GOPENG

GOPENG
JOM HAPUSKAN KLEPTOKRASI

Tuesday, April 07, 2015

Pengurusan Hutan Kelantan paling teruk ketika Nik Amar jaga...

  Sebelum ini Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wilayah, Tanah dan Sumber Asli negeri pernah menempelak dakwaan seorang penyelidik Sahabat Alam Sekitar (SAM) yang melaporkan bahawa Kelantan merupakan ne­geri yang paling teruk dalam aspek pengurusan hutan. 

  Penyelidik tersebut, Meor Razak Meor Abdul Rahman pernah mendedahkan keluasan hutan simpan kekal yang ditebang di negeri Kelantan untuk dijadikan hutan ladang adalah yang terbesar di Malaysia. 

  Sambil bermegah dengan sijil pengiktirafan MS ISO 9001:2008, Nik Amar berkata , pi­­haknya le­bih mempercayai penilaian dilakukan oleh agensi kerajaan yang sehingga kini tidak pernah melaporkan Kelantan memegang rekod se­bagaimana didakwa. - Baca lagi di sini

  Helo Nik Amar, janganlah nak perasanlah pasal MS ISO 9001:2008 itu.Pengiktirafan tersebut adalah kerana Tuan Guru Nik Aziz yang jaga balak ketika itu. Maaf, Nik Amar tak ada kaitan langsung untuk nak dapatkan kredit mengenainya. 
Sila rujuk di sini

 Sekarang, kita berharap Nik Amar akan dapat memberikan sedikit penjelasan mengenai penilaian dan laporan oleh agensi kerajaan, Ketua Audit Negara yang mendapati beberapa kelemahan dalam pengurusan hasil daripada aktiviti pembalakan seperti yang dilaporkan berikut :

 Kerajaan Kelantan didapati tidak mewartakan kadar premium hasil untuk aktiviti pembalakan di negeri ini, menurut Laporan 2014 Ketua Audit Negara hari ini.

  Audit dijalankan antara Julai dan Oktober 2014 mendapati bahawa dari segi kutipan hasil keseluruhan Jabatan Perhutanan (JPNK) berpuas hati dengan peningkatan hasil daripada RM50.91 juta pada tahun 2012, RM59.03 juta (2013) dan RM64.94 juta pada tahun 2014, dilaporkan Bernama.

  "Walau bagaimanapun, terdapat beberapa kelemahan dalam pengurusan hasil daripada aktiviti pembalakan seperti kadar premium yang dikenakan adalah tidak diwartakan, bayaran pampasan bagi kayu dan bayaran penalti lewat  tidak dikenakan, manakala deposit ladang hutan yang dikenakan tidak berkadar dengan kadar yang diwartakan.

 "Selain itu, terdapat tunggakan hasil konsesi tribute hutan dan hasil tunggakan denda kesalahan hutan dan kerugian hasil yang disebabkan oleh kecurian kayu."

 Laporan itu mencadangkan bahawa untuk memperbaiki pengurusan hasil pembalakan, JPNK diperlukan bagi memastikan semua caj yang dikenakan mengikut kadar yang diwartakan dan denda dikenakan untuk pembayaran lewat; perlu memastikan hasil konsesi tribute hutan dan denda bagi kesalahan hutan dibayar tepat pada masanya dan meningkatkan pemantauan kes kecurian kayu. - April 6, 2015. ~ sumber
Comments
1 Comments

1 comment :

Anonymous said...

Cukup la berita pasal mamat penjilat ug ni
Meluat aku. Perasan hebat tapi hampeh.
Tui...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...