GOPENG

GOPENG
JOM BERSAMA PAKAAN HARAPAN

Thursday, April 30, 2015

Umno bukan sokong Hudud sahaja tapi GST, Salah Tadbir, Penyelewengan, Rasuah ....

Naikan poster macam ini kalau Umno berani!
DATUK Seri Syed Ali Alhabshee mendakwa, PAS sanggup menggadaikan prinsipnya terhadap hukum hudud kerana kepentingan politik di Permatang Pauh.

 “Semuanya gara-gara untuk menang di Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh, sanggup permainkan hukum hudud,” tegas Ketua UMNO Bahagian Cheras itu.

 Beliau menyifatkan, tindakan Pemuda PAS Pulau Pinang melakukan ‘u-turn’ secara mengejut dengan kembali menyokong calon PKR di Permatang Pauh sebagai tidak bermoral.

 Sebelum ini tegasnya, pemimpin PAS termasuk golongan ulama mendakwa sesiapa yang menentang cadangan pelaksanaan hukum hudud harus ditolak walaupun sekutu politik mereka dalam Pakatan Rakyat (PR).

 Ia merujuk kepada Presiden PKR, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Ismail yang sebelum ini mengeluarkan arahan supaya wakil rakyat PKR Kelantan tidak menyokong pindaan undang-undang syariah bagi membolehkan hukum hudud dilaksanakan di negeri berkenaan. Baca lagi di sini

Mujurlah Yusni Mat Piah buat U-Turn. Kalau tidak kita sendiri pun tidak tahu bahawa Umno memang seronok dengan tindakan Yusni dan geng UG nya memboikot PRK Permatang Pauh.

Selama ini, Umno berdiam diri sahaja melihatkan kecelaruan pihak Pakatan Rakyat dek karenah Yusni dan geng UG nya.

Tapi bila Yusni buat U-turn, sepontan itu juga kita dapat lihat reaksi kelam kabut puak-puak Umno. Mereka marahkan fraksi Umno yang berada dalam PAS kerana tidak 'istiqamah' memperjuangkan Hudud!! Kah! Kah! Kah!


Mungkin Anak alhabsyee ni tak tahu bahawa rang undang-undang persendirian yang nak dibentangkan Hj Hadi itu bukanlah rang undang-undang Hudud.......sebaliknya pindaan kepada Akta Mahkamah 1965 (Akta 355).

Menurut Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, draf pindaan itu tidak pernah diterima dan beliau merasa kesal kerana persetujuan dalam mesyuarat PR pada 8 Februari lalu tidak dihormati dan sekali gus bertentangan dengan muafakat bersama yang dicapai pada 2011 mengenai pelaksanaan hudud.

 Terbukti Umno dan Barisan Nasional akan terus menggunakan isu hudud ini untuk memecahkan Pakatan Rakyat dan memastikan mereka kekal berkuasa dalam Plihanraya Umum ke-14. 

Apakah Yusni Mat Piah dan geng UG yakin Umno akan membantu dalam menjayakan pelaksanaan hudud sedangkan mereka tetap membiarkan salah tadbir, penyelewengan dan budaya rasuah  terus subur?

Sokong Umno maknanya menyokong salah tadbir, penyelewengan, rasuah dan segala macam makar. Tidak mungkin Hudud akan terlaksana dengan kesuburan segala gejala tersebut. 
Comments
4 Comments

4 comments :

Anonymous said...

Yg Hadi itu pun satu hal, mengapakah pindaan kepada Akta Mahkamah 1965 (Akta 355) itu diwar-warkan sebagai rang undang-undang Hudud? Bukankah lebih elok jika diterangkan apa yg sebenarnya, daripada mengelirukan rakan malah dikalangan ahli parti sendiri pun juga ramai yg menjadi keliru. Kini terserlah pula siapa yg mempolitikkan hukum hudud itu.

Malaysiabaru said...

Ustad songsang ex pusat islam Nik amar nk tunjuk hero seolah olah dah ada hudud d Kelantan..

Rupanya tin kosong

Anonymous said...

Kelihatannya Tuan Presiden tidak tahu strategi politik, tidak mendapat nasihat yang baik dari MSU dan puak-puak yang rapat dengan beliau. Sudah bertahun berjuang dalam PAS sehingga diangkat menjadi Presiden, beliau masih tidak mengenali UMNO yang tidak mengutamakan dasar Islam dalam pemerintahannya. Ini bukan kes dua kali dipatuk ular dalam lubang yang sama tetapi berkali-kali dipatuk ular yang sama dalam lubang yang sama.

pok amid littor said...

Tuan Presideng patut berenti doh, beri jalan kpd orang lain pulok terajui PAS!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...