JERUSALEM

JERUSALEM
SOLIDARITI BERSAMA PALESTIN

Friday, May 29, 2015

AKU , HUDUD DAN PAS - SATU NOSTALGIA

Bila Mat Yakob nak letak jawatan?
Ambo masih tidak khilaf dgn Pas tentang hudud sbg satu hukum Allah sbgmana ambo juga masih tidak khilaf perjuangan Pas utk menegakkan hukum hudud wpun ambo telah dibuang kerja oleh pemimpin Pas dan Kerajaan Pas.

 Cuma ambo musykilnya, samada sblm dan selepas ambo kena pecat ialah bilakah sebenarnya hudud akan dilaksanakan? Kemusykilan ambo ni berasaskan kpd situasi2 berikut:

 1. Semasa TGNA jadi MB Kelantan, slps EKJS II 1993 diluluskan, bln 4/1994 TGNA hantar surat kpd Dr Mahadhir sbg PM memohon kebenaran utk Kelantan melaksanakan ekjs ii 1993, namun PM bukan shj menolak permintaan tersebut, bahkan memberi amaran utk mengambil tindakan tegas jika kerajaan kelantan melaksanakan juga " hudud Pas". Slps menerima jawapan PM tersebut, TGNA menghentikan usaha2 utk menguatkuasakan ekjs ii 1993, tp meneruskan majlis penerangan dan taklimat termasuk menganjurkan Hari Hudud setiap thn sehinggalah TGNA tidak lagi dilantik menjadi MB slps PRU 13 thn 2013.

 2. Selepas Pas menang di Terengganu thn 1999 dan TGHH dilantik menjadi MB, Kerajaan Terengganu telah meluluskan Enakmen Jenayah Syariah ( Hudud dan Qisas ) 2002 dan telah mewartakan tarikh kuatkuasanya pd okt 2003. Namun slps itu tidak ada usaha2 yg bersungguh dari Kerajaan Pas Terengganu utk melaksanakannya sehinggalah kalah dlm PRU thn 2004.

 3. Ketika Allahyarham Ustaz Azizan Razak menjadi MB Kedah ( 2008 - 2013), ust Azizan telah sebut dgn jelas hudud bukan menjadi keutamaan dlm pemerintahannya di Kedah, sebab itu isu pelaksanaan hudud tidak pernah dibincangkan sepanjang tempoh Pas memerintah negeri Kedah sehinggalah kalah dlm PRU 13 thn 2013.
 
Lebih setahun dah berlalu ....kalau bukan
tangguh, mu nak ghoyak gapo? 
Anehnya bila DAY dan DNA mengambilalih kuasa pemerintahan drp TGNA melalui cara yg sehingga hari ini masih menjadi misteri, di ketika semua orang bercakap tentang kelesuan dan kelemahan kerajaan Pas Kelantan slps era TGNA, tiba2 isu pelaksanaan hukum hudud menjadi agenda paling utama dan sanggup melutut kpd umno demi hudud, sedangkan di segi persiapan dan keupayaan ianya cukup meragukan. Setahu ambo Mohd Amar semenjak dilantik menjadi Pengerusi Jkuasa Teknikal Hudud thn 2011 tak pernah panggil mesyuarat sekali habuk pun, sahabat ambo Dato Che Mohd Rahim Jusoh, Pengarah JHEIK sbg S/U Jkuasa berkenaan boleh mengesahkannya.

 Apakah ada muslihat di sebalik kesungguhan ini????

CHE IBRAHIM MOHAMED
Bekas Setia Usaha Jkuasa Pindaan
Enakmen Mahkamah Syariah Kelantan merangkap bekas Hakim Mahkamah Syariah Jajahan Kota Bharu.
Comments
1 Comments

1 comment :

pok amid littor said...

Kito rakyat tak tau kalu demo tak ghoyak Che Him weh!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...