GOPENG

GOPENG
JOM BERSAMA PAKAAN HARAPAN

Wednesday, April 15, 2015

Nasihat Ahmad Awang kepada Haron Din dan Pesuruhjaya Negeri

 PAS ganti Umno dengan menerapkan budaya Umno kedalam Pas. Apakah menipu dan memfitnah atas nama ugama dibolehkan?

Setelah penipuan dalam proses   pemilihan PAS Selangor  menjadi viral di media siber, kini dibangkitkan pula mengenai kepimpinan tertinggi PAS di negeri-negeri dan Majlis Syura Ulama secara terang-terang "menyalah guna kedudukan" untuk meraih sokongan kepada calon proulama.

 Ustaz Ahmad Awang mendakwa berlaku budaya tidak sihat dalam kempen pemilihan PAS. Beliau memberikan reaksinya terhadap kes di Kampar dan Tambun apabila pemimpin pro-Pakatan tewas dalam pemilihan kawasan.

 Ahmad mendakwa bekas menteri besar Perak Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin antara yang menjadi mangsa fitnah dengan digelar "tali barut DAP" melalui sebaran risalah kempen.

 Akibatnya, kata Ahmad, Nizar tewas dalam pemilihan yang dipertua kawasan kepada ketua urusan ulama tempat itu.

 Ahmad juga membangkitkan sikap memihak kepimpinan Majlis Syura Ulama khususnya mursyidul Am yang baru Datuk Dr Haron Din yang terang-terang mahu Hadi dikekalkan sebagai presiden.

 "Dia (Haron) perlu berlaku adil, menasihat supaya perwakilan menjaga adab. Isytihar suruh pertahan presiden, orang lain tak boleh. Kita tidak mahu mursyidul am masuk campur.

 "Jangan salah guna kuasa, ia boleh menjatuhkan imej parti dan menambahkan lagi imej buruk pimpinan khususnya ulama," katanya.

 Bekas presiden Persatuan Ulama Malaysia (PUM) itu juga berkata kecenderungan menggunakan kedudukan juga dilakukan oleh beberapa pesuruhjaya PAS negeri dan dan anggota Majlis Syura. ~  Sumber
Comments
9 Comments

9 comments :

Anonymous said...

Ahmad awang ulama dap..ambik ayat quran mana tak tau dok pulun sgt bela dap..

Wan Rosli said...

Apa masalahnya dgn sikap haron din.. x kan dia x boleh bezakan org yg pro dan anti hudud .. takkan nak nasihat sokonglah si anti hudud atau yg bersekongkol dgnnya..

pan said...

APA masaalahnya jika ditukar presiden pas yg.kaki goyang..UST.Ahmad is the best!!!

Anonymous said...

mana ada hudud? yg dilaung2kan adalah enakmen kanun jenayah syariah pindaan 2. bukan hudud Allah.

hudud Allah boleh pinda2 ke?

yg ada hanyalah hudud hadi. dlm hudud Allah ada hukum qazaf tp ini dimansuhkan oleh hudud hadi.

kalau si saifool tuduh rosli liwat dia, tak perlu lagi saksi. memadai dgn bersyahadah di mahkamah dan dgn hati yg suci.

mahkamah boleh tentukan hati suci ke tidak. hahaaaa... itulah hudud hadi...

Ulama no. 1 dunia pun kata perlu Islamkan aqidah, ekonomi. hudud ini last dlm perlaksanaan Islam.

Anonymous said...

Utaz Ahmad Awang x bela dap tp kan kita pernah berjanji utk duduk dlm pakatan dan matlamat kita nk tumbang kan bn...matlamat x tercapai kita dh tuduh menuduh...Ustaz cuma nk betulkn keadaan....ini tidak meninggal saja TGNA berlumba2 nk kejar kebendaan bersama umno....last2 sekali umno x payah susah2 nk bunuh pas guna tektik ni berduyun2 pas rebah dan mati..

Anonymous said...

Umno akan memberi sokongan bulat kpd hudud.

Halim said...

Kedua dua komen di atas ialah macai umno.
X perlu hujah, x perlu pening.

Keep calm, machai umno detected.

Anonymous said...

umno akan sokong bulat hudud itu sarkastik.nk harap kaki fitnah,kaki buat video sex nk sokong hudud?hmmm

Anonymous said...

Sdr Halim, kebanyakan kami adalah ahli biasa PAS yg digelar oleh ulama Hadi sebagai barua, broker dan jebon. Sekarang siapakah yg sebenarnya jadi barua, broker dan jebon itu?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...