GOPENG

GOPENG
JOM BERSAMA PAKAAN HARAPAN

Friday, April 10, 2015

PBB beritahu Putrajaya tarik balik pindaan Akta Hasutan

  Pesuruhjaya Tinggi Hak Asasi Manusia  Bangsa-Bangsa Bersatu, Zeid Ra'ad Al Hussein (gambar) hari ini menggesa Putrajaya untuk menarik balik cadangan pindaan kepada Akta Hasutan 1948, memberi amaran bahawa peruntukan-peruntukan baru itu akan menjejaskan kebebasan bersuara dan pendapat di negara ini.

 Beliau berkata cadangan itu juga melanggar Perlembagaan Persekutuan dan obligasi hak asasi manusia antarabangsa di negara ini.

 Zeid juga melahirkan kebimbangan terhadap pembentangan Akta Pencegahan Keganasan (Pota) di Dewan Rakyat pada hari Selasa, mengatakan bahawa terdapat kekurangan hak asasi manusia yang serius dalam undang-undang tersebut.

 "Pejabat Hak Asasi Manusia PBB telah lama menggesa Malaysia sama ada untuk memansuhkan Akta atau untuk menyelaraskannya dengan standard hak asasi manusia antarabangsa. 

"Ia sangat mengecewakan bahawa kerajaan kini bercadang untuk membuat undang-undang yang tidak baik menjadi lebih buruk lagi."

Beliau berkata cadangan itu akan meluaskan skop kesalahan dan peruntukan baru untuk pengharaman perjalanan juga dibimbangi kerana mereka mungkin membenarkan sekatan sewenang-wenangnya terhadap individu atas dasar undang-undang yang tidak jelas.

 "Cadangan-cadangan ini adalah membimbangkan memandangkan Akta Hasutan telah digunakan dalam banyak contoh untuk membendung kebebasan bersuara di Malaysia - termasuk melalui tangkapan individu semata-mata kerana tweet kritikan mereka dasar-dasar kerajaan dan keputusan kehakiman," katanya.

  Zeid juga menggesa Putrajaya mengkaji semula kes-kes mereka yang telah didakwa di bawah Akta Hasutan.

 "Menyekat perbezaan pendapat tidak memupuk kestabilan sosial, melainkan ruang demokrasi yang terbuka.

  "Menyekat hak asasi manusia di atas nama memerangi keganasan telah dibuktikan, masa dan sekali lagi, untuk menjadi 'backfire' dan hanya membawa kepada rasa tidak puas hati dan rasa  ketidakadilan yang kuat."

  Beliau berkata sebagai pengerusi Asean, Malaysia perlu memastikan bahawa peranan kepimpinan di peringkat serantau dan antarabangsa disokong oleh komitmen yang tegas untuk memastikan hak asasi manusia bagi semua di Malaysia. -- sumber
Comments
0 Comments

No comments :

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...