GOPENG

GOPENG
JOM BERSAMA PAKAAN HARAPAN

Thursday, April 30, 2015

Perbezaan ketara antara Ust Fadzil dan Hj Hadi

 Antara dua orang Presiden PAS yang pernah menerajui PAS, ada  perbezaan yang sangat ketara antara keduanya! 

PAS tidak pernah mengalami kemelut dalaman yang sebagaimana hari ini dibawah Hj Hadi.PAS begitu dihormati ketika era kepimpinan Almarhum Fadzil Noor.

Sebelum ini kedudukan presiden tidak pernah dicabar oleh sesiapa pun. Tapi kenapa kali ini kedudukan Hj Hadi sebagai presiden telah mula ada yang mencabarnya? Ini adalah kerana sudah ada yang merasakan PAS perlukan perubahan.Mereka merasakan Hj Hadi ada banyak kelemahan walaupun ada suara yang cuba mengagungkannya sebagai olamak taraf donia!

Bukti kelemahan yang ada pada pucuk pimpinan ialah lambat bertindak untuk menyelesaikan masalah parti hingga keadaan semakin kalut seolah-olah PAS tidak ada mekanisma untuk menyelesaikan masalahnya sendiri.

Macam mana mahu menyelesaikan masalah ummah dan negara kalau begini keadaan kita? Ternyata PAS memerlukan perubahan di peringkat kepimpinan parti kalau mahu PAS terus berada di persada politik tanah air.

 Kenapa setiap kali ada PRU atau PRK, PAS sering menimbulkan angkara yang seolah-olah mahu mensabotaj rakan sendiri dan sebaliknya menguntungkan Umno?

  Kita kini sedang berhadapan dengan dua PRK- Parlimen Rompin dan Permatang Pauh.

 Kita tidak gaduh apa-apa pun di Rompin tetapi bukan main kecuh kita sesama sendiri di Permatang Pauh. Adakah ini kerana PKR yang menjadi calon di Permatang Pauh? 

 Ada pendapat mengatakan, kalau Yusni Mat Piah yang menjadi calon di Permatang Pauh, tentu kerja-kerja berjalan licin dan lancar tidak ribut-ribut begini.

Ketika saya terbaca status seorang sahabat blogger, secara spontan ianya mengingatkan kita semua perihal peristiwa sewaktu PRU-13 yang baru lalu; dimana telah berlaku pertandingan 3 penjuru di beberapa kawasan.

Bagaimana ini boleh berlaku kalau bukan oleh angkara Tuang Presiden! Atas restu presiden, dimana beliau sendiri telah mengeluarkan watikah untok melantik calon bidan terjun, bukan melalui Setiausaha PAS Pusat sebagaimana yang lazimnya. 

Sahabat saya, Cenangau Daunkari menulis berikut :
Ketegasan dan aura Allahyarham Ust Fadzil sebagai Presiden PAS. Aku ingat lagi masa PRU1999, DUN Kuala Kurau berlaku pertandingan 3 penjuru bila 'bakal calon bebas' tiba2 dapat watikah sebagai calon PAS.
 Jentera Pilihanraya buat keputusan sebulat suara Dan berkeras tak benarkan calon tarik diri walaupun keputusan Majlis Pimpinan Barisan Alternatif calon utk kerusi tu milik Parti Keadilan Nasional.
 Tapi bila Presiden PAS sendiri telefon markaz dan bercakap sendiri dengan Pengarah Bilik Gerakan dan dengan tegas arahkan calon PAS tarik diri, pengarah bilik gerakan yang cukup keras pun jadi kelu, terpaksa akur dan panggil mesyuarat Jentera Pilihanraya untuk buat keputusan calon PAS Dun Kuala Kurau tarik diri.
 Bila allahyarham Ust Fadzil sendiri yang bagi arahan direct ada yang berani nak sanggah?   
Comments
14 Comments

14 comments :

Anonymous said...

Almarhum Ustaz Fadhil Noor adalah seorang pemimpin yg berwibawa, pantas dlm tindakan dan betul2 tegas serta berpegang kpd prinsip.

Wan Rosli said...

Di zaman ustaz fadzil nor mana ada adun2 pkr dan dap lompat parti secara beramai2 sehingga menyebabkn tumbangnya sebuah kerajaan.. so tindakan TGHH adalah mengikut masa dan suasana. Ini satu cara kepimpinan yg dinamik.. tahniah TGHH.. Kami pihak majoriti sentiasa di belakangmu ..

Anonymous said...

Sifat ulamak...tidak berdendam...krn mereka mewarisi sifat para anbiyak...ketika anwar terdudk...fadhil nor dtg menghulur tgn walaupun akhirnya anwar tdk berkehendak kpd prinsip2 islam dlm pas. Kini giliran isteri beliau pula...ketika nyawa2 ikan si permtg pauh...sekali lagi ulamak tdk menunjuk sifat pendendam Walaupun sekali lagi isteri anwar dan pkr tdk berkehendak kpd prinsip2 islam yg pas cuba bwkan. Mudah2an allah membuka minda tuan ke arah jln yg diredhai bkn jln utk memecahbelah umat, mengina dan mencaci, mengaib dan merendah2kan darjat sesama kita.

Anonymous said...

Hebatnya Ust Fadzil kerana tulang belakangnya Hj Hadi dan Hj Hassan Shukri yang berdiri teguh.

Gagalnya Hj Hadi kerana blakangnya ditikam oleh ahli bertopengkan Aljuburi dan DAPig.

Anonymous said...

Sedarkah anda bahawa apa yg anda tulis dalam komen anda itu..di tulis pula oleh raqib dan atid di dalam buku catatan amalan..dan akan diserahkan kepada anda di yawmal akhirah...mudah2an anda menerimanya dari sebelah kanan

pan said...

Gagal PR sbb.tuang presiden la..ngok!!!

Anonymous said...

Hebatnya pas apabila menunjukkan sifat budiman terhadap kawan dan musuh. Hancurnya pas apabila mempunyai presiden seperti tghh dan ahli macam wan rosli dan anon 10.27

Anonymous said...

Anwar ceramah sana sini bawa isu rakyat...wujydkan pakatan rakyat shgga pas mampu pegang trengganu. .Kedah..perak..jd exco d selangor..tp bila anwar dipenjara..habis dikutuknya pkr...inikah akhlak jemaah islam...bwrkroni atas nama ulamak! ?

Anonymous said...

Setuju dgn ayat komen 'Hebatnya Ust Fadzil kerana tulang belakangnya Hj Hadi dan Hj Hassan Shukri yang berdiri teguh' dimana semasa itu Hj Hadi belum lagi pandai melabelkan ahli parti yg tak sebulu dgnnya sebagai barua, broker, jebon dan terkunci mulutnya dari membuat fitnah pil kuda. Itu adalah hakikat!

Malaysiabaru said...

Tapi ada ularmak yg nak umno jd mb di perak dan Selangor...

Zaman hadi byknya ularmak yg nak perpaduang !!! ..fulus punya pasal

Wan Rosli said...

Tak pyh bwk citer fitnah.. x jemu ke??

budak lunas said...

Buang dulu syiah dalam pas...syiah bukan islam...syiah sesat ...

otoote said...

beghat nnanang mu nih.kapal nok tegelang doh wei...kaba sikit. Acu mu tengok apo Erdogan buat di Turki....
Belajo le sikit dr jemaah laing ....jangang dok bebal keghah keng ssoghang je...
mapuh keghah la ggini gok

Anonymous said...

Aduhhh.. mu nie guane.. syiah mari mane pulok.. dok citer suroh buang hadi si pil kude tuu.. kehkehkeh..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...