GOPENG

GOPENG
JOM HAPUSKAN KLEPTOKRASI

Tuesday, April 28, 2015

Pemboikotan Pemuda Pulau Pinang : Hj Hadi perlu segera keluarkan kenyataan

 Presiden PAS perlu turun sendiri ke kawasan Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh  atau membuat kenyataan bagi menasihatkan Pemuda PAS Pulau Pinang agar mematuhi keputusan yang dibuat PAS Pusat.

Langkah ini perlu kerana Pemuda PAS di sana sudah menyatakan dengan jelas yang mereka hanya menerima arahan dari presiden PAS sahaja. 

"Jika sekali pun presiden PAS dengan kesibukan beliau selaku Timbalan Pengerusi Persatuan Ulama Dunia perlu memberi komitmen yang amat tinggi menangani masalah ummah di peringkat global, dan mungkin tidak berkesempatan turut sama berkempen di Permatang Pauh, maka saya percaya kenyataan rasmi presiden PAS meminta mereka menarik balik keputusan boikot tersebut, dan turut sama membantu calon PKR dalam Pilihan Raya Kecil Permatang Pauh, akan menyelesaikan segera kemelut yang tidak sepatutnya timbul ini," kata Hanipa dalam satu kenyataannya di sini

Harap Hj Hadi selaku presiden parti mengambil tanggungjawab tersebut dengan segera tanpa melengah-lengahkan kerana ianya akan menambah buruk keadaan parti sendiri.

Ini jelas apabila  apabila Nasrudin Hassan Tantawi yang sering bercakap pasal soal wala’ tetapi kini dia sendiri tidak wala' dengan arahan pimpinan atasan. Beliau dengan biadabnya memberi amaran akan mempertahankan Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang Mohd Yusni Mat Piah, jika beliau mahu dihukum secara terburu-buru.

"Jika anda terburu-buru mahu menghukumnya, saya tidak lengah untuk mempertahankannya."

Beliau memberikan reaksi demikian terhadap kenyataan  Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu bahawa siasatan dan tindakan tegas akan dikenakan terhadap Yusni ekoran tindakan nekad Pemuda PAS Pulau Pinang memboikot kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh.

 Yusni sebelum itu mengarahkan membekukan jentera dan aset Pemuda PAS Pulau Pinang daripada terlibat dalam semua gerak kerja PRK itu.

 Mat Sabu berkata, ia bertentangan dengan keputusan PAS Pusat berhubung arahan membantu memenangkan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon PKR.~ sumber
Comments
3 Comments

3 comments :

pok amid littor said...

Jgn harap Nakhoda dia kluorkn kenyataan, krn skarang dia dah bisu kelu bla kesalahan dilakukan oleh GU,

Mana ada nilai kepimpinan pada nakhoda skarang, hari ni lain nanti kan esok lain pulok.

Berhentibaje laa wahai nakhoda!!'!

Anonymous said...

Syhhhhh! Tuan presideng tido.

Anonymous said...

Banggang punye PKR aljuburi ngam DAPig. korang dah putuskan hubungan ngam Presiden dan hentam kiri kanan pastu mohon bantuan untuk kempen. gila ka ape.

Pada pimpinan PAS yang jadi musang berbulu ayam. masa anda akan tiba

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...