GOPENG

GOPENG
JOM BERSAMA PAKAAN HARAPAN

Tuesday, April 28, 2015

Potong Siku? - Nik Amar menakutkan dan mengelirukan orangramai




  Dato' Nik Amar sewaktu ditemuramah oleh wartawan daripada Australia yang menanyakannya bagaimana hukuman terhadap pencuri; Dato' Nik Amar menjawab "just chop like that" sambil menunjukkan gambaran potong tangan. 

Jawapan dan gambaran oleh Dato' Mohd Amar itu sangat menakutkan dan mengelirukan ramai pihak.Dengan selamba dan tersengeh-sengeh, beliau berkata "Just chop it like that!" - kerat macam tu saja!

Anggapan negatif hukum hudud bahawa ia undang-undang zalim termasuk hukuman kerat tangan bagi kesalahan mencuri telah sekian lama dipropagandakan oleh media Barat sehingga menakut-nakutkan orang bukan Islam.Nik Amar telah menambahkan buruk lagi keadaan tersebut. 

Yang paling mengelirukan bila Nik Amar ditanyakan soalan:


"What is the punishment for theft?"

  "The hand should be cut off from here, from the elbow!" - tangan seharusnya dipotong dari sini, dari siku! ?? itulah jawapan Nik Amar!

ISIS pun tak potong dari siku, wahai Nik Amar....

Dan ketika ditanya mengenai hukuman kesalahan 'adultery' atau 'Zina Muhsan' beliau  berkata, "Sama ada lelaki atau perempuan, ia akan direjam mati dengan batu!" 

 Tidak pasti samada Nik Amar merujuk kepada Hudud di Brunei atau Kelantan. Tapi kalau Kelantan, Akta 355 atau lebih dikenali sebagai Akta 365, memperuntukkan Mahkamah Syariah hanya boleh menjatuhkan hukuman yang terhad sahaja. 

 Hukuman paling tinggi boleh dikenakan terhadap pesalah ini ialah penjara tidak lebih tiga tahun, sebatan tidak lebih enam kali dan denda tidak melebihi RM5,000 atau kombinasi mana-mana hukuman itu. 

 Hukum enam sebatan bagi kesalahan Zina (pesalah belum berkahwin di dinaikan jadi 100 sebatan. Tidak ada peruntukan rejam bagi Zina Muhsan dalam pindaan yang dicadangkan atau yang sebelumnya. Lihat paparan sebelah. 

Kalian lihat sendiri rakaman di atas yang telah saya edit ringkas. Video penuhnya boleh diakses di sini 

Begitu juga temuramah Nik Amar yang disiarkan melalui sebuah akhbar tempatan telah menggemparkan ramai pihak apabila dia mengaitkan cara potong tangan dengan penggunaan cara kuno iaitu gilotin!

Nik Amar dilihat lebih bertujuan untuk menakut-nakutkan orangramai dengan hudud sehingga menyebabkan reaksi orangramai turut jadi kalut.Nik Amar perlu dipertanggungjawabkan diatas segala kemelut dan salah faham berhubung perlaksanaan Hudud di Kelantan.

Antara petikan laporan temuramah tersebut adalah seperti berikut:
KOTA BHARU: Gilotin, peralatan yang digunakan untuk memotong kepala Raja Perancis Louis XVI dan permaisurinya Marie Antoinette ketika zaman Revolusi Perancis 1793 dijangka akan digunakan di Kelantan.
 Jawatankuasa Teknikal Hudud negeri itu dikatakan menghadapi kesukaran untuk mencari kaedah paling sesuai untuk memotong anggota badan seseorang yang disabitkan kesalahan mencuri dan mini gilotin ini menjadi pilihan.
 Pengerusinya, Datuk Mohd Amar berkata, beliau mungkin akan mencadangkan kepada ahli panel agar menggunakan mesin yang tidak memerlukan pakar bedah mengendalikannya.
 Timbalan menteri besar Kelantan itu berkata, jawatankuasa itu masih memikirkan idea walaupun menerima reaksi negatif untuk mendapatkan pakar bedah bagi memotong kaki dan tangan pesalah.Maka tidak hairanlah kenapa isu hudud ini menjadi celaru dan kalut kerana penjelasan yang tidak menepati syariat yang sebenar. sumber 

 Berbeza sungguh gambaran cara hukuman potong tangan yang diwarwarkan oleh Nik Amar berbanding dengan apa yang diperuntukan dalam enakmen yang bertulis.

 Untuk makluman tambahan, Brunei telah menangguhkan pelaksanaan undang-undang Islam yang sepatutnya bermula pada 22 April 2014 ketika negara itu menerima kecaman Majlis Hak Asasi Manusia PBB. Tiada tarikh baru ditetapkan untuk memulakan pelaksanaan undang-undang syariah itu yang menyediakan peruntukan hukuman sebat, memotong tangan atau kaki serta rejaman hingga mati. Sumber
Comments
2 Comments

2 comments :

Manshor Yahya said...

Kalau macam tu saya kira dia ni bercakap dari hujung janggut dia. Pi Parlimen pakai pakai baju prak dengan kain cukin saja nak bentang hudud. Buruk sungguh kelaku pinjam kata2 penarek beca.

Malaysiabaru said...

Pas kuda tunggangan umno

Enakmen jenayah syariah pun kn tolong hakim pindakan

Senyum jer jamil joget kazakhstan tak perlu buat kerja

Dahlah pindaan Pas tk ikut hukum Quran... Bertambah suka umno...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...