GOPENG

GOPENG
JOM HAPUSKAN KLEPTOKRASI

Monday, April 06, 2015

Sah! Ketua Polis Negara berbohong .........

Datuk Kamarul Hisham Kamaruddin
P eguam bagi bekas polis komando Sirul Azhar Umar, yang disabitkan kesalahan membunuh Altantuya Shaariibuu telah mempertikaikan dakwaan pihak polis bahawa mereka telah menemubualnya dalam penyiasatan susulan ke atas dakwaannya terhadap pembunuhan wanita Mongolia itu.

 Peguam Datuk Kamarul Hisham Kamaruddin yang mewakili Sirul semasa perbicaraan itu, berkata peguam Malaysia dan Australia telah menasihatkan Sirul tidak bercakap kepada sesiapa sementara menunggu keputusan kes ekstradisi.

 "Beliau adalah di bawah arahan tegas daripada peguam di sini dan Australia tidak supaya tidak memberikan apa-apa wawancara sehingga pelupusan permohonan pihak berkuasa Malaysia untuk menghantarnya kembali," jelas Kamarul.

 Ketua Penerangan PAS Datuk Mahfuz Omar pula berkeras bahawa Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berbohong apabila beliau berkata polis telah menemubual Sirul . - Lihat lebih lanjut di: di sini
Comments
1 Comments

1 comment :

Anonymous said...

Apalah yang hendak dihairankan, Malaysia pernah ada Ketua Polis bersifat samseng ganas telah memukul tahanan yang tangannya bergari dan ditutup matanya sehingga hampir mati tahanan itu, satu ketika dulu. Masihkah anda ingat?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...