GOPENG

GOPENG
JOM HAPUSKAN KLEPTOKRASI

Thursday, April 09, 2015

POTA: Mat Sabu pertahan MP PAS 'ponteng'


Kita ucapkan terimakasih atas penjelasan tindakan anggota parlimennya yang tidak hadir ketika pengundian Rang Undang-undang Pencegahan Keganasan (POTA) sehingga ia berjaya diluluskan Selasa lepas.

 Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu berkata, "Jadi kita kena tengok rekod kehadiran dan penyertaan dalam Dewan. Itu lebih adil.

 "Sebagai contoh, Datuk Mahfuz (Omar), Datuk Kamaruddin Jaafar dan Dr Siti Mariah Mahmud, mereka ini antara yang aktif ambil bahagian dalam perdebatan.

 "Saya rasa bukan satu isu. Kalau saya (jadi MP) kebetulan saya berada di luar negara, (bagaimana?)" katanya dalam sidang media di ibu negara hari ini.

 Beliau mengulas kecaman terhadap beberapa wakil rakyat PAS yang 'ponteng' itu.~ Baca lagi di sini.

 Tidak dinafikan nama-nama yang disebut Hj Mat Sabu itu memang terkenal aktif dalam perdebatan diparlimen.

Dr Maria Mahmud dia ada MC.Datuk Kamaruddin Jaafar ada alasannya juga...

 Tapi dalam isu POTA ini, Mahfuz Omar mendakwa dia tidak tahu akan ada blok mengundi pada undang-undang anti-keganasan.

 "Saya terlibat dengan satu janji yang dirancang di Kedah.Tidak ada arahan untuk kita hadir.

Pertemuan Mahfuz dgn Daim Zainudin, A Kadir Yasin dan lain-lain.

 "Saya tidak tahu akan ada blok mengundi," katanya kepada Malay Mail Online.

  Alasan Mahfuz nampak bodoh sangat bila Ahli Parlimen DAP Petaling Jaya Utara Tony Pua menjelaskan bahawa kebanyakan ahli parlimen maklum Pota akan dibincangkan semalam tersebut.

 "Kami berada di sini. Sudah tentu akan ada blok mengundi, persoalannya adalah untuk bersedia untuk itu," katanya kepada Malay Mail Online.

 Walau apa pun temujanji Mahfuz itu tentunya sudah terancang dan ia melibatkan VVIP yang agak ketat masa luangnya.Itu semua kita boleh terima. 

 Mat Sabu ada juga menyebut, "Jadi kena tengok rekod MP yang kaki tuang, tak hadir. Itu yang sepatutnya didedahkan," katanya tanpa menyebut pemimpin yang dimaksudkan.

  Jadi biarlah aku tolong sebutkan, Mana kamu Nik Abduh? Kamu dimana Nasrudin Hasan? Apa alasan korang ponteng? Mungkin terlalu sibuk berkira-kira apa dengan puak-puak Umno?



 Perihal Tuang Presideng yang rekodnya selalu 'missing in action' semua orang kampung dah tahu. Kuliah Maghrib bukan tak boleh dibuat dilain waktu...Subuh pun boleh buat....


 Tempat pun bukan jauh mana sangat pun.Di Masjid Kg Nakhoda Batu Caves. Kuliah Maghrib berapa lama mana sangat pun.



  Kalau Tuang Presideng bergegas ke parlimen selepas kuliah Maghrib tu tentu sempat....


  Tapi apa boleh buat...Tuang presideng yang biasanya makan ikan bilis, malam itu dipaksa menghadap ikan siakap tiga rasa itu yang buat ramai tersentap!
Comments
5 Comments

5 comments :

Malaysiabaru said...

Yang lepas dah lepas. Semua tahu taktik kotor umno bn. Semua tahu ularmak tk reti berbahas di parlimen.!

Apa yang penting RUU ekjs Pas tak boleh bentang di sidang ini.

Maka kaki pontenng yg nk bentang 'hudhud' ni tak dpt nk bentang

Kaki ponteng ni dah tipu sejuta ahlinya dan 5 juta ahli kawan jemaahnya

Mohon ayoh hadi Ping letok jawatang..

Sembap. Sengap. Songeh.

Lepaskan jawatan presideng pas!

Wan Rosli said...

Semoga TGHH terus memimpin kami.. x de sbb nk berundur tok guru yg dikasihi.. biar malaysiabaru shj yg ditarik hidung komponen pr..

bunbinban said...

hahaha....tu ikan bilis 3 rasa la bkn siakap tapi ikan bilis tu telah di 'zoom' utk nmpk besor...hahaha..jangang la ko menidakkang kezuhudang Tuang Presideng.

nazamron said...

mcm pelag

Anonymous said...

Ikan bilis yang disusun seperti ikan siakap tiga rasa.... sapa percaya tulisan aku ni... bangang sangatlah tu.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...