathir menasihatkan PM Najib meletakan jawatan dari sekarang untuk memberikan masa yang cukup kepada BN memulehkan keyakinan rakyat (Lihat video klip Youtube temubual dengan Mahathir ) Kalau tidak beliau akan dihadapkan di mahkamah sekiranya pembangkang (maksudnya Pakatan Rakyat) mengambil alih kerajaan dari Barisan Nasional.

 Bila PR menang, Anwar Ibrahim akan dibebaskan dan Mahathir sendiri akan ditangkap dan di tahan lebih dahulu, disusuli dengan tangkapan keatas Najib dan lain- lain untuk didakwa atas tuduhan penyalahgunaan kuasa, skandal 1MDB atau lain lain.

 Maka itu dalam memberikan amaran yang lembut tetapi keras ini, tersirat amaran Dr.Mahathir tidak sahaja kepada Najib tetapi juga kepada dirinya sendiri. Amaran ini adalah merupakan amaran untuk keselamatan bersama. ~ Sumber

 Sementara itu, bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan turut menyokong tuntutan Tun Dr.Mahahtir supaya siasatan terhadap kes pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Shaarriibuu dibuka semula. Jelas tekanan semakin hebat terhadap Najib disamping sokongan yang dipentaskan.
Comments
1 Comments

1 comment :

Anonymous said...

Ha ha ha ha ha.... Serapah mantera Mahathir dulu 'melayu mudah lupa' tak mujarab langsung! Dia fikir mandrem kerallanya itu boleh menjadikan melayu jadi lupa kpd kejahatannya dulu, porrrrah!!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...